Apa itu Ketagihan Makanan?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu ketagihan makanan?

Pendapat bahawa seseorang individu boleh menjadi ketagih kepada makanan semakin bertambah sejak mutakhir ini. Ianya datang dari pengimejan otak dan lain-lain kajian mengenai kesan makan berlebihan kompulsif pada pusat keseronokan pada otak. Beberapa eksperimen dalam haiwan dan manusia membuktikan bahawa, bagi sesetengah orang, pusat ganjaran dan keseronokan yang sama pada otak yang dihidupkan oleh dadah yang membawa ketagihan seperti kokain dan heroin juga diaktifkan oleh makanan, terutamanya makanan yang teramat serasi rasa. Makanan yang teramat serasi rasa ialah makanan yang kaya dengan:

  • Gula
  • Lemak
  • Garam

Sebagaimana dadah yang membawa ketagihan, makanan yang amat serasi rasa mengaktifkan kimia otak yang dinamakan dopamin. Sekali mereka merasakan nikmat keseronokan berkaitan dengan peningkatan transmisi dopamin di dalam laluan ganjaran dalam otak disebabkan memakan sesetengah makanan, mereka akan dengan segera merasa keinginan untuk makan semula.

Apakah kebarangkalian ketagihan makanan?

Akhir-akhir ini, semakin banyak dan banyak orang yang mengalami ketagihan makanan dan bertambah setiap tahun.

Bagaimanapun, ianya boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi ketagihan makanan

Ketagihan makanan tidak selalunya mudah untuk dikesan. Ini terutamanya benar bagi ketagihan makanan kerana kita semua perlu makan. Tambahan pula, ketagihan makanan boleh mempunyai simptom yang sama dengan keadaan lain, termasuklah kemurungan, makan lewah, atau gangguan obsessif kompulsif (OCD). Mereka akan menyembunyikan masalah dengan makan secara tertutup malah menyembunyikan makanan. Beberapa tanda biasa dan simptom ketagihan makanan termasuklah:

  • Obsessi berterusan tentang apa hendak dimakan, di mana hendak makan, dan bagaimana hendak mendapatkan lebih banyak makanan
  • Makan berlebihan pada waktu makan
  • Makan snek berterusan
  • Makan pada waktu yang aneh seperti pada tengah malam
  • Menyembunyikan tabiat makan dari rakan dan keluarga atau makan secara rahsia
  • Kelewahan seterusnya berhenti, bersenam, atau mengambil pil laksatif bagi “mengundurkan” kelewahan (binge)
  • Makan walaupun semasa kenyang
  • Makan ditemani aktiviti menyeronokkan seperti menonton TV atau bercakap di telefon
  • Mengaitkan makanan dengan hukuman atau ganjaran
  • Merasa malu dan bersalah selepas kelewahan atau selepas pengambilan makanan tertentu
  • Usaha yang sentiasa gagal bagi mengawal pemakanan atau membuang episod kelewahan.

Ketagihan makanan biasanya boleh berlaku secara kurang serius berbanding ketagihan lain. Bagaimanapun, ianya ialah keadaan yang cenderung untuk berkembang secara perlahan. Ianya boleh mengakibatkan obesiti sepanjang hayat atau masalah kesihatan dan menjadikan masalah kesihatan mental sedia ada semakin teruk.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan keadaan ini dari menjadi teruk dan menghalang kecemasan medikal, jadi bincangkan dengan doktor anda secepat mungkin bagi mengelak keadaan serius ini.

Sekiranya anda mengalami mana-mana punca atau simptom disenaraikan di atas atau mempunyai persoalan, ajukan pada doktor anda. Setiap badan mempunyai tindak balas berbeza. Ianya sentiasa baik untuk anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan ketagihan makanan?

Ketagihan jenis ini ialah sangatlah rumit. Makanan, seperti dadah dan alkohol, boleh mengaktifkan perembesan dopamin di dalam otak. Bahan kimia ini berkaitan dengan keseronokan (nikmat). Ia boleh menjadikan hubungan positif antara makanan dan kestabilan emosi. Otak yang ketagihan akan menganggap makanan sebagai dadah. Bagi penagih makanan, makanan menghasilkan perasaan nikmat, walaupun semasa badan tidak memerlukan kalori. Satu kajian dihasilkan pada 2010 menunjukkan yang bila tikus makmal diberi akses percuma kepada makanan tinggi lemak, tinggi gula, otak mereka berubah. Perubahan dalam tingkah laku dan fisiologi agak sama dengan kesan dari penyalahgunaan dadah. Penulis kajian memberi amaran dari mengaitkan dadah dan ketagihan makanan, tetapi hasil kajian mereka mencadangkan bahawa adanya kesamaan. Ambil perhatian, mengenai kemungkinan pengambilan makanan yang tidak sihat boleh meningkatkan peluang anda untuk menjadi ketagih pada makanan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko ketagihan makanan?

Ada beberapa fktor risiko bagi ketagihan makanan, contohnya:

  • Kemurungan dan stres
  • Ketagihan alkohol
  • Kekurangan aktiviti fizikal

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ketagihan makanan didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki yang anda mungkin mengalami ketagihan makanan, dia akan menanyakan beberapa soalan tentang tabiat makan harian anda. Berdasarkan tanda dan simptom yang anda alami, doktor anda akan menentukan sama ada anda mengalami masalah ini atau tidak.

Bagaimana ketagihan makanan dirawat?

Sehingga kini banyak saintis masih berusaha memahami dan menentukan beberapa rawatan bagi ketagihan makanan. Sesetengah membahaskan bahawa pemulihan dari ketagihan makanan mungkin lebih kompleks dari pemulihan dari jenis-jenis ketagihan lain. Kaki alkohol contohnya, boleh pada akhirnya menahan dari meminum alkohol. Tetapi mereka yang ketagih pada makanan masih perlu makan. Ahli nutrisi, ahli psikologi, atau doktor yang berpendidikan mengenai ketagihan makanan mungkin boleh membantu anda untuk menghentikan kitaran ketagihan makanan yang kompulsif.

Ada beberapa jumlah program yang dapat membantu mereka yang ketagih pada makanan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas ketagihan makanan?

Penagih makanan mesti belajar bagaimana hendak membina tabiat makan yang senada dengan keinginan makan semulajadi badan. Mereka juga perlu belajar untuk makan secara elok semasa lapar, bukan sebagai respons keperluan emosi atau stres. Penagih makanan tidak dapat membuang makanan dengan mudah; ia keperluan asas. Maka, penagih makanan perlu membina hubungan yang sihat dengan makanan seiring masa.

Ianya biasanya bermanfaaat bagi penagih makanan untuk menyertai pelbagai aktiviti dan sumber yang mempromosikan hidup sihat, seperti pusat kecergasan, kelas nutrisi, atau teknik merendahkan stres.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018