Apa itu Ketagihan Alkohol?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Ketagihan Alkohol?

Ketagihan alkohol, juga dikenali sebagai alkoholisme, adalah keadaan yang dimaksudkan dengan tabiat pengambilan alkohol secara berlebihan. Ia berlaku apabila anda mengambil minuman keras terlalu banyak sehingga badan anda akhirnya menjadi bergantung dan ketagih pada alkohol. Apabila ini berlaku, alkohol boleh menyebabkan perubahan dalam otak yang boleh membuatkan seseorang hilang kawalan terhadap tindakan mereka. Seseorang boleh minum secara berlebihan sepanjang hari atau boleh mengalami episod pengambilan minuman keras mengikut nafsu, iaitu corak minum di mana seseorang boleh minum dari 4 hingga 5 minuman dalam masa 2 jam. Ketagihan alkohol boleh menyebabkan tekanan yang ketara pada badan anda dan membawa kepada masalah kesihatan yang serius. Adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan jika anda mengesyaki anda atau rakan anda mungkin mempunyai masalah dengan penyalahgunaan alkohol.

Apakah kebarangkalian Ketagihan Alkohol?

Ketagihan alkohol adalah perkara biasa yang boleh menjejaskan lelaki dan wanita pada mana-mana lapisan usia. Mereka yang mempunyai ketagihan alkohol akan terus minum walaupun ia menyebabkan akibat negatif, seperti kehilangan pekerjaan mereka. Mereka mungkin tahu bahawa penggunaan alkohol mereka boleh menjejaskan kehidupan mereka secara negatif, tetapi ia sering bukan alasan yang kuat untuk membuatkan mereka berhenti minum.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ketagihan Alkohol?

Ketagihan alkohol kadang-kadang sukar dikenal pasti apabila tabiat meminum alkohol diterima secara sosial dengan meluas sebagai suatu tindakan keseronokan dan dihubungkan dengan perayaan. Berikut adalah beberapa gejala biasa yang boleh membantu anda mengenal pasti ketagihan alkohol sebagai masalah yang sebenar:

  • Pengambilan alkohol yang berlebihan, peningkatan kuantiti atau kekerapan penggunaan;
  • Toleransi yang tinggi untuk alkohol;
  • Minum pada waktu yang tidak sesuai (pada waktu pagi atau di tempat kerja);
  • Perubahan dalam persahabatan;
  • Perubahan emosi, seperti kemurungan dan kelesuan;
  • Pergantungan pada alkohol untuk berfungsi setiap hari;
  • Menjauhi hubungan dengan orang tersayang;
  • Ucapan lantang atau tidak konsisten;
  • Keseimbangan dan kelemahan yang kurang baik;
  • Refleks yang lewat;
  • Gejala penarikan apabila tidak minum, termasuk menggigil, loya, dan muntah;
  • Terketar-ketar (menggigil tanpa sedar) pagi selepas minum;
  • Kelompangan pada ingatan (tidak sedar) selepas satu malam dengan minuman keras.

Ada kemungkinan terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila rujuk doktor anda jika terdapat sebarang masalah mengenai sesuatu simptom.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika mempunyai mana-mana yang berikut:

  • Kepeningan selepas minum yang ketara meningkat semasa pemulihan daripada penggunaan alkohol.
  • Gejala penarikan apabila tidak dapat meminum alkohol, seperti berpeluh, kekeliruan, halusinasi, insomnia, loya, menggigil, dan sebagainya.
  • Perhatian yang terganggu terhadap tanggungjawab peribadi dan profesional.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Ketagihan Alkohol?

Seperti kebanyakan gangguan mental, alkoholisme tidak mempunyai sebab tunggal dan tidak diwarisi dari generasi ke generasi dalam keluarga. Bahkan ia adalah kesan daripada sekumpulan faktor genetik, psikologi dan persekitaran yang kompleks.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ketagihan Alkohol?

Terdapat banyak faktor risiko bagi alkoholisme seperti:

  • Kebimbangan atau kemurungan Anxiety or depression;
  • Mempunyai ibu/bapa yang mempunyai masalah ketagihan alkohol
  • Perangai antisosial;
  • Mengalami penderaan fizikal atau seksual semasa kecil;
  • Permulaan tabiat minuman keras ketika umur muda

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ketagihan Alkohol didiagnosis?

Doktor anda mungkin akan bertanya beberapa soalan berkaitan tabiat minuman keras anda:

  • Pernah tertinggal syif kerja atau hilang pekerjaan kesan daripada tabiat minuman keras.
  • Perlukan lebih alkohol bagi merasa “mabuk” ketika minum.
  • Pernah mengalami ketidaksedaran kesan daripada tabiat minuman keras.
  • Pernah cuba mengurangkan tabiat minuman keras namun tidak berjaya.

Biasanya, diagnosis terhadap alkoholisme tidak memerlukan siasatan lanjut. Bagaimanapun doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah bagi melihat fungsi hati anda. Hati anda bertanggungjawab dalam membuang toksin daripada darah anda. Apabila anda minum terlalu banyak, hati anda mengalami kesukaran dalam menapis alkohol dan toksin-toksin lain dalam saluran darah anda. Ini boleh mengakibatkan kepada penyakit hati yang serius dan komplikasi lain.

Bagaimana pesakit Ketagihan Alkohol dirawat?

Merawat ketagihan alkohol adalah suatu tugas yang mencabar mental yang memerlukan banyak sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.  Terapi ubatan bersama dengan sokongan emosi mampu membantu menghadapi ketagihan alkohol. Terdapat banyak program yang boleh membantu merawat ketagihan alkohol, kebanyakannya akan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

  • Detoksifikasi dan penarikan dari alkohol bagi membuang alkohol sepenuhnya dari badan anda.
  • Rehabilitasi bagi mempelajari kemahiran hidup dan tabiat yang baharu.
  • Kaunseling bagi mengatasi masalah emosi.
  • Menghadiri kumpulan sokongan secara berterusan bagi mengelakkan pengulangan dan menguruskan perubahan gaya hidup.
  • Rawatan bagi masalah kesihatan dan masalah mental yang berkait dengan alkoholisme.
  • Ubatan bagi membantu mengawal ketagihan.

Beberapa ubatan didapati boleh membantu mengatasi ketagihan alkohol dengan mengurangkan keinginan dan simptom penarikan. Antaranya:

  • Naltrexone (Reviaâ, Vivitrolâ). Ubat ini boleh mengurangkan keinginan terhadap alkohol dengan menghalang penerima (reseptor) opium yang terlibat dalam menghasilkan rasa gembira pada mengambil minuman keras.
  • Acamprosate (Campralâ). Ubat ini bertindak pada penerima (reseptor) asid gama-aminobutirik bagi mengurangkan simptom tarikan seperti insomnia, kebimbangan, tidak senang duduk, dan kesedihan melampau. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan terapi yang lain.
  • Disulfiram (Antabuseâ). Ubat ini menghasilkan ketidakselesaan fizikal (seperti kemerahan, rasa berdebar-debar, loya, muntah dan sakit kepala) setiap kali pengambilnya turut mengambil alkohol. Ia berfungsi dengan mengganggu penguraian alkohol, membawa kepada pengumpulan asetaldehid.

Pilihan rawatan terhadap ketagihan alkohol bergantung kepada keterukan keadaan anda. Anda harus berbincang dengan doktor anda berkenaan rawatan terbaik yang sesuai untuk anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ketagihan Alkohol?

Anda perlu melakukan perubahan gaya hidup bagi mengatasi ketagihan alkohol anda. Antaranya:

  • Pertimbangkan perubahan dalam kehidupan sosial anda. Jelaskan kepada rakan dan keluarga anda bahawa anda sedang berhenti tabiat minuman keras. Ini akan membina sokongan yang kuat terhadap pemulihan keadaan anda. Cuba untuk mengelakkan bergaul dengan rakan-rakan anda yang hanya ingin berseronok dengan mengambil minuman keras dan berparti.
  • Bentuk tabiat yang sihat. Di samping mengubah semua tabiat buruk anda, anda harus cipta dan kekalkan tabiat baik anda. Ini melibatkan pembentukan rutin tidur yang baik, kegiatan fizikal yang kerap, pemakanan yang seimbang, dan cara yang sihat bagi mengatasi tekanan.

Libatkan diri dalam aktiviti tanpa alkohol. Ini bermakna anda harus mencari hobi yang tidak melibatkan minuman beralkohol. Contohnya seperti melukis, memasak, membaca buku atau menonton wayang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019