backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Keretakan Sternum

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Keretakan Sternum?

Keretakan sternum adalah kepatahan pada tulang dada. Keretakan sternum paling kerap berlaku disebabkan oleh impak langsung ke tulang, pada bahagian hadapan dada. Keadaan ini paling kerap berlaku dalam kemalangan jalan raya.

Apakah kebarangkalian Keretakan Sternum?

Keretakan sternum adalah lazim. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Keretakan Sternum?

Tanda-tanda sternum retak termasuklah kesakitan secara tiba-tiba bahagian hadapan dada selepas impak atau beberapa keadaan terjatuh. Kesakitan biasanya adalah setempat dan tidak merebak ke kawasan lain. Sentuhan pada kawasan yang retak akan menjadi sangat menyakitkan dan lebam mungkin akan timbul selepas beberapa jam. Seramai sehingga 20% daripada pesakit mungkin menunjukkan tanda kesukaran bernafas.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Keretakan Sternum?

Keretakan sternum paling kerap berlaku semasa kemalangan jalan raya. Ia juga boleh berlaku akibat mampatan dada seperti yang dilakukan semasa CPR (cardiopulmonary resuscitation). Keretakan tulang dada juga mungkin berlaku dengan daya kekerasan yang lebih sedikit dan pernah dilihat pada pemain golf dan atlet angkat berat sebelum ini. Orang yang lebih tua dengan masalah osteoporosis juga mungkin lebih berisiko.

Walaupun patah tulang adalah kecederaan biasa yang mudah dirawat, keretakan sternum perlu diperiksa dengan teliti dan berada di bawah pemerhatian untuk komplikasi lain. Ini termasuklah trauma pada pulmonari dan jantung (lebam paru-paru atau jantung) atau kerosakan pada aorta (arteri utama dari jantung). Sekiranya bahagian yang retak dari tulang telah teralih, ini lebih cenderung untuk menyebabkan komplikasi lanjut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Keretakan Sternum?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Keretakan Sternum didiagnosis?

Diagnosis keretakan tulang dada adalah berdasarkan sejarah trauma pada dada, penemuan pemeriksaan fizikal, dan teknik pengimejan.

Doktor akan merasakan tulang dada untuk mengenal pasti apa-apa perubahan bentuk atau keluarbiasaan pada strukturnya. Kawasan dada juga diperiksa untuk sebarang perubahan bentuk, lebam, atau bengkak.

X-ray dada atas boleh menentukan keparahan dan lokasi keretakan sternum. Dalam kes kecederaan teruk, ujian imbasan khusus seperti CT dan MRI dilakukan untuk mengesan sebarang kecederaan lain yang berkaitan.

Doktor terutamanya akan mencari jika terdapat sebarang kecederaan dalaman lain seperti pada paru-paru dan jantung. Ujian tambahan lain juga boleh disyorkan, bergantung kepada organ atau struktur lain yang disyaki turut cedera.

Bagaimana pesakit Keretakan Sternum dirawat?

Rawatan keretakan sternum adalah bergantung kepada tahap keretakan dan jenis organ yang terlibat (jika ada). Langkah-langkah menyelamatkan nyawa akan dimulakan segera jika kecederaannya didapati teruk atau mengancam nyawa; seperti pada paru-paru, jantung atau saluran darah.

Sekiranya tiada kecederaan sedemikian atau, apabila keadaan individu yang terjejas telah stabil, langkah rawatan lain akan dimulakan.

Rawatan sokongan untuk keretakan sternum termasuklah berehat selama kira-kira 10-24 minggu dan menggunakan jaram sejuk ke bahagian yang cedera untuk membantu mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, perlulah diambil perhatian untuk tidak menggunakan tekanan pada kawasan tersebut.

Individu yang mengalami keretakan sternum dinasihatkan agar tidak melakukan apa-apa kegiatan seperti mengangkat, membawa, atau menolak benda-benda berat, dan sebarang kerja tambahan sehinggalah ia benar-benar sembuh.

Pesakit boleh mengambil ubat untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.

Walaupun keperluan untuk pembedahan dalam kes keretakan sternum adalah agak rendah, ia mungkin akan diperlukan apabila keretakannya didapati besar atau berlakunya penjejasan pada organ-organ terdekat.

Pesakit dengan keretakan sternum terpencil secara amnya memerlukan perhatian yang singkat di hospital untuk mengawal kesakitan dan kebanyakannya pulih sepenuhnya dalam tempoh 9-12 minggu, dengan puratanya iaitu selama 10.4 minggu. Dua pertiga daripada pesakit ini hanya memerlukan ubatan analgesik dan simptom utama mereka adalah sakit dada sepanjang tempoh ini.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Keretakan Sternum?

Petua berikut mungkin akan membantu anda mencegah keretakan sternum daripada berlaku:

  • Sebahagian besar keretakan sternum adalah disebabkan oleh perlanggaran lalu lintas. Pemakaian tali pinggang keledar boleh menghalang keretakan tulang dada dalam keadaan sedemikian.
  • Memakai peralatan perlindungan semasa terlibat dalam sukan sentuhan atau sukan berimpak tinggi, dan ketika bekerja di tapak pembinaan yang tinggi dapat mencegah keretakan sternum dalam kelompok individu ini. Mengangkat atau menarik peralatan berat di tempat kerja tanpa kelengkapan perlindungan yang betul haruslah dielakkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan