Apa itu Keracunan Alkohol?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Keracunan Alkohol?

Keracunan alkohol adalah keadaan serius apabila anda meminum alkohol dalam kuantiti yang banyak dalam jangka masa yang singkat. Minum terlalu banyak atau terlalu cepat boleh mempengaruhi pernafasan, degupan jantung, suhu badan dan reflek gag anda serta yang paling teruk boleh menyebabkan koma dan maut.

Keracunan alkohol juga boleh terjadi apabila seseorang dewasa ataupun kanak-kanak meminum produk barangan rumah yang mengandungi alkohol secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Oleh itu, individu yang mengalami keracunan alkohol memerlukan perhatian perubatan segera.

Apakah kebarangkalian Keracunan Alkohol?

Golongan dewasa muda lebih cenderung untuk minum lebih banyak, menyebabkan pengambilan dos alkohol berlebihan. Lelaki lebih gemar minum banyak berbanding wanita, menyebabkan mereka lebih berisiko tinggi untuk pengambilan dos alkohol berlebihan.

Walau bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Keracunan Alkohol?

Beberapa tanda dan simptom keracunan alkohol yang biasa berlaku termasuklah:

  • Keliru.
  • Muntah.
  • Sawan.
  • Pernafasan perlahan (kurang daripada lapan nafas dalam seminit).
  • Pernafasan tidak seragam (jarak lebih daripada 10 saat antara nafas).
  • Suhu badan rendah (hipotermia).
  • Pengsan (tidak sedarkan diri) dan tidak boleh terjaga.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal dapat menghalang keadaan ini daripada menjadi lebih teruk dan menghalang daripada tindakan kecemasan bagi cara perubatan yang lain, jadi jumpa doktor anda secepat yang mungkin bagi mencegah keadaan serius ini..

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tidak di senaraikan di atas atau ada sebarang soalan, rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Keracunan Alkohol?

Alkohol adalah bahan yang boleh memberi kesan kepada seluruh organ anda. Dos alkohol yang berlebihan berlaku apabila anda minum alkohol lebih daripada keupayaan badan anda untuk memproses dengan selamat. Pertama sekali, perut dan usus kecil menyerap alkohol dengan cepat jadi alkohol boleh masuk ke saluran darah pada kadar yang pantas. Lebih banyak alkohol yang anda minum, lebih besar kuantiti alkohol yang masuk ke dalam saluran darah anda.

Hati adalah organ yang memainkan peranan penting dalam memetabolismekan alkohol, tetapi ia hanya boleh memecahkan alkohol dengan banyak pada satu masa. Oleh itu, apabila hati tidak dapat memecahkan alkohol, alkohol akan disalur semula ke seluruh bahagian badan yang lain.

Biasanya, badan boleh memproses 1 aun alkohol per jam dengan selamat. Sekiranya anda minum lebih daripada ini, anda mungkin minum terlalu banyak alkohol yang menyebabkan badan anda berhenti berfungsi dengan baik kerana hati anda tidak dapat memecahkan alkohol yang berlebihan ini.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada keracunan alkohol?

Anda mungkin berisiko tinggi bagi keadaan ini sekiranya anda mengalami keadaan berikut:

  • Dewasa muda lebih cenderung untuk minum berlebihan, menyebabkan dos alkohol berlebihan.
  • Lelaki lebih cenderung untuk minum banyak berbanding wanita, menyebabkan risiko tinggi untuk dos alkohol berlebihan
  • Ketinggian dan berat badan anda menentukan kepantasan badan anda untuk menyerap alkohol. Individu dengan saiz badan yang lebih kecil akan mengalami kesan alkohol lebih cepat berbanding individu yang bersaiz badan lebih besar. Individu bersaiz badan lebih kecil akan mengalami lebihan dos selepas meminum jumlah yang sama dengan individu yang bersaiz badan lebih besar boleh minum dengan selamat.
  • Mempunyai toleransi yang tinggi untuk alkohol atau minum dengan cepat melalui perlumbaan meminum alkohol boleh meletakkan anda kepada risiko yang tinggi untuk dos yang berlebihan.
  • Individu yang minum mengikut nafsu (minum lebih daripada lima minuman dalam masa satu jam) juga berisiko untuk dos berlebihan.
  • Jika anda mempunyai keadaan lain seperti diabetes, anda mungkin berisiko tinggi untuk mengalami dos berlebihan.
  • Jika anda mengambil alkohol bersama ubat, anda mungkin tidak merasai kesan alkohol. Ini akan menyebabkan anda untuk minum lebih banyak, juga boleh meningkatkan risiko anda untuk dos berlebihan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Keracunan Alkohol didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki anda mengalami keracunan alkohol, doktor akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh bagi menentukan keadaan ini.

Bagi memeriksa tanda dan simptom keracunan alkohol yang ketara, doktor anda akan melakukan ujian darah dan urin bagi memeriksa paras alkohol dalam darah dan mengenal pasti tanda-tanda lain bagi keracunan alkohol, seperti paras gula rendah dalam darah.

Bagaimana pesakit Keracunan Alkohol dirawat?

Rawatan keracunan alkohol biasanya melibatkan penjagaan sokongan sementara badan anda membuang alkohol dengan sendirinya. Ini biasanya termasuk:

  • Pemantauan teliti.
  • Pencegahan daripada masalah pernafasan dan tercekik.
  • Terapi oksigen.
  • Cecair diberi melalui vena (secara intravena) bagi menghalang dehidrasi.
  • Penggunaan vitamin dan glukosa bagi membantu menghalang komplikasi keracunan alkohol yang serius.
  • Orang Dewasa dan kanak-kanak yang minum metanol atau alkohol isoprofil mungkin memerlukan hemodialisis, cara mekanikal untuk menapis bahan buangan dan toksin daripada sistem anda, bagi mempercepatkan pembuangan alkohol daripada saluran darah mereka.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Keracunan Alkohol?

  • Anda tidak boleh menghilangkan kesan keracunan alkohol, dan anda sebenarnya boleh membuat perkara menjadi semakin teruk dengan pengambilan alkohol yang berlebihan. Hilangkan kesan dengan tidur.

Anda boleh tidak sedarkan diri semasa sedang tidur.

  • Kopi hitam atau kafein.

Ini tidak melawan tindakbalas kesan keracunan alkohol.

  • Mandi air sejuk.

Kejutan sejuk boleh menyebabkan hilang kesedaran.

  • Hilangkan kesan dengan berjalan.

Ini tidak menyebabkan kesan  alkohol untuk hilang dengan serta merta  daripada badan anda.

Beberapa tip yang boleh menghalang anda daripada keracunan alkohol:

  • Bersederhana dalam minum alkohol, jika boleh, elak sama sekali.

Sekiranya ada memilih untuk minum alkohol, lakukan secara sederhana. Bagi orang dewasa yang sihat, boleh minum sehingga satu minuman bagi wanita dalam semua peringkat umur dan lelaki yang berusia lebih daripada 65 tahun, dan sehingga dua minuman bagi lelaki berumur 65 tahun dan ke bawah. Apabila anda minum, nikmati minuman anda perlahan-lahan.

  • Jangan minum dengan perut kosong.

Minum alkohol dengan  sedikit makanan di dalam perut anda, walaupun ia dapat memperlahankan penyerapan alkohol dalam keadaan ini,  ia tidak akan mencegah keracunan alkohol, contohnya, jika anda minum mengikut nafsu.

  • Berkomunikasi dengan anak remaja anda.

Berbual dengan anak remaja anda tentang bahaya alkohol, termasuk meminumnya mengikut nafsu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 19, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut