Kembung perut juga dikenali sebagai kembung abdomen atau kembung di mana angin terbentuk di dalam perut dan usus yang menyebabkan perut berasa penuh.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Kembung perut juga dikenali sebagai kembung abdomen atau kembung di mana angin terbentuk di dalam perut dan usus yang menyebabkan perut berasa penuh.
Dalam sesetengah keadaan, perut kembung dan keras akan kelihatan sedikit besar/kembung.
Kembung atau sendawa biasanya disebabkan tertelan angin atau makanan yang dicernakan melalui sistem penghadaman.
Anda mungkin berasa kurang selesa di bahagian perut untuk beberapa keadaan atau rasa perut kembung dan keras berulang kali dalam sehari.
Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.
Ia merupakan aduan biasa dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Ia biasanya mengganggu lebih ramai wanita berbanding lelaki.
Kembung kebiasaannya berkaitan dengan keadaan sistem gastrointestine (perut dan usus) seperti Sindrom Rengsa Usus (IBS) atau pedih ulu hati (GERD).
Perut kembung bukanlah keadaan yang serius dan mudah untuk ditangani. Jika masalah kembung tidak pulih, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Simptom lazim perut kembung sukar untuk dikenal pasti, tetapi kebanyakan individu menyatakan perasaan kurang selesa ketika perut kembung dan keras, rasa ketat atau bengkak pada bahagian abdomen.
Selalunya, ia disertai dengan rasa sakit, angin berlebihan (flatulence), kerap sendawa dan abdomen berbunyi.
Terdapat beberapa tanda dan simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempuyai sebarang kemusykilan berkaitan simptom yang dialami, sila berunding dengan doktor anda.
Kebiasaannya, masalah kembung, sendawa dan angin boleh selesai dengan sendirinya. Anda perlu berunding dengan doktor secepat mungkin sekiranya simptom tersebut tidak pulih dengan penukaran diet dan tabiat pemakanan anda.
Anda juga perlu menghubungi doktor jika mengalami keadaan di bawah:
Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda.
Ketahuilah, setiap badan individu berbeza tindak balas. Simptom-simptom ini mungkin menjadi petanda kepada masalah penghadaman yang lebih serius.
Sebaik-baiknya, berbincang dengan doktor tentang solusi terbaik untuk situasi anda.
Ia boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan lain seperti penyakit GERD atau IBS. Selain daripada punca perubatan, punca lain yang lazim menjadi penyebab perut kembung dan keras ialah:
Faktor risiko lazim yang meningkatkan peluang anda untuk mengalami kembung adalah aspek gaya hidup. Faktor ini termasuklah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Langkah pertama yang dilakukan untuk membuat diagnosis ialah pemeriksaan fizikal termasuk sejarah perubatan.
Anda perlu memaklumkan kepada doktor segala maklumat tentang sejarah kembung yang lepas dan juga maklumat berkaitan permakanan anda, sama ada anda mempunyai sebarang kesakitan atau simptom sampingan.
Anda juga perlu memaklumkan kepada doktor sekiranya anda sedang mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan atau suplemen herba.
Ini akan membantu doktor untuk membuat diagnosis yang lebih baik tentang kembung perut anda.
Pilihan rawatan termasuklah perubahan diet dan gaya hidup. Perubahan ini termasuklah:
Sekiranya perubahan pada diet dan gaya hidup anda tidak melegakan kembung perut, anda mungkin perlukan rawatan ubat-ubatan. Beberapa ubat yang boleh membantu untuk melegakan kembung perut ialah:
Jika anda mengalami kembung perut disebabkan oleh keadaan kesihatan, doktor akan merawat anda mengikut keadaan tersebut.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda menghadapi masalah kembung:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen