backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kelulut

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Kelulut?

Kelulut ialah penyakit kulit yang sakit dan sangat mudah berjangkit, kebiasaanya muncul pada jari. Ia biasanya dikenali sebagai herpes kelulut atau herpes tangan kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus herpes simplex. Kedua-dua jenis herpes, iaitu herpes jenis 1 (HSV-1) dan herpes jenis 2 (HSV-2) boleh menyebabkan herpes kelulut. Kelulut boleh berlaku apabila kawasan jari yang tercedera bersentuhan dengan cecair badan yang mengandungi virus tersebut.

Apakah kebarangkalian Kelulut?

Herpes kelulut boleh dihidapi oleh semua peringkat usia, bangsa dan jantina. Walau bagaimanapun, ia sangat lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak, pekerja bahagian gigi dan perubatan. Untuk kanak-kanak, penyebab yang paling  menghisap ibu jari tangan dan jari tangan semasa keberadaan virus herpes disekitar mulut. Untuk pekerja perubatan, punca utama ialah memegang luka pesakit yang dijangkiti HSV-1 sementara HSV-2 boleh menjangkiti golongan selain daripada yang disebut. Tetapi penyakit ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kelulut?

Secara umum, kelulut boleh menyebabkan berlaku beberapa simptom seperti di bawah:

  • Gelembung atau sakit sekitar badan;
  • Kelenjar membesar berhampiran siku atau bawah lengan;
  • Demam;
  • Jalur merah (lymphangitis);
  • Berasa panas/terbakar;
  • Pembesaran benjolan atau gelembung kecil;
  • Gatal-gatal;
  • Pedih atau berasa yang luar biasa.
  • Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang keraguan berkaitan simptom yang anda alami, sila berunding dengan doktor anda.  

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Kelulut jarang sekali menjadi jangkitan semakin serius yang memerlukan penilaian yang teliti. Dalam kes yang melibatkan simptom yang dinyatakan dibawah, minta bantuan perubatan dengan segera:

    • Keliru atau tidak sedarkan diri walaupun seketika;
    • Demam melebihi 38 degree celcius.

    Jika anda mempunya mana-mana tanda atau simptom atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

    Punca

    Apakah Punca Kelulut?

    Kelulut adalah disebabkan oleh 2 jenis virus herpes simplex (HSV), yang dinamakan HSV-1 dan HSV-2. Jangkitan HSVberlaku apabila kulit jari yang tercedera terdedah kepada cecair yang dipenuhi HSV yang berasal daripada badan anda sendiri atau orang lain. Sebagai contoh, menyentuh mulut atau bahagian sulit yang dijangkiti dengan jangkitan HSV pada diri anda sendiri atau orang lain boleh menjadi punca berlakunya kelulut.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kelulut?

    Terdapat pelbagai faktor risiko untuk kelulut, seperti:

    • Bekerja dalam sektor pergigian atau kejururawatan;
    • Jangkitan virus herpes simplex 1 dan 2;
    • Jangkitan HIV;
    • Kecederaan jari;
    • Gigit kuku;
    • Kurang menjaga kebersihan.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Kelulut didiagnosis?

    Sebelum membuat pemeriksaan, doktor akan bertanya kepada anda tentang simptom yang anda alami. Maklumat lain yang relevan merangkumi sejarah yang lepas atau semasa berkaitan jangkitan herpes di pelbagai bahagian badan seperti bibir, mulut dan bahagian sulit. Jika jangkitan lebih serius atau berulang kali, sampel darah dan kulit akan diambil untuk pemeriksaan yang lebih teliti. Membuat ujian-ujian ini dapat membantu diagnosis keadaan terkini anda, seterusnya mendapat rawatan yang betul.

    Bagaimana pesakit Kelulut dirawat?

    Untuk waktu ini, tiada penyembuh kepada virus herpes simplex ini. Pilihan rawatan yang ada hanyalah untuk menghilangkan kesakitan dan mengurangkan masa untuk pulih. Anda mungkin dipreskrip dengan 200mg acyclovir yang diambil lima kali sehari, dalam masa lima ke tuhuh hari atau 400mg acyclovir tiga kali sehari. Selain daripada itu, menjaga kebersihan diri dan kebersihan awam; mengawal daripada aktiviti seksual, alkohol dan merokok; mandi dengan air suam juga dapat membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kelulut?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani kelulut:

    • Amalkan aktiviti seksual yang sihat (guna kondom dan dental dams);
    • Elakkan seks dengan pasangan yang ramai;
    • Kekalkan penjagaan kebersihan diri;
    • Selalu cuci tangan dengan betul dan elakkan daripada menggigit kuku;
    • Ambil ubat seperti yang dipreskrip oleh doktor anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan