Keloid

Oleh

enEnglish

Definisi

Apakah itu Keloid?

Umumnya, apabila kulit terluka, tisu fibrus, dikenali sebagai tisu parut, membentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi luka tersebut. Sesetengah kes, tisu parut membesar secara berlebihan, membentuk ketumbuhan yang licin dan kasar yang dikenali sebagai keloid, yang mana lebih besar daripada luka asal. Ia seringkali dijumpai di kawasan dada, bahu, cuping telinga, dan pipi. Walau bagaimanapun, keloid boleh terjadi di kawasan tubuh badan yang lain.

Meskipun begitu, keloids adalah tidak berbahaya kepada kesihatan anda, cuma menimbulkan kerisauan kepada paras rupa.

Apakah kebarangkalian keloid?

Berdasarkan kepada American Osteopathic College of Dermatology (AOCD), dijangkakan 10 peratus di kalangan masyarakat mempunyai parut keloid. Lelaki dan wanita mempunyai risiko yang sama untuk mempunyai parut keloid. Faktor-faktor risiko termasuklah berketurunan Afrika, Asia, atau Latin, mengandung, dan juga berumur 30 tahun ke bawah. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom keloid?

Simptom-simptom yang biasa terdapat pada keloid ialah:

  • Kawasan yang kelihatan seperti isi kulit berwarna merah jambu atau merah
  • Gumpalan atau kawasan kulit yang timbul
  • Kawasan yang masih bertumbuh dengan tisu parut mengikut masa
  • Kulit yang gatal

Parut keloid selalunya kelihatan lebih besar daripada luka asal. Ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk tumbuh dengan semupurna.

Walaupun parut keloid mungkin menyebabkan kegatalan, namun ia tidak menjejaskan kesihatan anda. Anda mungkin mengalami perasaan tidak selesa, sengal, atau berkemungkinan mengalami kegatalan daripada baju anda ataupun mana-mana kesan daripada bergeser.

Jarang sekali, anda mempunyai parut keloid dalam kuantiti yang banyak di seluruh badan anda. Apabila keadaan ini berlaku, tisu parut yang keras akan menghalang pergerakan anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung doktor anda. Tubuh badan setiap manusia bertindak balas berbeza. Sebaiknya adalah untuk berbincang dengan doktor anda untuk penyelesaian yang terbaik.

Punca

Apakah yang menyebabkan keloid?

Kebanyakan luka kulit akan menyebabkan parut keloid. Di antaranya ialah:

  • Parut jerawat
  • Luka terbakar
  • Parut demam campak
  • Tindik telinga
  • Kesan garu
  • Luka pembedahan
  • Kawasan yang divaksin

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko keloid?

Di antara faktor-faktor risiko kepada keloid adalah:

  • Keturunan Asia
  • Keturunan Latin
  • Ibu yang mengandung
  • Umur di bawah 30 tahun

Keloid seringkali berkaitan dengan faktor genetik, yang mana anda mungkin mempunyai keloid sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa anda mempunyainya. Para pengkaji menemui bahawa seseorang yang mempunyai genetik AHNAK mempunyai kecenderungan untuk mempunyai keloid berbanding orang biasa.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah keloid didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai keloid, dia akan menjalankan pemeriksaan fizikal. Selepas keloid didiagnosis secara ujian penglihatan, doktor anda mungkin akan menjalankan biopsi untuk menolak kemungkinan kepada penyakit lain. Ujian ini akan mengambil sedikit daripada sampel tisu daripada kawasan parut dan diperiksa untuk kemungkinan sel kanser.

Bagaimanakah keloid dirawat?

Keputusan untuk merawat keloid dibuat secara berhati-hati. Parut keloid menyebabkan tubuh badan cuba untuk merawat dengan sendirinya. Selepas parut keloid dibuang, parut luka mungkin akan tumbuh semula dan kadangkala ia tumbuh dengan lebih besar daripada parut yang asal.

Contoh-contoh rawatan keloid:

  • Suntikan kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan
  • Minyak pelembap untuk melembutkan tisu
  • Pad gel silikon atau mengenakan tekanan selepas luka
  • Mengeraskan tisu untuk membunuh sel kulit
  • Rawatan laser untuk mengurangkan tisu parut
  • Radiasi untuk mengecilkan keloid

Pada peringkat permulaan, doktor anda mungkin akan mengesyorkan rawatan yang tidak invasif, seperti mengenakan pad silikon, balutan yang mengenakan tekanan atau suntikan. Rawatan-rawatan ini memerlukan penjagaan yang rapi untuk menunjukkan keberkesanannya. Walaupun begitu, keloid selalunya akan mengecil dengan sendirinya walaupun tidak dirawat.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh digunakan ke atas keloid?

Berikut adalah perubahan cara hidup dan pengubatan sampingan yang membantu anda menangani keloid:

  • Jika anda mempunyai kecenderungan mempunyai keloid, anda seharusnya mengelak luka di kulit, menindik telinga dan pembedahan sekiranya tidak diperlukan. Jika anda menjalani pembedahan, terutama di kawasan yang cenderung untuk mempunyai parut, pastikan anda memaklumkan doktor anda bahawa anda mempunyai keloid
  • Mulakan rawatan yang tertentu (seperti suntikan kortikosteroid, balutan dengan tekanan) selepas pembedahan untuk menghalang keloid. Jika anda menindik telinga, anda seharusnya menggunakan tindik yang mempunyai tekanan untuk mengurangkan parut
  • Keloid selalunya menimbulkan kerisauan kepada paras rupa berbanding tahap kesihatan. Anda mungkin akan merasa rendah diri jika keloid telalu besar atau terletak di kawasan yang senang dilihat, seperti di cuping telinga atau di muka. Sinaran matahari atau penyamakan mungkin akan mengubah warna tisu parut, menyebabkan ia kelihatan lebih gelap berbanding kawasan kulit yang lain. Ini akan menyebabkan keloid kelihatan lebih jelas berbanding biasa. Pastikan parut ditutup semasa terkena cahaya matahari untuk mengelakkan perubahan warna
  • Jika seseorang mempunyai faktor berisiko untuk mempunyai keloid, mereka mungkin perlu mengelak untuk mempunyai tindik di badan atau pembedahan yang tidak diperlukan ataupun tattoo

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Julai 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut