Kelahiran Songsang

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu kelahiran songsang?

Dalam kebanyakan kehamilan, terdapat ruang yang cukup dalam rahim (uterus) untuk bayi (janin) bertukar kedudukan. Untuk mempunyai kedudukan janin yang normal dan paling selamat untuk kelahiran, bayi perlu bertukar ke posisi kepala rendah sebelum minggu ke-36 kehamilan.

Kelahiran songsang berlaku apabila bayi dilahirkan dengan bahagian bawah keluar terlebih dahulu daripada kepala.  Sekitar 3-5% peratusan kecil wanita hamil (dalam minggu kehamilan ke-37 hingga 40) akan melahirkan bayi songsang. Kebanyakan bayi dalam posisi songsang perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean kerana ia dianggap lebih selamat daripada kelahiran secara vagina.

Terdapat tiga jenis kelahiran songsang:

  • Frank breech / songsang ‘frank’ (kedua-dua kaki lurus di bahagian lutut). Punggung terletak pada posisi untuk keluar dahulu semasa kelahiran. Kaki lurus (melunjur) di hadapan badan, dengan kaki terletak berdekatan kepala. Ini adalah jenis songsang yang paling biasa
  • Complete breech / songsang ‘complete’ (kedua-dua kaki berlipat di bahagian sendi pinggul dan lutut). Punggung menurun berhampiran salur kelahiran. Lutut terbengkok dan kaki terletak berhampiran punggung
  • Footling breech / songsang ‘footling’ (satu atau kedua-dua kaki terlipat di bawah punggung bayi). Satu kaki atau kedua-dua kaki diregangkan keluar di bawah punggung. Satu kaki atau kedua-dua kaki berada dalam kedudukan untuk keluar dahulu semasa kelahiran

Adakah kelahiran songsang biasa berlaku?

Dalam kira-kira 4 daripada 100 kelahiran, bayi tidak bertukar ke posisi kepala bawah secara semula jadi. Sebaliknya, bayi berada dalam kedudukan songsang. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kelahiran songsang?

Bayi tidak dikatakan songsang sehingga sekitar 35 atau 36 minggu kehamilan. Biasanya, sebagai persediaan untuk kelahiran, bayi akan bertukar posisi menjadi kepala bawah untuk berada pada kedudukan yang betul. Adalah normal bagi bayi untuk berada dalam posisi kepala bawah atau di sisi sebelum minggu 35.

Selepas tempoh itu, apabila bayi membesar dan tidak mempunyai ruang untuk bergerak, akan menyukarkan bayi untuk berpaling dan kembali ke kedudukan yang betul.

Berdasarkan pengalaman doktor anda, doktor akan dapat mengetahui sama ada bayi anda songsang dengan merasa kedudukan bayi di dalam perut anda. Dengan menggunakan ultra-bunyi di hospital, doktor anda boleh mengesahkan bahawa bayi anda songsang sebelum kelahiran.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan kelahiran songsang?

Doktor tidak dapat menyatakan dengan tepat mengapa kehamilan songsang berlaku, tetapi menurut Persatuan Kehamilan Amerika, terdapat banyak sebab mengapa bayi mungkin meletakkan dirinya di kedudukan/posisi yang “salah” dalam rahim, termasuk:

  • Sekiranya seorang wanita telah hamil beberapa kali
  • Kehamilan kembar banyak
  • Sekiranya seorang wanita pernah mengalami kelahiran pramatang pada masa lalu
  • Jika uterus mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit cecair amniotik, yang bermakna bayi mempunyai ruang tambahan untuk bergerak di dalam uterus atau tidak mempunyai cecair yang cukup untuk bergerak di dalam uterus
  • Jika wanita mempunyai bentuk uterus yang luar biasa atau mempunyai komplikasi lain, seperti fibroid di dalam uterus
  • Sekiranya seorang wanita mempunyai plasenta previa

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mengalami kelahiran songsang?

Terdapat banyak faktor risiko kelahiran songsang seperti:

  • Kelahiran pramatang
  • Peningkatan pariti
  • Gestasi / kehamilan kembar banyak
  • Kelahiran terdahulu merupakan kelahiran songsang
  • Tumor pelvis
  • Umur ibu (maternal) yang lebih tua
  • Hidramnion. Terlalu banyak cecair amniotik boleh membenarkan janin untuk melakukan banyak pergerakan
  • Oligohidramnios. Keadaan di mana cecair amniotik sangat sedikit yang boleh menghalang pertukaran janin yang terakhir janin untuk kembali ke kedudukan sefalik
  • Plasenta previa. Penempelan plasenta ke atas serviks, memberikan janin terlalu banyak ruang untuk bergerak di dalam uterus
  • Kepala janin yang membesar, menjadikannya lebih sukar bagi janin untuk beralih ke kedudukan sefalik sebelum permulaan proses kelahiran

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kelahiran songsang didiagnosis?

Semasa pemeriksaan rutin kehamilan anda yang terbaru, doktor anda akan merasa bahagian atas dan bawah perut dan ultra-bunyi janin akan diperlukan untuk mengetahui sama ada bayi anda berada dalam kedudukan songsang. Dengan memeriksa serviks anda, doktor anda juga boleh mengesahkan sama ada bayi anda berada dalam kedudukan songsang.

Bagaimanakah kelahiran songsang dirawat?

  • Kadar keberjayaan untuk mengubah kedudukan kehamilan songsang bergantung kepada sebab bayi anda berada dalam kedudukan songsang, tetapi tiada bahaya selagi anda mencuba kaedah yang selamat
  • Versi eksternal (EV). EV adalah satu prosedur di mana doktor anda akan cuba untuk memusingkan bayi anda ke kedudukan yang betul dengan memanipulasi bayi dengan meletakkan tangan mereka di atas perut anda
  • Minyak pati. Sesetengah orang berjaya menggunakan minyak pati seperti pudina, pada perut mereka untuk merangsang bayi untuk berpusing dengan sendiri
  • Membalikkan badan mereka untuk menggalakkan bayi untuk membalikkan diri juga merupakan kaedah yang popular
  • Ada juga wanita yang menggunakan kaedah yang berbeza, seperti menelangkupkan (tangan di bawah kaki ke atas) diri mereka di dalam kolam renang, menyandarkan pinggul mereka di atas bantal, bahkan menggunakan tangga untuk membantu menaikkan pelvis mereka

Perubahan gaya hidup & remedi di rumah

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang boleh membantu saya menghadapi kelahiran songsang?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi kelahiran songsang:

  • Adalah sangat penting untuk berjumpa dengan doktor anda sepanjang kehamilan anda. Doktor anda boleh mengetahui sama ada bayi anda berada pada kedudukan songsang dan membantu merancang apa yang perlu dilakukan
  • Sesetengah doktor akan merancang ┬ákelahiran bayi melalui pembedahan Caesarean. Ada juga doktor yang mungkin mencadangkan senaman untuk dilakukan pesakit mereka di rumah yang boleh membantu bayi kembali ke kedudukan kepala bawah
  • Sekiranya prosedur ini berjaya dan bayi berada di posisi kepala bawah, kelahiran vagina yang normal mungkin boleh berlaku

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut