Apa itu Kekurangan Konvergen?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Kekurangan Konvergen?

Kekurangan konvergen adalah keadaan yang mana mata anda tidak boleh berfungsi dengan serentak apabila melihat objek yang berdekatan. Keadaan ini menyebabkan salah satu mata yang sepatutnya sama-sama memandang ke dalam tetapi memandang keluar mengakibatkan penglihatan berganda atau kabur.

Apakah kebarangkalian Kekurangan Konvergen?

Kekurangan konvergen biasanya didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak yang masih di bangku sekolah dan remaja. Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran untuk membaca, yang mana membuatkan ibubapa atau guru mengesyaki anak ini mempunyai kesukaran untuk belajar berbanding gangguan mata. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kekurangan Konvergen?

Simptom-simptom yang biasa berlaku bagi kekurangan konvergen ialah:

  • Penat, sakit atau mata tidak selesa (strain mata).
  • Sakit kepala.
  • Kesukaran untuk membaca – perkataan kelihatan seperti terapung di atas mukasurat, anda hilang tempat bacaan atau anda membaca dengan perlahan –  yang mana boleh menyebabkan anda mengelak daripada membaca atau tidak menyiapkan kerja sekolah.
  • Penglihatan berganda (diplopia).
  • Sukar untuk fokus.
  • Juling, mengosok atau menutup sebelah mata.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Kekurangan Konvergen?

Punca bagi kekurangan konvergen masih tidak diketahui, tetapi ia melibatkan penjajaran mata yang salah apabila sedang fokus terhadap objek yang berdekatan. Penjajaran yang salah melibatkan otot yang mengerakkan mata. Biasanya satu mata akan memandang keluar apabila anda sedang fokus terhadap satu perkataan atau objek dalam jarak yang dekat.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kekurangan Konvergen?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kekurangan Konvergen didiagnosis?

Individu yang mengalami kekurangan konvergen mungkin mempunyai penglihatan yang normal, jadi penting bagi memberitahu kebimbangan anda terhadap pembacaan dan pembelajaran kepada penyedia penjagaan mata anda. Bagi mendiagnosis kekurangan konvergen, doktor mata anda akan:

  • Mengambil sejarah perubatan. Ini termasuk soalan mengenai masalah yang anda hadapi ketika sedang fokus, penglihatan berganda atau kabur, sakit kepala, dan simptom-simptom yang dialami.
  • Sukat titik konvergen yang dekat (NPC). Ujian ini menyukat jarak dari mata anda ke tempat di mana kedua-dua mata boleh fokus tanpa menyebabkan penglihatan berganda. Pemeriksa akan memegang target kecil, seperti kad bercetak atau pen lampu, di hadapan anda dan perlahan-lahan mengerakkan alat tersebut dekat pada anda sehingga sama ada anda mempunyai penglihatan berganda atau pemeriksa melihat salah satu mata anda telah pandang keluar.
  • Menilai konvergen fusional positif (PFV). Ketika ujiian ini dijalankan, anda akan diminta untuk membaca huruf pada carta mata semasa sedang melihat melalui kanta prisma. Pemeriksa akan catat apabila anda mula untuk mengalami penglihatan berganda.
  • Melakukan rutin pemeriksaan mata. Jika anda mempunyai sebarang masalah penglihatan seperti rabun dekat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian bagi menilai tahap masalah tersebut.

Bagaimana pesakit Kekurangan Konvergen dirawat?

Kekurangan konvergen sering dirawat dengan melakukan konvergen melalui senaman. Senaman ini boleh dipreskripsi oleh ahli ortopti (seorang juruteknik perubatan yang dilatih khas dalam fungsi otot okular dan penglihatan binokular) atau oleh seorang ahli optalmologi. Terdapat juga program komputer yang mana boleh digunakan pada komputer di rumah bagi meningkatkan kebolehan konvergen. Keputusan daripada program komputer akan diperiksa oleh profesional penjagaan mata anda melalui kertas cetakan yang dibawa ketika temu janji bersama doktor.

Kaedah rawatan yang akan digunakan bagi setiap pesakit bergantung kepada umur pesakit ketika memerlukan rawatan, berdekatan dengan ahli ortopti atau ahli terapi penglihatan dan kemahuan pesakit. Aspek penting yang perlu diambil kira dalam memilih regimen rawatan adalah keselesaan dan perbelanjaan rawatan kerana mana-mana kaedah yang dipilih biasanya akan berjaya jika regimen yang dipreskripsi dapat diikut. Kebanyakan kajian menunjukkan rawatan jangka pendek biasanya akan berjaya. Terapi yang lama tidak menunjukkan manfaat yang ketara dan biasanya tidak diperlukan.

Salah satu kaedah terapi yang boleh merawat kekurangan konvergen ialah menggunakan prisma yang mana memaksa sistem untuk bekerja dengan lebih keras untuk konvergen. Terapi ini hanya dilakukan dalam jangka masa yang pendek sahaja kerana ia sangat meletihkan mata.

Prisma dasar dalam boleh digunakan bagi menjajarkan mata secara palsu untuk membaca; walau bagaimanapun, penggunaan kaedah ini akan menyebabkan pesakit mengalami konvergen yang lebih kuat dengan sendirinya.

Tampalan bukanlah satu pilihan bagi menguatkan Konvergen kerana memakai tampalan akan mengganggu kebolehan untuk melakukan senaman fungsi binokular (menggunakan kedua-dua belah mata bersama). Kadang-kadang, pesakit akan menampal pada satu mata sahaja buat sementara waktu bagi melegakan penglihatan berganda apabila perlu melihat banyak objek dekat.

Kadang-kadang, pesakit tidak memberi respons terhadap rawatan. Bagi kes ini, kaca prisma akan digunakan untuk membaca bagi menjajarkan mata secara palsu dan membolehkan penglihatan binokular menjadi lebih selesa. Bagi kes terpencil, intervensi pembedahan mungkin akan disarankan.

Pesakit yang mempunyai kekurangan konvergen selalunya akan sembuh sepenuhnya selepas bersenam bagi menguatkan konvergen mereka. Teruskan melihat objek dekat selepas terapi konvergen bagi membantu mengekalkan konvergen yang cukup setelah rawatan telah selesai. Kadang kala, simptom kekurangan konvergen akan datang kembali selepas sakit, kurang tidur atau permintaan untuk melihat objek yang dekat meningkat. Jika rawatan sebelum ini telah berjaya, menjalani rawatan ini sekali lagi juga akan memberi hasil yang sama dalam merawat simptom-simptom yang telah muncul kembali.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kekurangan Konvergen?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.