backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Maksud Keguguran Kehamilan, Apa Sebenarnya Masalah Yang Terjadi Pada Ketika Ini?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/12/2023

Maksud Keguguran Kehamilan, Apa Sebenarnya Masalah Yang Terjadi Pada Ketika Ini?

Sebenarnya, apa maksud keguguran di dalam kehamilan? Ramai orang yang mungkin tahu tapi belum benar faham tentangnya. Jadi, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini. 

Definisi

Apa maksud keguguran?

Maksud keguguran ialah kehilangan janin sebelum minggu ke-20 kehamilan, menunjukkan kepada masalah tertentu dalam kehamilan atau janin yang tidak berkembang dengan baik.

Kira-kira 10 hingga 20 peratus kehamilan dilaporkan berakhir dengan keguguran.

Apa risiko keguguran?

Keguguran adalah perkara yang biasa berlaku. Hampir 50 peratus daripada semua kehamilan berakhir dengan keguguran sebelum seorang wanita menyedari mereka mereka hamil.

Dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan, dianggarkan lebih daripada 80 peratus kes keguguran dilaporkan. Sementara keguguran selepas 20 minggu kehamilan jarang berlaku.

Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa tanda keguguran?

maksud keguguran

Tanda dan simptom utama keguguran biasa ialah:

  • Titik darah atau pendarahan daripada faraj;
  • Sakit atau kekejangan pada abdomen atau belakang;
  • Cecair atau tisu keluar daripada faraj anda;
  • Pendarahan yang berterusan dari sedikit kepada banyak;
  • Kekejangan yang teruk;
  • Sakit perut;
  • Demam;
  • Merasa lemah;
  • Sakit belakang.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang maksud keguguran atau sebarang simptom lain, sila hubungi doktor anda.

Punca

Apa punca keguguran?

Terdapat masalah genetik yang membawa maut pada bayi dalam kandungan dan menyebabkan keguguran. Keguguran seperti ini berada di luar kawalan anda untuk mencegahnya.

Masalah serviks juga boleh menyumbang kepada keguguran. Keguguran berlaku kerana serviks terlalu lemah untuk menanggung kehamilan, dipanggil serviks tidak kompeten.

Keguguran daripada serviks tidak kompeten biasanya berlaku pada trimester kedua!

Beberapa simptom keguguran yang berpunca daripada masalah serviks adalah jika anda merasa tekanan secara tiba-tiba, air ketuban pecah dan tisu daripada janin dan plasenta keluar tanpa rasa sakit yang teruk.

Punca lain yang membawa kepada keguguran ialah:

  • Jangkitan;
  • Masalah kesihatan anda, seperti kencing manis atau penyakit tiroid;
  • Masalah hormon;
  • Tindak balas sistem imun;
  • Masalah fizikal;
  • Anatomi rahim yang abnormal.

maksud keguguran

Faktor Risiko

Apa faktor risiko keguguran?

Terdapat banyak faktor risiko untuk keguguran, seperti:

  • Jika anda berusia lebih daripada umur 35, anda mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita lebih muda;
  • Keguguran. Jika anda mengalami dua atau lebih keguguran berturut-turut sebelum ini, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi;
  • Masalah kronik seperti kencing manis yang tidak terkawal;
  • Masalah rahim atau serviks;
  • Merokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah. Merokok semasa mengandung menambah risiko keguguran;
  • Kurang berat badan atau berat badan berlebihan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran.
  • Ujian pranatal yang invasif seperti chorionic villus sampling dan amniosentesis, mempunyai sedikit risiko untuk maksud keguguran.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit akan didiagnosis?

    Untuk mendiagnosis maksud keguguran, doktor mungkin akan meminta anda untuk melakukan beberapa ujian.

    • Pemeriksaan pelvik membantu doktor meneliti jika serviks mula mengembang;
    • Ultrabunyi digunakan untuk memeriksa denyutan jantung janin dan mengenal pasti jika embrio membesar dengan sihat;
    • Ujian darah diperlukan untuk menentukan sama ada semua tisu plasenta telah keluar apabila anda keguguran. Ujian darah tersebut termasuklah dengan mengukur hormon kehamilan dan beta HCG;
    • Ujian tisu bermakna bahawa tisu yang telah keluar boleh dihantar ke makmal untuk mengesahkan bahawa keguguran telah berlaku.

    Bagaimana pesakit boleh dirawat?

    Sekiranya anda didiagnosis dengan maksud keguguran terancam (threatened abortion), anda mungkin dinasihatkan untuk berehat sehingga pendarahan atau kesakitan reda.

    Anda turut dinasihatkan untuk mengelakkan senaman dan hubungan kelamin.

    Anda juga tidak digalakkan bermusafir terutamanya ke kawasan di mana anda sukar mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

    maksud keguguran

    Untuk menentukan sama ada embrio telah mati atau tidak terbentuk atau untuk mengetahui jika keguguran tidak boleh dielakkan, anda perlu melakukan ujian ultrabunyi.

    Beberapa pilihan yang boleh anda pertimbangkan ialah adalah pengurusan sendiri, rawatan perubatan, dan rawatan pembedahan.

    Pengurusan sendiri sesuai untuk anda jika tiada tanda-tanda jangkitan. Ini bermakna bahawa anda boleh memilih untuk membiarkan keguguran secara semula jadi.

    Dalam kes pengeluaran janin tidak berlaku dengan sendiri, anda perlu memilih rawatan perubatan atau pembedahan.

    Jika anda ingin mempercepatkan proses keguguran, anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang penggunaan ubat-ubatan.

    Terdapat ubat yang boleh membantu badan anda mengeluarkan tisu kehamilan dan plasenta.

    Memasukkan ubat melalui faraj dan bukan melalui mulut untuk meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan sampingan seperti loya dan cirit-birit juga digalakkan.

    Rawatan lain untuk keguguran ialah prosedur pembedahan kecil dipanggil sedutan pengembangan dan pengkuretan (Dilatation & Curettage).

    Dalam pembedahan ini, doktor akan mengembangkan serviks dan membuang tisu dari dalam rahim anda.

    Anda mungkin memerlukan rawatan ini jika anda mengalami keguguran disertai dengan pendarahan atau tanda-tanda jangkitan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan