Masalah keguguran rambut bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada kulit kepala anda, ia juga membuatkan penghidapnya menjadi kurang yakin dengan diri sendiri.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Masalah keguguran rambut bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada kulit kepala anda, ia juga membuatkan penghidapnya menjadi kurang yakin dengan diri sendiri.
Wujud banyak punca keguguran rambut, antaranya keturunan, perubahan hormon, pengambilan ubat, keadaan medikal dan macam-macam lagi isu lain.
Malah, sesiapa sahaja tidak kiralah lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh mengalami masalah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Masalah ini boleh muncul dalam pelbagai cara, bergantung dengan puncanya.
Ia boleh datang secara tiba-tiba atau secara perlahan.
Tidak dinafikan, keguguran rambut boleh memberikan kesan yang negatif pada kulit kepala dan seluruh badan.
Malah masalah ini juga mungkin boleh bersifat sementara atau kekal.
Keguguran rambut merupakan sesuatu yang lazim dan boleh mempengaruhi pesakit dalam setiap lapisan usia.
Namun, masalah keguguran rambut boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk informasi lanjut.
Simptom biasa untuk keguguran rambut ialah:
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya mengalami simptom seperti berikut:
Sekiranya anda mengalami mana-mana punca atau simptom disenaraikan di atas atau mempunyai persoalan, ajukan pada doktor anda.
Setiap orang mempunyai tindak balas berbeza terhadap masalah keguguran rambut.
Oleh sebab itu, berbincanglah dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.
Punca keguguran rambut masih lagi belum difahami. Walau bagaimanapun, ia biasanya berkaitan dengan satu atau dua dari faktor berikut:
Ada banyak faktor risiko keguguran rambut, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keguguran rambut, pengamal perubatan anda akan pertama bertanyakan mengenai simptom anda dan sejarah kesihatan keluarga.
Kemudian, doktor akan mencadangkan beberapa ujian dan prosedur bagi diagnosis, termasuklah:
Rawatan bagi beberapa jenis keguguran rambut boleh didapati.
Walau bagaimanapun, beberapa keadaan keguguran rambut adalah kekal, manakala beberapa lagi hanyalah sementara.
Bergantung dengan keadaan anda, doktor akan mencadangkan pengambilan ubat-ubatan, pembedahan, terapi laser, dan penggunaan rambut palsu atau aksesori rambut sebagai rawatan.
Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, melambatkan serta menyembunyikan keguguran rambut.
Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi keguguran rambut:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen