Apa itu Kedutan Makular?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Kedutan Makular?

Kedutan makular adalah keadaan yang berlaku apabila tisu parut yang telah terbentuk pada makula mata, terletak pada bahagian tengah mata yang sensitif terhadap cahaya dipanggil retina. Makula memainkan peranan penting dalam menghasilkan penglihatan tengah dan tajam yang diperlukan untuk kita membaca, memandu, dan melihat perkara yang kecil. Kedutan makular boleh menyebabkan penglihatan kabur dan herot-benyot.

Terdapat pelbagai nama untuk kedutan makular seperti lapisan epiretina, lapisan praretina, makulopati selofan, retina berkedut, retinopati permukaan berkedut, fibrosis pramakular, dan penyakit lapisan dalaman terhad.

Apakah kebarangkalian Kedutan Makular?

Kedutan makular berkait dengan faktor penuaan dan biasanya berlaku pada individu yang berusia lebih daripada 60 tahun. Ini merupakan keadaan yang tidak menyakitkan yang mana boleh berlaku tanpa amaran. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kedutan Makular?

Simptom-simptom biasa bagi kedutan makular ialah:

  • Hilang penglihatan
  • Penglihatan kabur atau sedikit herot-benyot
  • Garisan berombak
  • Sukar untuk membaca tulisan kecil
  • Terdapat kawasan kelabu pada penglihatan tengah anda
  • Titik buta

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Kedutan Makular?

Kebanyakan dalaman mata kita diisi dengan vitreous, bahan seperti gel yang mengisi lebih kurang 80 peratus mata dan membolehkan mata kekal berbentuk bulat. Vitreous mengandungi berjuta-juta serat halus yang bersambung kepada permukaan retina. Apabila kita semakin tua, vitreous akan perlahan-lahan mengecut dan tertarik keluar daripada permukaan retina, dipanggil penanggalan vitreous, dan ini adalah normal. Dalam kebanyakan kes, tiada kesan sampingan, kecuali terdapat sedikit ampungan, yang mana merupakan “sesawang” kecil atau rintik-rintik yang dilihat seperti terapung di dalam lapangan penglihatan anda.

Walau bagaimanapun, kadang kala apabila vitreous tertarik keluar daripada retina, terdapat kerosakan mikroskopik pada permukaan retina. Apabila perkara ini berlaku, retina akan memulakan proses penyembuhan pada kawasan yang telah rosak dan membentuk tisu patut, atau lapisan epiretina, pada permukaan retina. Tisu parut ini bersambung pada permukaan retina dengan kuat. Apabila tisu parut ini mengecut, ia akan menyebabkan retina berkerut atau berkedut biasanya tanpa sebarang kesan pada penglihatan tengah. Walau bagaimanapun, jika tisu parut telah terbentuk di atas makula, penglihatan tengah yang tajam akan menjadi kabur dan herot-benyot.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kedutan Makular?

Terdapat banyak faktor risiko bagi kedutan makular, seperti:

  • Jantina perempuan
  • Umur tua
  • Terdapat sejarah gangguan mata, seperti tinggi miopia (rabun jauh), kecederaan pada mata, penanggalan retina

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kedutan Makular didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian akan juga disarankan oleh doktor anda. Semasa pemeriksaan mata, doktor anda akan mengembangkan pupil anda dan memeriksa retina anda. Anda boleh melakukan ujian yang dipanggil angiografi flouresein yang menggunakan pewarna untuk menerangi kawasan retina.

Ujian lain yang dipanggil tomografi optikal kekoherens (OCT) bagus dalam membuat diagnosis kedutan makular yang tepat. Dengan OCT, kamera khusus digunakan untuk mengimbas retina anda. Alat ini akan menyukat ketebalan retina dan juga sangat sensitif dalam mengesan bengkak dan cecair.

OCT juga boleh mendiagnosis abnormaliti makular yang terlalu kecil untuk dilihat melalui pemeriksaan atau dengan angiografi.

Bagaimana pesakit Kedutan Makular dirawat?

Sebenarnya, kedutan makular tidak memerlukan rawatan. Dalam banyak kes, simptom penglihatan herot-benyot dan kabur hanyalah sedikit sahaja, dan tidak memerlukan rawatan. Individu biasanya hanya perlu membiasakan diri dengan sedikit penglihatan yang herot-benyot, kerana ia tidak memberi kesan terhadap aktiviti harian, seperti membaca dan memandu.

Titik mata, ubat-ubatan, atau makanan tambahan bernutrisi tidak dapat meningkatkan penglihatan yang herot-benyot akibat kedutan makula. Kadang kala tisu parut, yang menyebabkan kedutan makula, terpisah daripada retina, dan kedutan makula hilang.

Jarang sekali, penglihatan terjejas sehingga ia menganggu aktiviti harian. Walau bagaimanapun, sekiranya perkara ini terjadi, pembedahan mungkin akan disarankan. Prosedur ini dipanggil vitrektomi, yang mana gel vitreous akan dibuang untuk mengelakkan ia daripada menarik keluar retina dan diganti dengan larutan garam (oleh sebab vitreous kebanyakan terdiri daripada air, anda tidak akan menyedari perubahan antara larutan garam dan vitreous yang normal). Selain itu, tisu parut yang mana menyebabkan kedutan akan dibuang. Vitrektomi biasanya dilakukan di bawah anestesia setempat.

Selepas pembedahan, anda perlu memakai tampalan mata selama benerapa hari atau minggu untuk melindungi mata. Anda juga perlu menggunakan titik mata berubat untuk melindungi mata daripada jangkitan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kedutan Makular?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi kedutan makular:

  • Memakai kata mata pelindung semasa bermain sukan atau menggunakan peralatan
  • Jika anda mengalami diabetes, kawal gula dalam darah anda dan selalu jumpa doktor
  • Dapatkan pemeriksaan mata secara berkala, terutamanya jika anda berisiko untuk mengalami makular kedutan

Penting untuk mengetahui simptom-simptom makular kedutan. Kenal pasti perkara ini apabila anda mengalami masalah mata dan segera dapatkan rawatan perubatan untuk menyelamatkan penglihatan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 13, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 13, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.