Kecelaruan Personaliti Narkisistik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu Kecelaruan Personaliti Narkisistik?

Kecelaruan Personaliti Narkisistik adalah penyakit mental di mana seseorang itu mempunyai rasa mementingkan diri sendiri; di mana dirinya perlu dikagumi dan kurang rasa empati terhadap orang lain. Tetapi di sebalik keyakinan diri yang berlebihan ini, terselindung harga diri yang sangat rendah dan tidak boleh menerima kritikan, walaupun hanya sedikit. Kecelaruan Personaliti Narkisistik menyebabkan masalah dalam pelbagai bahagian kehidupan, seperti dalam hubungan, kerja, sekolah atau urusan kewangan. Secara umumnya, anda mungkin secara tidak berpuas hati dan kecewa apabila anda tidak diberi layanan istimewa atau dikagumi, seperti yang anda rasakan sepatutnya berlaku. Orang lain mungkin tidak suka berada bersama anda, dan anda mungkin mendapati hubungan anda tidak memuaskan. Rawatan untuk Kecelaruan Personaliti Narkisistik berasaskan terapi percakapan.

Adakah Kecelaruan Personaliti Narkisistik biasa berlaku?

Kecelaruan Personaliti Narkisistik lebih menjejaskan lelaki berbanding wanita, dan ia biasanya bermula pada remaja atau awal usia dewasa. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah tanda-tanda Kecelaruan Personaliti Narkisistik?

Sebahagian besar pakar menggunakan kriteria dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), diterbitkan oleh Persatuan Psikiatrik Amerika, untuk mendiagnosis keadaan mental. Manual ini juga digunakan oleh syarikat insurans untuk membayar ganti rugi. Kriteria DSM-5 untuk Kecelaruan Personaliti Narkisistik termasuk ciri-ciri ini:

  • Mempunyai rasa mementingkan diri yang berlebihan
  • Mengharapkan untuk diiktiraf sebagai orang yang lebih hebat walaupun tanpa pencapaian yang sepatutnya
  • Membesar-besarkan pencapaian dan bakat anda
  • Sibuk berangan-angan mengenai kejayaan, kuasa, kecemerlangan, kecantikan atau pasangan yang sempurna
  • Percaya bahawa anda lebih hebat dan hanya boleh difahami oleh atau bergaul dengan orang yang sama hebat dengan anda
  • Perlu sentiasa dikagumi
  • Merasakan diri sentiasa layak
  • Mengharapkan layanan khas dan sentiasa patuh dengan harapan/jangkaan anda tanpa mempersoalkannya
  • Mengambil kesempatan daripada orang lain untuk mendapatkan apa yang anda mahu
  • Mempunyai ketidakupayaan atau keengganan untuk mengenali keperluan dan perasaan orang lain
  • Berasa iri hati terhadap orang lain dan percaya bahawa orang lain juga iri hati terhadap anda
  • Berkelakuan dengan sombong atau angkuh

Walaupun sesetengah ciri Kecelaruan Personaliti Narkisistik kelihatan seperti anda mempunyai keyakinan diri, ianya tidak sama. Kecelaruan Personaliti Narkisistik menjangkaui rasa keyakinan diri yang sihat dan berada dalam pemikiran terlalu mementingkan diri sendiri sehingga anda memuja diri anda dan menilai dan menghargai diri anda lebih dari orang lain.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan Kecelaruan Personaliti Narkisistik?

Punca sebenarnya menyebabkan Kecelaruan Personaliti Narkisistik tidak diketahui dengan tepat. Adalah rumit untuk mengenal pasti puncanya, seperti gangguan mental yang lain. Kecelaruan Personaliti Narkisistik boleh dikaitkan dengan:

  • Ketidaksesuaian dalam hubungan ibu bapa dan kanak-kanak dengan sama ada melalui kritikan yang berlebihan atau memanjakan secara berlebihan
  • Genetik atau psikobiologi – hubungan antara otak dan tingkah laku dan pemikiran

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mengalami Kecelaruan Personaliti Narkisistik?

Kecelaruan Personaliti Narkisistik sangat jarang berlaku. Semasa zaman kanak-kanak dan remaja, kanak-kanak mungkin menunjukkan ciri-ciri narsisisme, tetapi ini mungkin biasa berlaku pada zaman mereka dan tidak bermakna mereka akan terus mempunyai Kecelaruan Personaliti Narkisistik.

Walaupun penyebab Kecelaruan Personaliti Narkisistik tidak diketahui, sesetengah penyelidik berfikir bahawa dalam kanak-kanak yang lemah dari aspek biologi, gaya keibubapaan yang terlalu menekankan keistimewaan anak atau mengkritik ketakutan dan kegagalan anak mungkin merupakan salah satu faktor yang memainkan peranan. Kanak-kanak boleh menyembunyikan harga diri yang rendah dengan menunjukkan keadaan yang sempurna secara luaran sahaja supaya sentiasa dikagumi.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Kecelaruan Personaliti Narkisistik?

Kecelaruan Personaliti Narkisistik boleh didiagnosis berdasarkan:

  • Tanda dan simptom
  • Penilaian psikologi yang menyeluruh termasuk mengisi borang soal selidik
  • Pemeriksaan fizikal untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah fizikal yang menyebabkan simptom anda

Bagaimanakah Kecelaruan Personaliti Narkisistik dirawat?

Rawatan untuk Kecelaruan Personaliti Narkisistik banyak merangkumi terapi perbualan yang juga dikenali sebagai psikoterapi. Sekiranya gejala Kecelaruan Personaliti Narkisistik berlaku bersama kemurungan atau keadaan kesihatan mental yang lain, maka ubat-ubatan yang sesuai boleh digunakan untuk merawat gangguan lain. Walau bagaimanapun, tidak ada ubat untuk merawat Kecelaruan Personaliti Narkisistik. Terapi perbualan dapat membantu anda belajar bagaimana berhubung dengan orang lain dengan lebih baik supaya hubungan anda dapat menjadi lebih menyenangkan, rapat, dan bermanfaat. Membina interaksi positif dengan orang lain dapat menambahbaik pelbagai bahagian dalam kehidupan anda. Terapi perbualan juga boleh menunjukkan kepada anda cara:

  • Meningkatkan kerjasama anda dengan rakan sekerja dan rakan sebaya
  • Mengekalkan hubungan peribadi anda
  • Mengenal pasti kekuatan dan potensi anda supaya anda boleh bertolak ansur dengan kritikan atau kegagalan
  • Memahami dan menguruskan perasaan anda
  • Mengatasi sebarang isu berkenaan harga diri
  • Menetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda sendiri

Oleh kerana sifat keperibadian sukar untuk diubah, anda mungkin perlu menjalani terapi ini selama beberapa tahun terapi sebelum anda melihat penambahbaikan. Semasa menjalani terapi ini, anda mungkin mula melihatnya sebagai membuang masa dan ingin berhenti. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk terus menjalani rawatan. Hadiri semua sesi terapi anda dan ambil sebarang ubat seperti yang diarahkan.  Anda akan mula melihat perbezaan dalam diri anda dan hubungan anda dengan orang lain dalam satu masa.

Perubahan gaya hidup & remedi di rumah

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang boleh membantu saya menguruskan Kecelaruan Personaliti Narkisistik?

Mengikuti petua ini boleh membantu anda untuk mengelakkan gangguan jenis ini:

  • Elakkan pengambilan alkohol, dadah, dan bahan lain yang mencetuskan tingkah laku negatif
  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk meningkatkan mood (emosi)
  • Libatkan diri dalam teknik relaksasi, seperti yoga dan meditasi, untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 20, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut