Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Kecelaruan pemprosesan auditori (Auditory processing disorder) adalah masalah pendengaran yang melibatkan ketidakupayaan otak untuk memproses bunyi dengan cara yang normal.
Kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak boleh memproses apa yang didengarinya sebagaimana kanak-kanak lain kerana telinga dan otaknya tidak selaras . Ada sesuatu yang mengganggu otak mereka untuk mengenali dan menganalisis bunyi , terutama sekali ucapan .
Masalah ini menjejaskan kira-kira 5% kanak-kanak yang bersekolah. Ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja pada mana-mana peringkat umur,tetapi selalunya bermula sewaktu zaman kanak-kanak lagi. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Masalah ini boleh menjejaskan pesakit dengan banyak cara. Kanak-kanak yang mengalaminya kelihatan seakan-akan mempunyai kecacatan pendengaran ,tetapi selalunya bukan begitu dan ujian yang dilakukan juga menunjukkan pendengaran yang normal.
Ia boleh menjejaskan keupayaan anda untuk:
Kebanyakan orang yang mengalami kecelaruan ini mendapati masalah yang dihadapi berkurangan seiring dengan masa apabila mereka menemui cara untuk mengatasinya.
Walaupun kanak-kanak ini memerlukan bantuan dan sokongan di sekolah, mereka tetap boleh berjaya sebagaimana rakan sekelas yang lain.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca kepada masalah ini masih tidak difahami sepenuhnya. Sesetengah kes kanak-kanak mungkin terkait dengan “glue ear” sewaktu masih kecil. Ia juga barangkali berlaku kerana kecacatan pada gen sebagaimana sesetengah kes yang berlaku secara turun temurun,
Bagi kanak-kanak dan orang dewasa, kecelaruan ini kadangkala boleh dikaitkan dengan kecederaan otak yang berlaku akibat daripada trauma, strok,ketumbuhan otak atau meningitis.
Ia juga barangkali berpunca daripada kelahiran yang traumatik yang menyebabkan kekurangan oksigen kepada otak,penyakit kuning (jaundice ) yang teruk atau pendarahan di dalam otak.
Sesetengah kes orang dewasa dikaitkan dengan perubahan yang berlaku seiring dengan umur yang mengubah kemampuan otak untuk memproses bunyi dan kondisi progresif yang menjejaskan sistem saraf seperti sklerosis multipel
Terdapat banyak faktor risikonya, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda rasa anak anda mempunyai masalah pendengaran atau kefahaman apabila bercakap dengan orang, dapatkan audiologist (pakar pendengaran) untuk memeriksa anak anda. Hanya audiologist yang boleh mendiagnos kecelaruan pemprosesan auditori.
Audiologist akan melihat kepada lima masalah utama pada kanak-kanak yang mengalami kecelaruan ini.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah ini didiagnos ketika berumur 7-8 tahun atau lebih.Hal ini kerana ujian-ujian yang dilakukan untuk mengesahkannya memerlukan kanak-kanak yang berada di peringkat umur tersebut.
Tiada ubat yang boleh merawat kecelaruan pemprosesan auditori namun begitu, sesetengah kanak-kanak yang mengalami kecelaruan ini turut mempunyai masalah lain seperti ADHD dan keresahan yang boleh dirawat menggunakan ubat.
Seeloknya anda berbincang dengan doktor jika anak anda mengalami ADHD atau keresahan agar pelan rawatan (menggunakan ubat atau tidak) boleh dirancang bersama-sama dengannya.
Kesukaran untuk membezakan bunyi adalah masalah utama bagi kanak-kanak yang menghidapi kecelaruan pemprosesan auditori. Mereka tidak mampu membezakan dua perkataan yang mempunyai bunyi yang serupa atau mereka mendengar sesuatu bunyi secara tidak tepat, hasilnya , mereka mungkin akan mengatakan “dat”untuk “that” atau “free’ untuk “three”
Terapi pertuturan boleh membantu kanak-kanak ini dengan membuat bunyi-bunyi tersebut lebih baik dan jelas. Pakar terapi pertuturan juga boleh membantu kanak-kanak untuk belajar:
Kanak-kanak ini mungkin akan rasa kecewa dengan sekolah.Cuba bayangkan diri anda tidak mampu memahami apa yang diajar oleh cikgu. Sekiranya anda menyedari anak anda mengalami kekecewaan yang sebegini, cuba dapatkan terapi pendidikan. Terapi ini boleh membantu kanak-kanakdengan bentuk pembelajaran yang berbeza dan strategi untuk mengatasi permasalahan ‘fokus’ serta mengubat kekecewaan mereka.
Terapi latihan auditori (kadangkala dipanggil terapi integrasi auditori) adalah rawatan alternatif . Antaranya termasuklah program latihan auditori seperti Berard Auditory Integration Training Services dan Fast ForWord. Tujuan utama program ini adalah untukmenambah baik kefahaman pendengaran melalui pelbagai aktiviti dan permainan
Terapi latihan auditori sebenarnya agak kontroversi, tiada banyak kajian menunjukkan yang ia benar-benar berkesan,akan tetapi bagi sesetengah kanak-kanak terapi ini membantu.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kecelaruan pemprosesan auditori :
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen