backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kecederaan Tulang Belakang

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/01/2022

Kecederaan Tulang Belakang

Kecederaan tulang belakang selalunya melibatkan kecederaan pada kawasan saraf tunjang atau di tisu dan tulang sekitarnya. Bergantung kepada keseriusan kecederaan yang dialami, pesakit mungkin akan kehilangan fungsi di beberapa bahagian badan. Masalah tulang belakang merupakan sesuatu yang serius dan perlukan rawatan dari pakar.

Rawatan untuk kecederaan tulang belakang merangkumi pembedahan, pengambilan ubat-ubatan dan terapi fizikal. Pada masa hadapan, teknologi mungkin akan menjadi lebih canggih dan pakar mungkin mampu memulihkan saraf yang rosak.

Definisi

Apa itu Kecederaan Tulang Belakang?

Kecederaan tulang belakang ialah kesan daripada trauma secara terus kepada saraf atau kerosakan secara tidak terus kepada tulang dan tisu lembut serta salur darah disekeliling tunjang saraf.

Kerosakan tunjang saraf akan menyebabkan hilang fungsi seperti deria rasa atau pergerakan. Dala kebanyakan individu yang mengalami kecederaan tulang belakang, tunjang saraf tidak rosak secara keseluruhan dengan teruk tetapi sama ada ia lebam atau terkoyak.

Cedera tulang belakang adalah tidak sama dengan cedera pada belakang badan, yang akan memberi kesan akibat mengetil saraf atau cakera pecah. Walaupun individu bertahan patah satu atau lebih vetebra, mungkin tiada kecederaan tulang belakang didapati sekiranya tunjang saraf tidak terjejas.

Ia adalah jenis trauma fizikal yang sangat serius yang mungkin mempunyai kesan yang sangat terkesan dan berterusan pada kebanyakan aspek dalam kehidupan seharian.

Apakah kebarangkaliannya?

Kecederaan tulang belakang dalam negara maju secara sosioekonomi mempunyai kadar insiden secara tahunan sebanyak 3 per 100,000 populasi. Ia berlaku dalam kalangan lelaki lima kali lebih lazim berbanding wanita.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kecederaan tulang belakang?

Kecederaan Tulang Belakang

Masalah tulang belakang boleh menyebabkan satu atau lebih tanda-tanda dan simptom berikut:

  • Hilang pergerakan
  • Hlang deria, termasuklah kebolehan untuk berasa panas, sejuk dan sentuhan
  • Hilang kawalan usus atau pundi kencing
  • Aktiviti refleks atau kekejangan berlebihan
  • Perubahan fungsi seksual, sensitiviti seksual dan kesuburan
  • Sakit atau berasa bisa yang amat sangat akibat kerosakan pada fiber saraf dala tunjang saraf
  • Sukar bernafas, batuk atau membuang lendiran daripada paru-paru anda.
  • Terdapat tanda dan simptom kecemasan yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor sesegera mungkin, antaranya ialah:  

  • Sakit belakang melampau atau tekanan pada leher, kepala atau belakang.
  • Lemah, tidak stabil atau lumpuh pada mana-mana bahagian badan anda.
  • Kebas, berasa tajam-tajam (tingling) atau hilang deria pada tangan, jari tangan, kaki dan jari kaki.
  • Hilang daya mengawal usus dan pundi.
  • Pernafasan tidak stabil selepas tercedera
  • Posisi pelik atau leher/ belakang terpusing.
  • Tambahan, lumpuh akibat kecederaan tulang belakang mungkin dirujuk sebagai:

    • Tetraplegia. Juga dikenali sebagai quadriplegia, ini bermakna lengan, tangan, tubuh badan, kaki dan organ pelvis keseluruhannya terjejas akibat kecederaan tulang belakang.
    • Paraplegia. Lumpuh ini menjejaskan kesemua atau sebahagian daripada batang tubuh, kaki dan organ pelvis anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Sesiapa yang mengalami pengalaman trauma yang memberi kesan kepada kepala atau leher perlu mencari pertolongan perubatan sesegera mungkin untuk mengesan kemungkinan ada kecederaan tulang belakang.

    Sebenarnya adalah lebih selamat untuk mengandaikan bahawa mangsa trauma mengalami kecederaan tulang belakang sehingga dibuktikan selain daripada itu kerana:

    • Kecederaan tulang belakang serius tidak selalunya jelas dengan segera. Jika ia tidak dikenalpasti, kecederaan yang lebih teruk mungkin akan terjadi.
    • Kebas atau lumpuh mungkin berlaku dengan segera atau datang secara berperingkat kerana pendarahan atau bengkak berlaku di dalam atau disekeliling tunjang saraf.
    • Masa antara kecederaan dan rawatan boleh menjadi kritikal untuk menentukan tahap komplikasi dan jumlah kesembuhan.

    Atau jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda.

    Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

    Punca

    Apakah Puncanya?

    Masalah tulang belakang biasanya rentetan daripada kemalangan yang tidak diingini atau peristiwa kejam. Perkara berikut boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada tunjang saraf:

    • Serangan kejam seperti menikam atau menembak
    • Terjun ke dalam air yang terlampau cetek dan terhantuk pada bahagian dasar.
    • Trauma semasa kemalangan kereta (khususnya trauma pada bahagian muka, kepala, dan leher, belakang atau bahagian dada)
    • Jatuh daripada ketinggian yang ketara
    • Kecederaan kepala atau tulang belakang semasa peristiwa sukan
    • Kemalangan elektrik
    • Bahagian tengah batang badan terpusing teruk

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya?

    Kecederaan Tulang Belakang

    Beberapa risiko mungkin meningkatkan kadar yang menyebabkan masalah tulang belakang, antaranya ialah:

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit didiagnosis?

    Dalam bilik kecemasan, doktor mampu untuk mengesan cedera pada tulang belakang dengan pemeriksaan secara teliti, menguji fungsi deria dan pergerakan serta bertanya beberapa soalan tentang kemalangan tersebut.

    Tetapi jika individu yang tercedera mengadu sakit leher, tidak sedar sepenuhnya atau mempunyai tanda lemah atau kecederaan saraf yang jelas, ujian kecemasan diagnostik mungkin diperlukan.

    Ujian ini termasuklah:

    • Imbasan CT (Computerized tomography)
    • X-rays
    • Imbasan MRI (Magnetic resonance imaging)

    Bagaimana pesakit dirawat?

    Malangnya, tiada cara untuk memulihkan kembali kerosakan tunjang saraf. Tetapi kajian diteruskan pada rawatan terbaru, termasuklah prostheses dan ubat yang menggalakkan pertumbuhan sel saraf atau memperbaiki fungsi saraf yang masih baik selepas kecederaan tersebut.

    Sementara itu, fokus rawatan kecederaan tulang belakang ialah menghalang berlaku kecederaan lanjut dan memberi kekuatan kepada pesakit untuk kembali menjalani kehidupan yang aktif dan produktif.

    Dalam situasi kecemasan, anda mesti mengikuti prosedur di bawah:

    • Hubungi jabatan kecemasan
    • Jangan gerakkan atau mengganggu individu tersebut
    • Menggalakkan individu tersebut untuk terus bertahan semampu mungkin
    • Lakukan CPR

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan Tulang Belakang?

    Kecederaan Tulang Belakang

    Kerana kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan peristiwa yang tidak diingini, adalah paling baik untuk mengurangkan risiko anda. Beberapa cara untuk mengurangkan risiko ialah:

    • Sentiasa memakai tali pinggang semasa di dalam kereta
    • Pakai alatan pelindung yang baik semasa bermain sukan
    • Jangan terjun ke dalam air kecuali anda sudah memeriksa dahulu kedalaman dan kewujudan batu di dasarnya.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan