Apa itu Kecederaan Tulang Belakang?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Kecederaan Tulang Belakang?

Kecederaan tulang belakang ialah kesan daripada trauma secara terus kepada saraf atau kerosakan secara tidak terus kepada tulang dan tisu lembut serta salur darah disekeliling tunjang saraf.

Kerosakan tunjang saraf akan menyebabkan hilang fungsi seperti deria rasa atau pergerakan. Dala kebanyakan individu yang mengalami kecederaan tulang belakang, tunjang saraf tidak rosak secara keseluruhan dengan teruk tetapi sama ada ia lebam atau terkoyak. Kecederaan tulang belakang adalah tidak sama dengan kecederaan belakang, yang akan memberi kesan akibat mengetil saraf atau cakera pecah. Walaupun individu bertahan patah satu atau lebih vetebra, mungkin tiada kecederaan tulang belakang didapati sekiranya tunjang saraf tidak terjejas.

Ia adalah jenis trauma fizikal yang sangat serius yang mungkin mempunyai kesan yang sangat terkesan dan berterusan pada kebanyakan aspek dalam kehidupan seharian.

Apakah kebarangkalian Kecederaan Tulang Belakang?

Kecederaan tulang belakang dalam negara maju secara sosioekonomi mempunyai kadar insiden secara tahunan sebanyak 3 per 100,000 populasi. Ia berlaku dalam kalangan lelaki lima kali lebih lazim berbanding wanita.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kecederaan Tulang Belakang?

Kecederaan tulang belakang boleh menyebabkan satu atau lebih tanda-tanda dan simptom berikut:

  • Hilang pergerakan
  • Hlang deria, termasuklah kebolehan untuk berasa panas, sejuk dan sentuhan
  • Hilang kawalan usus atau pundi kencing
  • Aktiviti reflek atau kekejangan berlebihan
  • Perubahan fungsi seksual, sensitiviti seksual dan kesuburan
  • Sakit atau berasa bisa yang amat sangat akibat kerosakan pada fiber saraf dala tunjang saraf
  • Sukar bernafas, batuk atau membuang lendiran daripada paru-paru anda.

Terdapat tanda dan simptom kecemasan yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor sesegera mungkin, antaranya ialah:  

  • Sakit belakang melampau atau tekanan pada leher, kepala atau belakang.
  • Lemah, tidak stabil atau lumpuh pada mana-mana bahagian badan anda.
  • Kebas, berasa tajam-tajam (tingling) atau hilang deria pada tangan, jari tangan, kaki dan jari kaki.
  • Hilang daya mengawal usus dan pundi.
  • Pernafasan tidak stabil selepas tercedera
  • Posisi pelik atau leher/ belakang terpusing.

Tambahan, lumpuh akibat kecederaan tulang belakang mungkin dirujuk sebagai:

  • Tetraplegia. Juga dikenali sebagai quadriplegia, ini bermakna lengan, tangan, tubuh badan, kaki dan organ pelvis keseluruhannya terjejas akibat kecederaan tulang belakang.
  • Paraplegia. Lumpuh ini menjejaskan kesemua atau sebahagian daripada batang tubuh, kaki dan organ pelvis anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sesiapa yang mengalami pengalaman trauma yang memberi kesan kepada kepala atau leher perlu mencari pertolongan perubatan sesegera mungkin untuk mengesan kemungkinan ada kecederaan tulang belakang. Sebenarnya adalah lebih selamat untuk mengandaikan bahawa mangsa trauma mengalami kecederaan tulang belakang sehingga dibuktikan selain daripada itu kerana:

  • Kecederaan tulang belakang serius tidak selalunya jelas dengan segera. Jika ia tidak dikenalpasti, kecederaan yang lebih teruk mungkin akan terjadi.
  • Kebas atau lumpuh mungkin berlaku dengan segera atau datang secara berperingkat kerana pendarahan atau bengkak berlaku di dalam atau disekeliling tunjang saraf.
  • Masa antara kecederaan dan rawatan boleh menjadi kritikal untuk menentukan tahap komplikasi dan jumlah kesembuhan.

Atau jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Kecederaan Tulang Belakang?

Kecederaan tulang belakang biasanya rentetan daripada kemalangan yang tidak diingini atau peristiwa kejam. Perkara berikut boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada tunjang saraf:

  • Serangan kejam seperti menikam atau menembak
  • Terjun ke dalam air yang terlampau cetek dan terhantuk pada bahagian dasar.
  • Trauma semasa kemalangan kereta (khususnya trauma pada bahagian muka, kepala, dan leher, belakang atau bahagian dada)
  • Jatuh daripada ketinggian yang ketara
  • Kecederaan kepala atau tulang belakang semasa peristiwa sukan
  • Kemalangan elektrik
  • Bahagian tengah batang badan terpusing teruk

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecederaan Tulang Belakang?

Beberapa risiko mungkin meningkatkan kadar yang menyebabkan keadaan ini, antaranya ialah:

  • Tidak memakai tali pinggang semasa menaiki kereta
  • Tidak memakai alatan pelindung dengan baik semasa bermain sukan.
  • Terjun ke dalam air sebelum anda memeriksa dan memastikan kedalaman tempat tersebut serta kewujudan batu didasarnya.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Kecederaan Tulang Belakang
didiagnosis?

Dalam bilik kecemasan, doktor mampu untuk mengesan kecederaan tulang belakang dengan pemeriksaan secara teliti, menguji fungsi deria dan pergerakan serta bertanya beberapa soalan tentang kemalangan tersebut.

Tetapi jika individu yang tercedera mengadu sakit leher, tidak sedar sepenuhnya atau mempunyai tanda lemah atau kecederaan saraf yang jelas, ujian kecemasan diagnostik mungkin diperlukan.

Ujian ini termasuklah:

  • Imbasan CT (Computerized tomography)
  • X-rays
  • Imbasan MRI (Magnetic resonance imaging)

Bagaimana pesakit Kecederaan Tulang Belakang dirawat?

Malangnya, tiada cara untuk memulihkan kembali kerosakan tunjang saraf. Tetapi kajian diteruskan pada rawatan terbaru, termasuklah prostheses dan ubat yang menggalakkan pertumbuhan sel saraf atau memperbaiki fungsi saraf yang masih baik selepas kecederaan tersebut.

Sementara itu, fokus rawatan kecederaan tulang belakang ialah menghalang berlaku kecederaan lanjut dan memberi kekuatan kepada pesakit untuk kembali menjalani kehidupan yang aktif dan produktif.

Dalam situasi kecemasan, anda mesti mengikuti prosedur di bawah:

  • Hubungi jabatan kecemasan
  • Jangan gerakkan atau mengganggu individu tersebut
  • Menggalakkan individu tersebut untuk terus bertahan semampu mungkin
  • Lakukan CPR

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan Tulang Belakang?

Kerana kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan peristiwa yang tidak diingini, adalah paling baik untuk mengurangkan risiko anda. Beberapa cara untuk mengurangkan risiko ialah:

  • Sentiasa memakai tali pinggang semasa di dalam kereta
  • Pakai alatan pelindung yang baik semasa bermain sukan
  • Jangan terjun ke dalam air kecuali anda sudah memeriksa dahulu kedalaman dan kewujudan batu di dasarnya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.