backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kecederaan Pada Zakar & Skrotum, Apa Yang Para Lelaki Wajib Tahu Tentangnya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/08/2023

Kecederaan Pada Zakar & Skrotum, Apa Yang Para Lelaki Wajib Tahu Tentangnya?

Mungkin anda pernah mengalami tapi tidak mengetahui jika ada kecederaan pada zakar atau skrotum. Ia bukan satu masalah yang anda boleh pandang remeh. Teruskan baca artikel dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu Kecederaan pada zakar dan skrotum?

Beberapa jenis kecederaan boleh terjadi kepada zakar. Ia boleh separuh atau sepenuhnya cedera.

Kadang-kadang zakar lelaki sakit teruk boleh disambung semula, tetapi peluang untuk deria dan fungsi pulih semula berbeza.

Cincin pengerutan penis, yang digunakan untuk menambahkan ereksi, boleh menjerut zakar dan mengakibatkan kerosakan kekal.

Keadaan ini boleh dirawat dengan hanya mengeluarkan cincin tersebut. Kecederaan tembus, termasuk gigitan haiwan dan luka tembakan, yang kurang biasa berlaku dan mungkin juga melibatkan uretra.

Pembedahan mungkin diperlukan bagi merawat kecederaan pada zakar dan uretra.

Apa keberangkalian untuk anda terkena?

Kecederaan akibat objek tumpul (pukulan) menyebabkan lebih kurang 75% jenis kecederaan ini. Contoh termasuklah:

  • Disepak terajang
  • Dipukul dengan bola lisut
  • Kemalangan motosikal
  • Kemalangan basikal

kecederaan pada zakar

Benda tajam lain yang boleh luka atau masuk ke dalam skrotum dan mencederakan testikel.

Semua ini termasuk gigitan haiwan, luka tembakan, dan kemalangan semasa mengendali mesin.

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom masalah ini berlaku?

Simptom-simptom yang biasa berlaku akibat kecederaan pada zakar dan skrotum ialah:

  • Mual (biasanya akibat kilasan testikular)
  • Skrotum kelihatan lebam atau bertukar warna
  • Skrotum bengkak
  • Darah dalam urin
  • Sukar untuk kencing
  • Demam

Bila saya harus jumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apa punca Kecederaan pada zakar dan skrotum?

Luka pada penis

Zakar lelaki sakit akibat tersangkut pada zip seluar adalah perkara biasa, tetapi boleh menyebabkan luka kecil yang selalunya sembuh dengan cepat.

Luka biasanya boleh sembuh dengan cepat jika ia dijaga dengan bersih tetapi antibiotik perlu diambil jika luka tersebut dijangkiti.

Zakar patah

Zakar bengkok secara berlebihan boleh mematahkan zakar yang sedang eraksi.

Perkara ini boleh berlaku semasa melakukan hubungan kelamin yang ganas jika zakartersebut ditolak dengan kuat pada tulang pelvik pasangannya.

“Patah” yang dimaksudkan di sini sebenarnya ialah koyakan pada lapisan yang menutupi salah satu daripada dua struktur seperti tiub di dalam zakar (korpus kavernosum) yang menghentikan aliran darah tambahan bagi mengekalkan eraksi.

Lelaki tersebut akan terus berasa sakit, mengalami bengkak, dan perubahan warna, serta bentuk zakar yang kelihatan cacat.

Pembedahan segera biasanya perlu bagi membaiki keadaan patah seperti ini untuk mengelakkan daripada zakar melengkung secara abnormal atau mengalami disfungsi erektil kekal.

kecederaan pada zakar

Faktor Risiko

Apa faktor risiko Kecederaan pada zakar dan skrotum?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kecederaan pada zakar dan skrotum didiagnosis?

Penting untuk anda berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu kecederaan testikel minor.

Sesetengah daripada masalah ini, seperti kilasan testikular, merupakan keadaan kecemasan perubatan.

Beberapa kecederaan serius boleh menyebabkan anda kehilangan testikel atau menyebabkan testikel mengecut.

Zakar sakit juga boleh mengancam masa depan fertiliti anda (kebolehan untuk mempunyai anak).

Segera berjumpa dengan doktor anda dapat mengurangkan risiko anda untuk mengalami komplikasi-komplikasi ini.

Rawatan perubatan yang segera juga boleh membantu anda untuk berasa lebih baik dan kembali melakukan aktiviti biasa dengan lebih cepat.

Jika doktor mengesyaki anda mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disarankan oleh doktor anda.

Beberapa ujian yang biasa dilakukan termasuk:

Imej ultrasound

Pembekal rawatan kesihatan akan meletakkan alat ultrasound pada skrotum anda. Alat ini menggunakan gelombang bunyi yang tidak sakit bagi menghasilkan gambar testikel dan tisu lain pada skrin ultrasound.

MRI

Alat ini menghasilkan gambar zakar dan struktur lain di dalam skrotum anda yang jelas.

Pembedahan eksplorasi

Bagi sesetengah kes, doktor bedah perlu melalukan insi (bukaan luka) pada skrotum anda bagi melihat keadaan di dalamnya.

Doktor bedah juga boleh melihat struktur zakar lelaki sakit yang telah cedera, dan jika perlu, merawat keadaan tersebut semasa prosedur ini dilakukan.

kecederaan pada zakar

Bagaimana pesakit Kecederaan pada zakar dan skrotum dirawat?

Bergantung kepada keterukan keadaan anda, doktor anda akan menyarankan beberapa pilihan rawatan atau yang boleh anda lakukan bagi merawat kecederaan ini sendiri jika kecederaan tersebut tidak serius.

Walau bagaimanapun, kecederaan yang teruk memerlukan rawatan daripada doktor bedah atau pakar yang lain.

Bagi kecederaan akibat seks

Rawatan bagi zakaryang “patah” semasa melalukan hubungan kelamin kebanyakannya memerlukan pembedahan.

Rawatan ini mempunyai kadar yang rendah bagi disfungsi erektil dan zakar berparut serta melengkung.

Pembedahan akan dilakukan dengan anestesia, jadi tiada kesakitan yang boleh dirasai.

Pembedahan yang paling biasa dilakukan ialah dengan membuat bukaan di sekeliling batang zakar lelaki yang berdekatan dengan kepala zakar luka dan kulit akan ditarik sehingga ke bawah.

Bagi kecederaan serius

Bagi kes terpencil di mana bahagian zakar telah terpotong secara tidak sengaja, bahagian yang terpotong perlu dibalut dalam kain kasa yang telah direndam dengan karutan garam steril dan dimasukkan ke dalam beg plastik.

Beg plastik tersebut kemudian perlu dimasukkan ke dalam air ais, kerana air dan sentuhan terus kepada ais berbahaya kepada tisu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/08/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan