Kadangkala, kesan kepala terhantuk kuat pada sebarang bentuk permukaan boleh menyebabkan kecederaan di kepala yang ringan atau teruk. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut tentangya!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kadangkala, kesan kepala terhantuk kuat pada sebarang bentuk permukaan boleh menyebabkan kecederaan di kepala yang ringan atau teruk. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut tentangya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Sistem Saraf & Otak, anda boleh klik di sini.
Kecederaan kepala adalah sejenis kecederaan pada otak, tengkorak, atau kulit kepala anda. Ini mungkin terdiri daripada benjolan ringan atau lebam hinggalah kepada kecederaan otak traumatik.
Antara kecederaan kepala biasa termasuklah konkusi, keretakan tengkorak, dan luka kulit kepala.
Akibatnya dan rawatannya adalah berbeza-beza, bergantung kepada apa yang menyebabkan kecederaan kepala anda dan betapa teruknya keadaan itu.
Kecederaan kepala boleh berlaku sama ada tertutup atau terbuka. Kecederaan kepala tertutup adalah sebarang kecederaan yang tidak memecahkan tengkorak anda. Kecederaan yang terbuka, atau menembusi, adalah apabila sesuatu didapati memecahkan tengkorak dan memasuki otak anda.
Ia boleh jadi sukar untuk menilai betapa seriusnya kecederaan kepala hanya dengan penglihatan kasar.
Sesetengah kecederaan kepala yang kecil boleh berdarah dengan banyak, sementara beberapa kecederaan utama pula boleh tidak berdarah sama sekali.
Adalah penting untuk merawat semua jenis kecederaan kepala dengan serius dan pastikan ia dinilai oleh doktor.
Antara tanda-tanda umum bagi kecederaan di kepala yang kecil adalah:
Antara tanda-tanda umum bagi kecederan di kepala yang teruk adalah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Secara umum, kecederaan kepala boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan apa yang puncanya.
Ia boleh jadi kecederaan kepala akibat pukulan atau kecederaan kepala akibat gegaran (konkusi).
Kecederaan kepala yang disebabkan oleh gegaran adalah perkara biasa pada bayi dan kanak-kanak kecil, tetapi ia masih boleh berlaku apabila anda mengalami gegaran yang kuat.
Kecederaan di kepala yang disebabkan oleh pukulan biasanya dikaitkan dengan:
Dalam kebanyakan kes, tengkorak anda akan melindungi otak dari sebarang ancaman yang serius.
Namun begitu, kecederaan yang cukup serius untuk menyebabkan kecederaan kepala juga boleh dikaitkan dengan kecederaan tulang belakang.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Salah satu cara pertama doktor anda akan menilai kecederaan kepala adalah dengan Glasgow Coma Scale (GCS).
GCS adalah ujian 15 markah yang menilai status mental anda. Skor GCS yang tinggi menunjukkan kecederaan yang kurang teruk.
Doktor anda perlu mengetahui keadaan kecederaan anda. Selalunya jika anda mengalami kecederaan kepala, anda tidak akan ingat butiran kemalangan itu. Sekiranya mungkin, anda harus membawa bersama anda seseorang yang menyaksikan kemalangan itu.
Adalah penting untuk doktor anda menentukan jika anda telah hilang kesedaran dan berapa lama jika ia berlaku.
Doktor juga akan memeriksa anda untuk mencari sebarang tanda trauma, termasuklah lebam dan bengkak.
Anda juga mungkin akan menjalani pemeriksaan neurologi, di mana doktor akan menilai fungsi saraf anda dengan menilai kawalan dan kekuatan otot, pergerakan mata, dan deria sentuhan antara lainnya.
Rawatan untuk kecederaan kepala amat bergantung kepada jenis dan tahap kecederaan anda. Kebiasaannya, ia akan meliputi 3 langkah utama di bawah iaitu:
Pengambilan ubat
Sekiranya anda mengalami kecederaan otak yang teruk, anda mungkin akan diberi ubat anti-sawan. Anda berisiko untuk mengalami sawan dalam minggu selepas kemalangan anda.
Anda juga boleh diberi ubat diuretik jika kecederaan anda menyebabkan tekanan dalam otak. Diuretik akan menyebabkan anda mengeluarkan lebih banyak cecair. Ini dapat membantu melegakan beberapa tekanan.
Sekiranya kecederaan anda sangat serius, anda mungkin akan diberi ubat untuk meletakkan anda pada koma yang dicetuskan. Ini mungkin rawatan yang sewajarnya jika saluran darah anda didapati telah rosak.
Apabila anda mengalami koma, otak anda tidak memerlukan banyak oksigen dan nutrien seperti biasa.
Pembedahan
Pembedahan kecemasan mungkin diperlukan untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya pada otak anda.
Sebagai contoh, doktor anda mungkin perlu mengendalikan pengeluaran hematoma, membaiki tengkorak anda, atau melegakan tekanan pada tengkorak anda.
Pemulihan
Sekiranya anda mengalami kecederaan otak yang serius, anda mungkin memerlukan terapi pemulihan untuk mendapatkan semula fungsi otak sepenuhnya.
Jenis pemulihan yang anda dapat bergantung kepada fungsi apa yang telah hilang akibat daripada kecederaan di kepala.
Orang yang mengalami kecederaan otak selalunya memerlukan bantuan untuk mendapatkan semula kebolehan bergerak dan bertutur.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen