Apa itu Kecederaan Jari?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Kecederaan Jari?

Anda menggunakan jari dan ibu jari anda untuk melakukan semua aktiviti daripada memegang objek sehingga bermain alat muzik dan menaip. Apabila berlaku masalah pada jari-jari ini, ia menyukarkan kehidupan anda. Masalah yang lazim berlaku ialah:

  • Kecederaan seperti patah atau koyak ligamen dan dislokasi.
  • Osteoarthritis – haus dan koyak arthritis. Ia juga menyebabkan kecacatan.
  • Tendinitis – keradangan tendon
  • Kontraksi Dupuytren _ penebalan pada tisu keras yang berada pada bawah kulit tapak tangan anda. Ia menyebabkan jari menjadi kaku dan bengkok.
  • Jari pencetus (trigger) – keradangan pada sarung sekeliling tendon fleksor. Ia menyebabkan tendon untuk mnangkap dan melepaskan seperti pencetus.

Apakah kebarangkalian Kecederaan Jari?

Kecederaan jari adalah lazim berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kecederaan Jari?

Walaupun pendarahan, kelebaman, kecacatan atau bengkak pada jari tercedera adalah jelas, kecederaan ketara mungkin terjadi tanpa simptom yang jelas. Sesetengah simptom seperti kemerahan, nanah, dan demam akibat jangkitan tidak muncul dalam masa beberapa jam atau beberapa hari.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor anda jika anda mempuyai sebaran persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami mana-manan perkara berikut;

  • Kesakitan atau kecacatan teruk.
  • Pendarahan tidak terkawal.
  • Kebas (hilang deria).
  • Jari menjadi pucat atau biru.
  • Tulang atau tendon terdedah

Pergi ke jabatan kecemasan hospital jika keadaan berikut berlaku:

  • Pesakit mengalami pendarahan serius atau darah tidak berhenti
  • Tisu hilang atau anggota terpotong yang jelas
  • Kecacatan jari yang jelas
  • Ruang luka yang terbuka atau luka dalam daripada permukaan kulit
  • Pesakit tidak mampu membersihkan kotoran dan benda asing daripada luka.
  • Bahagian tersebut kebas atau lemah
  • Pesakit tidak mampu menggunakan jari dengan baik
  • Pesakit mengalami kemerahan, gelembung, nanah, bengkak, demam dan tanda-tanda lain jangkitan

Punca

Apakah punca Kecederaan Jari?

Jari mungkin tercedera dengan pukulan atau potongan secara terus. Kebanyakan kecederaan berkaitan dengan pekerjaan. Jari mungkin terhenti, terpusing atau regang semasa bermain sukan. Gigitan haiwan adalah punca lazim lain bagi kecederaan jari.

Jari Terhenti

Pukulan secara terus pada hujung jari akan menyebabkan tendon atau ligamen rosak, dan juga berlaku kepatahan atau dislokasi tulang.

Jika satu bahagian ligamen terkoyak, pesakit akan mengalami kesakitan pada bahagian sendi dan sendi akan menjadi longgar.

Jika ligamen pada bahagian bawah sendi (dikenali sebagai plat volar) terkoyak, pesakit mengalami kesakitan dan kelonggaran pada bahagian bawah jari.

Jika tendon terkoyak jauh daripada bahagian normal, pesakit tidak mampu untuk membengkok, meluruskan atau memegang dengan jari (atau ibu jari) tersebut secara sempurna.

Beberapa jenis kecederaan boleh menyebabkan jari terhenti:

  • Ibu jari Skier’s (penjaga permainan): Ligamen colleteral ulnar terkoyak (ligamen antara ibu jari dan tapak tangan dalam ruang ibu jari dan tangan), berlaku apabila pemain ski terjatuh dalam keadaan tangan terbuka.
  • Mallet (atau jatuh atau penukul). Tendon ekstensor (tendon pada bahagian belakang jari anda berfungsi untuk meluruskan jari anda). Ini menyebabkan hujung jari tidak dapat diluruskan dengan sempurna.
  • Kecacatan Boutonniere. Bahagian stabil tendon ekstensor (tendon di bahagian belakang jari anda) terkoyak antara phalanges awal dan tengah (tulang jari terhampir dan tengah). Ini menyebabkan anda tidak boleh meluruskan sendi antara phalanges proksimal dan tengah.
  • Kecacatan leher swan: Ligamen volar (ligamen pada bahagian tapak tangan berfungsi untuk membengkokkan jari) terkoyak antara phalanges proksimal dan tengah. Apabila kecederaan ini pulih, ligamen menjadi longgar dan jari membengkok dalam paten “leher swan”.

Kecederaan Kuku

Bekas kuku, iaitu tisu penyokong di bawah kuku, menjadi rosak jika terpotong atau dipukul.

Kadang-kadang ia menyebabkan berlaku perkumpulan darah di bawah kuku, dipanggil subungual hematoma.

Subungual hematoma menyebabkan kesakitan melampau dan kadang kala ia perlu dibuang.

Jika kuku rosak teruk, ia perlu dibuang.

Gigitan

Gigitan haiwan menyebabkan kerosakan tisu dan menyebabkan jangkitan serius jika tidak dirawat dengan baik.

Gigitan manusia lebih serius berbanding gigitan haiwan. Ia berlaku akibat tumbukan seseorang pada mulut dengan genggaman tangan (dipanggil gigitan penumbuk). Luka ini perlu dibersihkan dengan teliti dan diberi antibiotik.

Paronychia

Paronychia merupakan jangkitan pada bahagian kuku yang melekat pada jari anda.

Ia bermula selepas trauma kecil seperti menggigit kuku atau hangnail.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecederaan Jari?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklmat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kecederaan Jari didiagnosis?

Doktor akan memeriksa tangan pesakit, termasuk ujian kekuatan, deria dan pergerakan pada bahagian tercedera. Jika doktor mengesyaki kepatahan, atau benda asing seperti kaca atau besi di dalam luka tersebut, X-ray perlu dilakukan. X-ray tidak menunjukkan semua jenis benda asing, atau kecederaan tendon atau ligamen (seperti ketegangan dan terseliuh).

Bagaimana pesakit Kecederaan Jari dirawat?

Rawatan bagi kecederaan jari bergantung kepada jeni kecederaan. Sesetengah kecederaan jari dirawat di rumah (sebagai contoh, mengetik jari yang patah). Kecederaan lebih serius yang lain pada jari (kepatahan, dislokasi, luka atau potongan dalam) memerlukan rawatan perubatan.

Pengurusan kesakitan

Sebelum merawat kecederaan, doktor akan membuatkan tisu menjadi kebas dengan anestetik setempat seperti lidocaine. Ini biasanya dilakukan dengan menyuntik anestetik berhampiran dasar jari, dipanggil “blok digital”.

Blok digital dilakukan dengan sejumlah kecil lidocaine diletakkan pada kedua-dua bahagian dasar jari di mana ia merupakan lokasi cabang utama saraf. Ini menyediakan anestesia (kebas) pada keseluruhan jari dengan jumlah minimum suntikan jarum dan kesakitan sedikit.

Pesakit juga diberikan ubat tahan sakit melalui oral atau IV.

Luka terbuka

Jika pesakit mempunyai luka terbuka seperti laceration atau avulsion (terputus), doktor akan melihat luka dengan lebih berhati-hati untuk membuang benda asing atau merawat kerosakan tisu.

Luka akan dicuci dengan teliti.

Bekas kuku, tendon atau struktur dalam dijahit (ia dijahit untuk menutup luka) dengan benang yang boleh diserap (boleh larut).

Benang digunakan untuk menutup kulit biasanya tidak boleh diserap dan jahitan perlu dibuang selepas satu atau dua minggu.

Sesetengah luka ditutup sementara dengan jahitan longgar sehingga pesakit dirawat oleh doktor pakar bedah tangan dalam masa sehari atau dua hari.

Avulsion and amputasi

Tisu yang terpisah mungkin boleh disambung semula pada jari.

Bahagian tisu yang sangat kecil, rosak teruk atau terpisah dalam jangka masa yang lama tidak dapat diselamatkan. Sambungan semula amputasi berhampiran dengan dasar jari (lebih proksimal), terutama yang melibatkan bahagian tengah atau dasar jari, lebih cenderung untuk dilakukan oleh doktor pakar bedah tangan.

Graf kulit digunakan untuk kes tertentu apabila bahagian besar kulit telah hilang.

Subungal hematoma

Tompokan darah yang besar (>50% permukaan kuku) atau sangat sakit boleh dibuang daripada bawah kuku dengan “trephination”.

Trephination dilakukan dengan membuat beberapa lubang ke dalam kuku untuk melegakan tekanan dan membuang darah. Ini boleh dilakukan dengan alat kauteri panas (prob besi yang dipanaskan), jarum yang dipusing melalui kuku atau alat dril kecil.

Paronychia

Jangkitan pada lipatan kuku tepi dibuang dengan membuat potongan kecil pada kulit pada bahagian yang berjangkit. Ia kemudiannya dibersihkan dan diletakkan antibiotik. Bergantung kepada tahap jangkitan, pesakit mungkin perlu mengambil antibiotik secara oral.

Kepatahan dan Disklokasi

Reduksi (penyusunan semula) tulang yang patah atau dislokasi dilakukan di jabatan kecemasan dengan anestesia setempat.

Selepas tulang diletakkan pada tempat asal, doktor akan melakukan x-ray untuk memastikan tulang tersusun semula, kemudian penganduh digunakan.

Sesetengah kepatahan dan dislokasi memerlukan pembedahan untuk dibaik pulih.

Penganduh

Kepatahan, dislokasi, kecederaan tendon dan luka dirawat dengan menganduh bahagian jari atau keseluruhan tangan atau pergelangan tangan.

Penganduh membolehkan tisu untuk berehat dan sembuh dengan lebih cepat.

Antibiotik

Sesetengah luka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan berbanding kecederaan lain dan perlu dirawat dengan antibiotik.

Jika doktor preskrip antibiotik, adalah penting bagi pesakit untuk mengambilnya seperti yang diarahkan dan dihabiskan walaupun pesakit sudah berasa sihat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan Jari?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut membantu mencegah kecederaan jari:

  • Berhati-hati dengan gergaji rantai, penghancur salji, senapang cat dan gris, dan peralatan berkuasa tinggi lain.
  • Pakai sarung tangan kulit berat dan jangan memakai cincin atau perhiasan lain apabila mengendalikan peralatan tersebut.
  • Guna dan simpan pisau dapur dengan teliti.
  • Jangan sekali-kali memasukkan tangan ke dalam sink atau laci yang mengandungi pisau.
  • Perlu diketahui bahawa banyak kecederaan jari berlaku semasa acara olahraga, terutama permainan bola (seperti, bola keranjang, besbol, bola sepak). Keluarkan cincin atau perhiasan lain sebelum menyertai sukan.
  • Sekiranya anda suka mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut, simpan beberapa barang pertolongan cemas di tangan untuk menganduh jari.
  • Cara paling lazim anda boleh digigit apabila anda cuba memisahkan dua ekor haiwan yang sedang bergaduh.
  • Anjing peliharaan anda boleh menggigit anda secara tidak sengaja semasa bergaduh.
  • Jauhi daripada jalan tersebut.
  • Jangan menghampiri atau memberi makan kepada kucing liar.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan