Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kecacatan Septum Atrium (ASD) adalah lubang di dinding di antara kedua-dua ruang atas jantung anda (atria). Keadaan ini wujud sejak lahir (kongenital). Kecacatan Septum Atrium yang kecil boleh menutup dengan sendirinya semasa bayi atau peringkat awal kanak-kanak.
Kecacatan Septum Atrium yang besar dan lama boleh merosakkan jantung dan paru-paru anda. Kecacatan kecil mungkin tidak menimbulkan masalah dan boleh dijumpai secara tidak sengaja. Seorang dewasa yang mempunyai kecacatan Septum Atrium yang tidak dikesan selama beberapa dekad mungkin mempunyai jangka hayat yang lebih pendek disebabkan kegagalan jantung atau tekanan darah tinggi yang mempengaruhi arteri di paru-paru (hipertensi pulmonari). Pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki kecacatan Septum Atrium untuk mengelakkan komplikasi.
Kecacatan Septum Atrium adalah jenis kecacatan jantung kongenital yang ketiga paling biasa dijumpai, dan dalam kalangan orang dewasa, ia adalah keadaan kongenital yang paling biasa dijumpai. Keadaan ini lebih biasa berlaku pada wanita berbanding lelaki. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Banyak bayi yang dilahirkan dengan kecacatan Septum Atrium tidak mempunyai tanda atau gejala yang berkaitan. Pada orang dewasa, tanda-tanda atau gejala biasanya bermula pada umur 30 tahun, tetapi dalam beberapa kes, tanda-tanda dan gejala mungkin tidak berlaku sehingga beberapa dekad kemudian.
Tanda-tanda dan gejala kecacatan Septum Atrium boleh termasuk:
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mengalami:
Doktor mengetahui bahawa kecacatan jantung semasa lahir (kongenital) timbul daripada kesilapan awal dalam perkembangan jantung, tetapi biasanya tidak ada sebab yang jelas. Genetik dan faktor persekitaran mungkin juga memainkan peranan.
Adalah tidak diketahui mengapa kecacatan Septum Atrium berlaku, tetapi kecacatan jantung kongenital dilihat muncul dalam keluarga dan kadang-kadang berlaku dengan masalah genetik lain, seperti sindrom Down. Jika anda mempunyai kecacatan jantung, atau anda mempunyai anak yang mengalami kecacatan jantung, kaunselor genetik boleh menganggarkan kemungkinan bahawa salah satu anak anda bakal mengalami penyakit ini.
Sesetengah keadaan yang anda hidapi atau yang berlaku semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko anda mempunyai bayi dengan kecacatan jantung, termasuk:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anak anda mungkin mengesyaki kecacatan Septum Atrium atau kecacatan jantung lain semasa pemeriksaan jika beliau mendengar murmur jantung menggunakan stetoskop. Atau kecacatan Septum Atrium boleh didapati apabila ujian ultrasound jantung (echocardiogram) dilakukan untuk sebab yang lain.
Sekiranya doktor anda mengesyaki anda mengalami kecacatan jantung, doktor anda boleh meminta satu atau lebih ujian berikut:
Banyak kecacatan Septum Atrium tertutup dengan sendirinya pada zaman kanak-kanak. Bagi yang tidak tertutup, beberapa kecacatan Septum Atrium yang kecil tidak menimbulkan masalah dan mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan. Tetapi kecacatan septum atrial yang banyak dan berterusan memerlukan pembedahan untuk diperbetulkan.
Pemantauan perubatan
Jika anak anda mempunyai kecacatan Septum Atrium, ahli kardiologi anak anda boleh mengesyorkan untuk memantaunya pada suatu tempoh untuk melihat jika ia tertutup sendiri. Doktor anak anda akan menentukan bila anak anda memerlukan rawatan, bergantung pada keadaan anak anda dan apakah anak anda mempunyai kecacatan jantung kongenital yang lain.
Ubat-ubatan
Ubat-ubatan tidak akan membaiki lubang, tetapi ia boleh digunakan untuk mengurangkan beberapa tanda dan gejala yang boleh mengiringi kecacatan Septum Atrium. Ubatan juga boleh digunakan untuk mengurangkan risiko komplikasi selepas pembedahan. Antaranya mungkin termasuk ubat untuk mengekalkan degupan jantung biasa (beta blockers) atau untuk mengurangkan risiko pembekuan darah (antikoagulan).
Pembedahan
Ramai doktor mengesyorkan untuk membaiki kecacatan Septum Atrium yang didiagnosis semasa kanak-kanak untuk mengelakkan komplikasi semasa dewasa. Doktor boleh mengesyorkan pembedahan untuk membaiki kecacatan Septum Atrium yang sederhana dan bersaiz besar. Walau bagaimanapun, pembedahan tidak disyorkan jika anda mempunyai pulmonari hipertensi.
Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, pembedahan melibatkan penutupan atau tampalan pada pembukaan yang tidak normal antara atria. Doktor akan menilai keadaan anda dan menentukan prosedur mana yang paling sesuai. Kecacatan Septum Atrium boleh dibaiki menggunakan dua kaedah:
Doktor menggunakan teknik pengimejan selepas pembedahan untuk memeriksa kawasan yang telah dibaiki.
Penjagaan susulan
Penjagaan susulan bergantung kepada jenis kecacatan dan kewujudan kecacatan lain. Untuk kecacatan Septum Atrium yang mudah ditutup semasa kanak-kanak, hanya rawatan penjagaan secara berkala diperlukan. Orang dewasa yang pernah menjalani pembedahan kecacatan septum atrial perlu membuat temujanji secara berkala untuk memeriksa komplikasi seperti hipertensi pulmonari, aritmia, kegagalan jantung atau masalah injap jantung.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi kecacatan Septum Atrium:
Tetapi jika anda mempunyai kecacatan jantung lain sebagai tambahan kepada kecacatan Septum Atrium, atau jika anda membuat pemulihan kecacatan septal dalam tempoh enam bulan yang lalu, anda mungkin perlu mengambil antibiotik sebelum prosedur pergigian atau pembedahan tertentu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen