backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kecacatan Septum Atrium

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Kecacatan Septum Atrium?

Kecacatan Septum Atrium (ASD) adalah lubang di dinding di antara kedua-dua ruang atas jantung anda (atria). Keadaan ini wujud sejak lahir (kongenital). Kecacatan Septum  Atrium yang kecil boleh menutup dengan sendirinya semasa bayi atau peringkat awal kanak-kanak.

Kecacatan Septum Atrium yang besar dan lama boleh merosakkan jantung dan paru-paru anda. Kecacatan kecil mungkin tidak menimbulkan masalah dan boleh dijumpai secara tidak sengaja. Seorang dewasa yang mempunyai kecacatan Septum Atrium yang tidak dikesan selama beberapa dekad mungkin mempunyai jangka hayat yang lebih pendek disebabkan kegagalan jantung atau tekanan darah tinggi yang mempengaruhi arteri di paru-paru (hipertensi pulmonari). Pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki kecacatan Septum Atrium untuk mengelakkan komplikasi.

Apakah kebarangkalian Kecacatan Septum Atrium?

Kecacatan Septum Atrium adalah jenis kecacatan jantung kongenital yang ketiga paling biasa dijumpai, dan dalam kalangan orang dewasa, ia adalah keadaan kongenital yang paling biasa dijumpai. Keadaan ini lebih biasa berlaku pada wanita berbanding lelaki. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kecacatan Septum Atrium?

Banyak bayi yang dilahirkan dengan kecacatan Septum Atrium tidak mempunyai tanda atau gejala yang berkaitan. Pada orang dewasa, tanda-tanda atau gejala biasanya bermula pada umur 30 tahun, tetapi dalam beberapa kes, tanda-tanda dan gejala mungkin tidak berlaku sehingga beberapa dekad kemudian.

Tanda-tanda dan gejala kecacatan Septum Atrium boleh termasuk:

  • Sesak nafas, terutamanya apabila bersenam.
  • Keletihan
  • Bengkak kaki atau perut.
  • Palpitasi jantung atau langkauan denyutan jantung.
  • Jangkitan paru-paru yang kerap.
  • Strok.
  • Bunyi murmur jantung,iaitu bunyi kencang yang boleh didengar melalui stetoskop.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Sesak nafas.
  • Mudah penat, terutamanya selepas aktiviti.
  • Bengkak kaki atau perut.
  • Palpitasi jantung atau langkauan denyutan jantung.

Punca

Apakah punca Kecacatan Septum Atrium?

Doktor mengetahui bahawa kecacatan jantung semasa lahir (kongenital) timbul daripada kesilapan awal dalam perkembangan jantung, tetapi biasanya tidak ada sebab yang jelas. Genetik dan faktor persekitaran mungkin juga memainkan peranan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kecacatan Septum Atrium?

Adalah tidak diketahui mengapa kecacatan Septum Atrium berlaku, tetapi kecacatan jantung kongenital dilihat muncul dalam keluarga dan kadang-kadang berlaku dengan masalah genetik lain, seperti sindrom Down. Jika anda mempunyai kecacatan jantung, atau anda mempunyai anak yang mengalami kecacatan jantung, kaunselor genetik boleh menganggarkan kemungkinan bahawa salah satu anak anda bakal mengalami penyakit ini.

Sesetengah keadaan yang anda hidapi atau yang berlaku semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko anda mempunyai bayi dengan kecacatan jantung, termasuk:

  • Jangkitan Rubella. Jangkitan dengan rubella (German measles) semasa beberapa bulan pertama kehamilan boleh meningkatkan risiko kecacatan jantung janin.
  • Ubat, tembakau atau penggunaan alkohol, atau pendedahan kepada bahan-bahan tertentu. Penggunaan ubat-ubatan, tembakau, alkohol atau dadah tertentu, seperti kokain, semasa hamil boleh merosakkan janin yang sedang berkembang.
  • Diabetes atau lupus. Sekiranya anda mempunyai diabetes atau lupus, anda mungkin lebih cenderung mempunyai bayi dengan kecacatan jantung.
  • Berat badan yang berlebihan (obese) mungkin memainkan peranan dalam meningkatkan risiko memiliki bayi dengan kecacatan kelahiran.
  • Phenylketonuria (PKU). Jika anda mempunyai PKU dan tidak mengikuti pelan makan PKU anda, anda mungkin lebih cenderung mempunyai bayi dengan kecacatan jantung.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kecacatan Septum Atrium didiagnosis?

Doktor anak anda mungkin mengesyaki kecacatan Septum Atrium atau kecacatan jantung lain semasa pemeriksaan jika beliau mendengar murmur jantung menggunakan stetoskop. Atau kecacatan Septum Atrium boleh didapati apabila ujian ultrasound jantung (echocardiogram) dilakukan untuk sebab yang lain.

Sekiranya doktor anda mengesyaki anda mengalami kecacatan jantung, doktor anda boleh meminta satu atau lebih ujian berikut:

  • Ini adalah ujian yang paling biasa digunakan untuk mendiagnosis kecacatan Septum Atrium. Sesetengah kecacatan Septum Atrium boleh dikesan semasa ekokardiogram dilakukan untuk sebab yang lain. Dalam echocardiography, gelombang bunyi digunakan untuk menghasilkan imej video jantung. Ia membolehkan doktor anda untuk melihat ruang jantung anda dan mengukur kekuatan pam jantung. Ujian ini juga memeriksa injap jantung dan mencari tanda-tanda kecacatan jantung. Doktor boleh menggunakan ujian ini untuk menilai keadaan anda dan menentukan pelan rawatan anda.
  • X-Ray dada. Imej X-ray membantu doktor anda melihat keadaan jantung dan paru-paru anda. X-ray boleh mengenal pasti keadaan selain daripada kecacatan jantung yang mungkin menyebabkan tanda atau gejala anda.
  • Electrocardiogram (ECG). Ujian ini mencatatkan aktiviti elektrik jantung anda dan membantu mengenal pasti masalah irama jantung.
  • Catheterization jantung. Dalam ujian ini, tiub yang fleksibel dan nipis (catheter) dimasukkan ke dalam saluran darah di pangkal paha atau lengan dan diarah ke jantung anda. Melalui catheterization, doktor boleh mendiagnosis kecacatan jantung kongenital, menguji seberapa baik jantung anda mengepam dan memeriksa fungsi injap jantung anda. Menggunakan catheterization, tekanan darah di dalam paru-paru anda juga boleh diukur. Walau bagaimanapun, ujian ini biasanya tidak diperlukan untuk mendiagnosis kecacatan Septum Atrium. Doktor juga boleh menggunakan teknik catheterization untuk membaiki kecacatan jantung.
  • Pengimejan resonans magnetik (MRI). MRI adalah teknik yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk membuat imej 3-D jantung, organ dan tisu lain dalam tubuh anda. Doktor anda boleh meminta MRI jika echocardiography tidak dapat mendiagnosis secara pasti kecacatan Septum Atrium.
  • Pemeriksaan tomografi berkomputer (CT). Imbasan CT menggunakan siri X-ray untuk membuat imej terperinci jantung anda. Imbasan CT boleh digunakan untuk mendiagnosis kecacatan Septum Atrium sekiranya echocardiography belum memastikan diagnosis ini.

Bagaimana pesakit Kecacatan Septum Atrium dirawat?

Banyak kecacatan Septum Atrium tertutup dengan sendirinya pada zaman kanak-kanak. Bagi yang tidak tertutup, beberapa kecacatan Septum Atrium yang kecil tidak menimbulkan masalah dan mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan. Tetapi  kecacatan septum atrial yang banyak dan berterusan memerlukan pembedahan untuk diperbetulkan.

Pemantauan perubatan

Jika anak anda mempunyai kecacatan Septum Atrium, ahli kardiologi anak anda boleh mengesyorkan untuk memantaunya pada suatu tempoh untuk melihat jika ia tertutup sendiri. Doktor anak anda akan menentukan bila anak anda memerlukan rawatan, bergantung pada keadaan anak anda dan apakah anak anda mempunyai kecacatan jantung kongenital yang lain.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan tidak akan membaiki lubang, tetapi ia boleh digunakan untuk mengurangkan beberapa tanda dan gejala yang boleh mengiringi kecacatan Septum Atrium. Ubatan juga boleh digunakan untuk mengurangkan risiko komplikasi selepas pembedahan. Antaranya mungkin termasuk ubat untuk mengekalkan degupan jantung biasa (beta blockers) atau untuk mengurangkan risiko pembekuan darah (antikoagulan).

Pembedahan

Ramai doktor mengesyorkan untuk membaiki kecacatan Septum Atrium yang didiagnosis semasa kanak-kanak untuk mengelakkan komplikasi semasa dewasa. Doktor boleh mengesyorkan pembedahan untuk membaiki kecacatan Septum Atrium yang sederhana dan bersaiz besar. Walau bagaimanapun, pembedahan tidak disyorkan jika anda mempunyai pulmonari hipertensi.

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, pembedahan melibatkan penutupan atau tampalan pada pembukaan yang tidak normal antara atria. Doktor akan menilai keadaan anda dan menentukan prosedur mana yang paling sesuai. Kecacatan Septum Atrium boleh dibaiki menggunakan dua kaedah:

  • Catheterization jantung. Dalam prosedur ini, doktor memasukkan tiub nipis (kateter) ke dalam saluran darah di pangkal paha dan membimbingnya ke jantung menggunakan teknik pengimejan. Melalui kateter, doktor menetapkan patch mesh atau memasang tampalan untuk menutup lubang. Tisu jantung tumbuh di sekitar lubang, dan  akan menutupi lubang tersebut secara tetap. Prosedur jenis ini boleh dilakukan untuk memperbaiki kecacatan Septum Atrium secundum. Sesetengah kecacatan septum secundum yang besar mungkin tidak dapat diperbaiki melalui catheterization jantung, dan mungkin memerlukan pembedahan jantung terbuka.
  • Pembedahan terbuka. Jenis pembedahan ini dilakukan di bawah anestesia am dan memerlukan penggunaan mesin jantung-paru-paru. Melalui insisi di dada, pakar bedah menggunakan tampalan untuk menutup lubang itu. Prosedur ini adalah rawatan yang disukai untuk beberapa jenis kecacatan Septum Atrium (primum, sinus venosus dan sinus coronary), dan jenis kecacatan atrium ini hanya boleh diperbaiki melalui pembedahan jantung terbuka . Prosedur ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan insisi kecil (pembedahan invasif yang minimal) untuk beberapa jenis kecacatan Septum Atrium.
  • Doktor menggunakan teknik pengimejan selepas pembedahan untuk memeriksa kawasan yang telah dibaiki.

    Penjagaan susulan

    Penjagaan susulan bergantung kepada jenis kecacatan dan kewujudan kecacatan lain. Untuk kecacatan Septum Atrium yang mudah ditutup semasa kanak-kanak, hanya rawatan penjagaan secara berkala diperlukan. Orang dewasa yang pernah menjalani pembedahan kecacatan septum atrial perlu membuat temujanji secara berkala untuk memeriksa komplikasi seperti hipertensi pulmonari, aritmia, kegagalan jantung atau masalah injap jantung.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecacatan Septum Atrium?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi kecacatan Septum Atrium:

    • Mempunyai kecacatan Septum Atrium biasanya tidak menyekat anda daripada membuat aktiviti atau senaman. Jika anda mempunyai komplikasi, seperti aritmia, kegagalan jantung atau hipertensi pulmonari, anda mungkin tidak dapat melakukan beberapa aktiviti atau latihan. Pakar kardiologi anda boleh membantu anda mengetahui apa yang selamat untuk anda.
    • Diet yang sihat berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, dan makanan rendah lemak tepu, kolesterol dan sodium, boleh membantu anda mengekalkan kesihatan jantung anda. Makan satu atau dua hidangan ikan dalam seminggu juga bermanfaat.
    • Mencegah jangkitan. Sesetengah kecacatan jantung dan pemulihan kecacatan tersebut membuat perubahan pada permukaan jantung di mana bakteria boleh membiak dan berkembang menjadi jangkitan (endokarditis infektif). Kecacatan Septum Atrium biasanya tidak dikaitkan dengan endokarditis infektif.

    Tetapi jika anda mempunyai kecacatan jantung lain sebagai tambahan kepada kecacatan Septum Atrium, atau jika anda membuat pemulihan kecacatan septal dalam tempoh enam bulan yang lalu, anda mungkin perlu mengambil antibiotik sebelum prosedur pergigian atau pembedahan tertentu.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan