backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kebakaran Kimia

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Kebakaran Kimia?

Kebakaran kimia, yang juga dikenali sebagai caustic burns, berlaku apabila kulit atau mata anda bersentuhan dengan perengsa, seperti asid atau bes.  Bes bertindak seperti alkali. Kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan reaksi pada kulit atau di dalam badan anda. Luka kebakaran jenis ini boleh menjejaskan organ dalaman sekiranya ditelan.

Apakah kebarangkalian Kebakaran Kimia?

Kebakaran kimia  sangat lazim. Ia boleh menjejaskan pesakit pada usia apa pun. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risikonya . Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kebakaran Kimia?

Simptom-simptom kebakaran kimia boleh berbeza-beza bergantung kepada bagaimana kebakaran itu berlaku. Kebakaran yang disebabkan oleh bahan kimia yang ditelan akan menyebabkan simptom yang berbeza daripada luka terbakar yang berlaku pada kulit anda.

Simptom-simptom kebakaran bahan kimia akan bergantung kepada:

  • Tempoh masa kulit anda bersentuhan dengan bahan kimia.
  • Sama ada bahan kimia dihidu atau ditelan.
  • Sama ada kulit anda mempunyai luka terbuka atau utuh semasa terkena bahan kimia tersebut.
  • Lokasi terkena bahan kimia.
  • Jumlah dan kekuatan kimia yang digunakan.
  • Sama ada bahan kimia itu adalah gas, cecair atau pepejal.

Sebagai contoh, jika bahan kimia itu alkali dan anda menelannya, ia akan menyebabkan luka bakar di bahagian dalam perut anda. Ini boleh menghasilkan simptom yang berbeza daripada kebakaran kimia pada kulit .

Secara umumnya, simptom-simptom biasa yang berkaitan dengan kebakaran kimia termasuk:

  • Kulit berwarna hitam atau mati, yang kebanyakannya berpunca daripada asid.
  • Kerengsaan, kemerahan, atau kebakaran di kawasan yang terkena bahan kimia.
  • Kebas atau sakit di kawasan yang terjejas.
  • Kehilangan  atau perubahan pada penglihatan jika bahan kimia itu terkena pada mata anda.

Beberapa simptom berikut juga mungkin berlaku jika anda menelannya:

  • Irama jantung tidak teratur.
  • Sakit kepala.
  • Tekanan darah rendah.
  • Serangan jantung.
  • Sesak nafas.
  • Batuk.
  • Sawan.
  • Pening.
  • Keletihan otot.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila hubungi doktor anda dengan segera.

Punca

Apakah punca Kebakaran Kimia?

Asid dan bes merupakan punca utama kebakaran kimia. Kebakaran yang disebabkan oleh bahan kimia boleh berlaku di sekolah, tempat kerja, atau mana-mana tempat yang ada pengendalian bahan kimia. Beberapa produk yang paling biasa yang menyebabkan kebakaran kimia adalah:

  • Asid bateri kereta
  • Peluntur
  • Ammonia
  • Pembersih gigi palsu
  • Produk pemutihan gigi
  • Produk klorin kolam.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kebakaran Kimia?

Orang yang berisiko tinggi untuk mengalami kebakaran kimia adalah bayi, orang-orang tua, dan orang  kurang upaya. Kumpulan ini mungkin tidak dapat mengendalikan bahan kimia dengan betul.

Anda mungkin berisiko tinggi jika mengendalikan asid atau bahan kimia lain tanpa bantuan dalam keadaan mobilisasi yang rendah.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kebakaran Kimia didiagnosis?

Doktor  akan membuat diagnosis berdasarkan beberapa faktor. Ini termasuk:

  • Tahap kesakitan di kawasan yang terjejas.
  • Jumlah kerosakan di kawasan tersebut.
  • Kedalaman kebakaran.
  • Tanda-tanda jangkitan.
  • Jumlah bengkak yang terhasil.

Bagaimana pesakit Kebakaran Kimia dirawat?

Pertolongan cemas hendaklah diberikan kepada mangsa kebakaran kimia dengan seberapa segera. Ini termasuk membuang bahan kimia yang menyebabkan kebakaran dan membilas kulit dengan air yang mengalir selama 10 hingga 20 minit. Jika bahan kimia terkena pada mata anda, bilas mata secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit sebelum mendapatkan rawatan kecemasan.

Tanggalkan pakaian atau perhiasan yang dicemari bahan kimia. Balut kawasan terbakar secara longgar dengan kain kering yang steril atau kain bersih jika boleh. Sekiranya kebakaran tidak dalam, anda boleh mengambil ubat penahan sakit di atas kaunter (OTC), seperti aspirin. Jika kebakaran yang berlaku lebih serius, anda perlu pergi ke unit kecemasan dengan segera.

Anda juga harus pergi ke hospital dengan segera jika:

  • Kebakaran lebih besar daripada 3 inci lebar atau panjang.
  • Kebakaran pada muka, tangan, kaki, pangkal paha, atau punggung.
  • Kebakaran berlaku pada sendi utama, seperti lutut.
  • Kesakitan tidak boleh dikawal dengan ubat tahan sakit OTC.
  • Anda mempunyai tanda-tanda dan simptom kejutan, seperti pernafasan pendek, pening, dan tekanan darah rendah.

Bergantung kepada keterukan keadaan, doktor boleh menggunakan kaedah berikut untuk merawat kebakaran :

  • Antibiotik.
  • Ubat anti-gatal.
  • Debridement, yang melibatkan pembersihan atau pengeluaran kotoran dan tisu mati.
  • Skin grafting, melampirkan kulit yang sihat dari bahagian lain tubuh badan ke bahagian yang terjejas.
  • Cecair intravena (IV).

Untuk kebakaran yang teruk pesakit memerlukan rehabilitasi seperti berikut:

  • Penggantian kulit.
  • Pengurusan kesakitan.
  • Pembedahan kosmetik.
  • Terapi pekerjaan, yang dapat membantu anda mengembangkan kemahiran harian.
  • Kaunseling.
  • Pendidikan pesakit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kebakaran Kimia?

Anda boleh menghalang kebakaran bahan kimia dengan mengikuti prosedur keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa mengendalikan bahan kimia. Ini termasuk:

  • Mengelakkan bahan kimia daripada jangkauan kanak-kanak.
  • Menyimpan bahan kimia dengan betul dan selamat selepas digunakan.
  • Menggunakan bahan kimia di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Membuang bahan kimia dalam bekas asli mereka dengan label amaran.
  • Mengelakkan penggunaan bahan kimia.
  • Mengelakkan pencampuran bahan kimia dengan bahan kimia lain.
  • Hanya membeli bahan kimia dalam bekas perlindungan.
  • Menghindarkan bahan kimia dari makanan dan minuman.
  • Memakai peralatan perlindungan dan pakaian apabila menggunakan bahan kimia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan