Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kebakaran kimia, yang juga dikenali sebagai caustic burns, berlaku apabila kulit atau mata anda bersentuhan dengan perengsa, seperti asid atau bes. Bes bertindak seperti alkali. Kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan reaksi pada kulit atau di dalam badan anda. Luka kebakaran jenis ini boleh menjejaskan organ dalaman sekiranya ditelan.
Kebakaran kimia sangat lazim. Ia boleh menjejaskan pesakit pada usia apa pun. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risikonya . Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom kebakaran kimia boleh berbeza-beza bergantung kepada bagaimana kebakaran itu berlaku. Kebakaran yang disebabkan oleh bahan kimia yang ditelan akan menyebabkan simptom yang berbeza daripada luka terbakar yang berlaku pada kulit anda.
Simptom-simptom kebakaran bahan kimia akan bergantung kepada:
Sebagai contoh, jika bahan kimia itu alkali dan anda menelannya, ia akan menyebabkan luka bakar di bahagian dalam perut anda. Ini boleh menghasilkan simptom yang berbeza daripada kebakaran kimia pada kulit .
Secara umumnya, simptom-simptom biasa yang berkaitan dengan kebakaran kimia termasuk:
Beberapa simptom berikut juga mungkin berlaku jika anda menelannya:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila hubungi doktor anda dengan segera.
Asid dan bes merupakan punca utama kebakaran kimia. Kebakaran yang disebabkan oleh bahan kimia boleh berlaku di sekolah, tempat kerja, atau mana-mana tempat yang ada pengendalian bahan kimia. Beberapa produk yang paling biasa yang menyebabkan kebakaran kimia adalah:
Orang yang berisiko tinggi untuk mengalami kebakaran kimia adalah bayi, orang-orang tua, dan orang kurang upaya. Kumpulan ini mungkin tidak dapat mengendalikan bahan kimia dengan betul.
Anda mungkin berisiko tinggi jika mengendalikan asid atau bahan kimia lain tanpa bantuan dalam keadaan mobilisasi yang rendah.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan membuat diagnosis berdasarkan beberapa faktor. Ini termasuk:
Pertolongan cemas hendaklah diberikan kepada mangsa kebakaran kimia dengan seberapa segera. Ini termasuk membuang bahan kimia yang menyebabkan kebakaran dan membilas kulit dengan air yang mengalir selama 10 hingga 20 minit. Jika bahan kimia terkena pada mata anda, bilas mata secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit sebelum mendapatkan rawatan kecemasan.
Tanggalkan pakaian atau perhiasan yang dicemari bahan kimia. Balut kawasan terbakar secara longgar dengan kain kering yang steril atau kain bersih jika boleh. Sekiranya kebakaran tidak dalam, anda boleh mengambil ubat penahan sakit di atas kaunter (OTC), seperti aspirin. Jika kebakaran yang berlaku lebih serius, anda perlu pergi ke unit kecemasan dengan segera.
Anda juga harus pergi ke hospital dengan segera jika:
Bergantung kepada keterukan keadaan, doktor boleh menggunakan kaedah berikut untuk merawat kebakaran :
Untuk kebakaran yang teruk pesakit memerlukan rehabilitasi seperti berikut:
Anda boleh menghalang kebakaran bahan kimia dengan mengikuti prosedur keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa mengendalikan bahan kimia. Ini termasuk:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen