Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kardiomiopati terdilat (dilated cardiomyopathy – DCM) adalah penyakit otot jantung, biasanya bermula di dalam ruang pam utama jantung (ventrikel kiri). Ventrikel akan meregang dan menipis (mengembang) serta tidak boleh mengepam darah sebagaimana jantung yang sihat. Istilah “kardiomipoati’ adalah istilah umum yang merujuk kepada perubahan pada otot jantung itu sendiri.
Keadaan ini memberi kesan kepada orang-orang dari semua peringkat umur, termasuk bayi dan kanak-kanak, tetapi yang paling biasa adalah pada lelaki berumur antara 20 hingga 50 tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda-tanda umum bagi kardiomiopati terdilat adalah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Penyebab kardiomiopati terdilat selalunya tidak dapat ditentukan. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor boleh menyebabkan ventrikel kiri melebar dan menjadi lemah, termasuklah:
Terdapat banyak faktor risiko bagi kardiomiopati terdilat, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
DCM didiagnosis berdasarkan sejarah perubatan (simptom dan sejarah keluarga), ujian fizikal, ujian darah, elektrokardiogram (ECG atau EKG), x-ray dada, ekokardiogram, ujian tekanan senaman, pengkateteran jantung, imbasan CT dan MRI.
Satu lagi ujian yang jarang dilakukan untuk menentukan penyebab kardiomiopati adalah biopsi miokardium atau biopsi jantung, di mana sampel tisu diambil dari jantung dan diperiksa di bawah mikroskop untuk menentukan punca simptom.
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga dengan kardiomiopati terdilat, sila rujuk doktor anda jika anda perlu menjalani saringan untuk keadaan tersebut. Ujian genetik juga boleh dijalankan untuk mengenal pasti gen yang tidak normal.
Jika anda mempunyai kardiomiopati terdilat, doktor anda mungkin akan mengesyorkan rawatan untuk punca sebenarnya, jika diketahui. Rawatan juga mungkin dicadangkan untuk memperbaiki aliran darah dan mencegah kerosakan pada jantung anda.
Ubat-ubatan
Doktor biasanya merawat kardiomiopati terdilat dengan kombinasi ubat-ubatan. Anda mungkin memerlukan kombinasi dua atau lebih daripada ubatan ini, bergantung kepada simptom anda.
Ubat yang telah terbukti efektif dalam rawatan kegagalan jantung dan kardiomiopati terdilat adalah:
Peranti
Antara alat-alat implan yang digunakan untuk merawat kardiomiopati terdilat termasuklah:
Pemindahan jantung
Anda mungkin menjadi calon untuk pemindahan jantung jika ubat-ubatan dan rawatan lain tidak lagi berkesan.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani kardiomiopati terdilat:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen