Apa itu Kapital Epifisis Femoral Teranjak?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu kapital epifisis femoral teranjak?

Kapital epifisis femoral terajak (SCFE) adalah pemisahan bola sendi pinggul daripada tulang peha (femur) pada bahagian atas hujung tulang yang sedang membesar (plat pertumbuhan). Kapital epifisis femoral teranjak boleh terjadi kepada kedua-dua belah pinggul. Epifisis adalah kawasan pada hujung tulang panjang. Ia terpisah daripada bahagian utama tulang dengan plat pertumbuhan. Bagi keadaan ini, masalah berlaku pada bahagian atas sementara tulang masih lagi sedang membesar.

Apakah kebarangkalian kapital epifisis femoral teranjak?

Kapital epifisis femoral teranjak berlaku lebih kurang 2 daripada setiap 100,000 kanak-kanak. Ia lebih biasa berlaku pada kanak-kanak yang sedang membesar dari umur 11 hingga 15 tahun, terutamanya lelaki, kanak-kanak yang mengalami obesiti, kanak-kanak yang membesar terlalu pantas, dan kanak-kanak yang mengalami ketidakseimbangan hormon akibat keadaan lain. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kapital epifisis femoral teranjak?

Simptom-simptom biasa bagi kapital epifisis femoral teranjak ialah:

  • Sukar berjalan, berjalan tempang
  • Sakit lutut
  • Sakit pinggul
  • Pinggul kaku
  • Kaki bengkok keluar
  • Pergerakan pinggul terbatas

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca kapital epifisis femoral teranjak?

Punca bagi SCFE masih tidak diketahui.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kapital epifisis femoral teranjak?

Terdapat banyak faktor risiko bagi kapital epifisis femoral teranjak ini, seperti:

  • Obesiti
  • Ubat-ubatan (seperti steroid)
  • Masalah tiroid
  • Rawatan radiasi
  • Masalah tulang berkait penyakit buah pinggang

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit kapital epifisis femoral teranjak didiagnosis?

Pemeriksaan fizikal

Semasa pemeriksaan ini dijalankan, doktor anda akan bertanya mengenai keadaan kesihatan umum dan sejarah perubatan anak anda. Doktor kemudian akan bertanya mengenai simptom-simptom anak anda dan bila simptom ini mula berlaku.

Apabila anak anda diminta untuk berbaring, doktor akan melakukan pemeriksaan teliti pada pinggul dan kaki yang terlibat, untuk mencari:

  • Sakit dengan pergerakan yang maksimum
  • Julat pergerakan pinggul terhad – terutamanya putaran pinggul ke dalam yang terhad
  • Otot pengadang dan otot kejang tanpa sengaja

Doktor anda akan memerhati gaya jalan anda anda (bagaimana anak anda berjalan). Anak yang mengalami SCFE akan tempang atau mempunyai gaya jalan yang abnormal.

X-ray

Kajian jenis ini menyediakan gambar bagi struktur yang tumpat, seperti tulang. Doktor anda akan memesan x-ray pelvik, pinggul, dan peha daripada pelbagai sudut yang berbeza bagi mengesahkan diagnosis.

Bagi pesakit SCFE, x-ray akan menunjukkan kepala tulang peha kelihatan teranjak keluar daripada tengkuk tulang.

Bagaimana pesakit kapital epifisis femoral teranjak dirawat?

Tujuan utama rawatan adalah untuk menghalang kepala femoral yang telah terkeluar sedikit daripada terus teranjak lagi. Hal ini selalunya dapat dilakukan melalui pembedahan.

Diagnosis awal SCFE menyediakan peluang terbaik dalam menstabilkan pinggul dan mengelakkan komplikasi. Apabila keadaan ini dirawat dengan awal dan bersesuaian, fungsi jangka panjang pinggul dijangka akan menjadi sangat baik.

Setelah SCFE disahkan, anak anda tidak dibenarkan untuk menampung berat badannya sendiri pada pinggul dan mungkin akan dimasukkan ke hospital. Bagi kebanyakan kes, pembedahan akan dilakukan dalam masa 24 hingga 48 jam.

Prosedur

Prosedur pembedahan yang akan disarankan oleh doktor anda bergantung kepada keterukan ajakan tersebut. Prosedur yang digunakan untuk merawat SCFE termasuk:

  • Fiksasi in situ. Prosedur ini sering digunakan pada pesakit dengan SCFE yang stabil atau sederhana. Doktor akan melalukan bukaan kecil berdekatan dengan pinggul, kemudian skru besi akan dimasukkan ke dalam plat pertumbuhan bagi mengekalkan posisi kepala femoral dan mengelakkan daripada sebarang terajakan yang mungkin akan berlaku lagi. Lama kelamaan, plat pertumbuhan akan tutup, atau bercantum. Apabila plat pertumbuhan telah tertutup, tiada lagi teranjak yang berlaku.
  • Reduksi terbuka. Bagi pesakit dengan SCFE yang tidak stabil, doktor akan melakukan bukaan terlebih dahulu pada pinggul, kemudian memanipulasi (menolak) dengan lembut kepala femur kembali ke dalam posisi anatomi yang normal. Doktor kemudian akan memasukkan satu atau dua skru besi bagi memegang tulang di tempatnya sehingga plat pertumbuhan tertutup. Prosedur ini lebih meluas dan memerlukan masa untuk pulih yang lebih lama.
  • Fiksasi in situ pada pinggul yang bertentangan. Sesetengah pesakit berisiko tinggi untuk mengalami SCFE pada belah pinggul yang bertentangan. Sekiranya kes ini berlaku kepada anak anda, doktor anda akan menyarankan agar skru dimasukkan ke dalam pinggul yang tidak terganggu pada masa yang sama dapat mengurangkan risiko SCFE. Doktor anda akan memaklumkan kepada anda sama ada prosedur ini sesuai untuk anak anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kapital epifisis femoral teranjak?

Tidak semua orang boleh mengelakkan daripada SCFE. Tetapi mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat dapat menjaga tulang dan sendi daripada digunakan secara berlebihan dan koyakan yang boleh melemahkan dan merosakkannya. Jika anak anda mempunyai berat yang berlebihan dan anda memerlukan bantuan dalam merancang diet dan senaman yang selamat, sila berbincang dengan doktor anak anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.