Apa itu Kanser Zakar?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Kanser Zakar?

Kanser zakar didefinisikan sebagai kanser penis dengan kadar morbiditi dan kematian yang tinggi. Penyakit ini biasanya berlaku pada negara yang kurang maju dan lelaki yang lebih tua.

Kanser zakar dikaitkan dengan sejarah intervensi perubatan yang tidak sempurna terhadap kulup zakar yang ketat atau pesakit dikhatankan pada umur yang lanjut.

Apakah kebarangkalian Kanser Zakar?

Ia boleh terjadi kepada mana-mana bangsa. Penyakit ini sangat biasa berlaku, namun kajian mengenainya tidak dilaksanakan dengan baik di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kanser Zakar?

Dalam pesakit yang menghidap kanser zakar, simptom biasa antaranya:

  • Smegma – bahan keputih-putihan yang terdapat pada penis.
  • Kegatalan.
  • Ketulan yang sakit mahupun tidak, terdapat dalam pelipat kulup.
  • Pesakit yang lebih tua sering menderita penyakit ini tanpa mendapatkan khidmat doktor. Seterusnya hal ini membiarkan ketumbuhan ulser invasif dengan lebih dalam atau ketulan menjadi bulat.
  • Pendarahan biasanya berlaku pada waktu pagi atau semasa melakukan hubungan seksual.
  • Ulser penis nekrotik yang berjangkit.
  • Lesi penis.
  • Limfadenopati.

Tanda fizikal (contoh; hepatomegali) atau simptom (contoh; kekurangan berat badan, kekeliruan) menunjukkan kehadiran penyakit metastatik atau metabolik tidak normal yang berkaitan.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Semua pesakit memerlukan tindakan susulan yang teliti untuk mengelakkan penangguhan yang tidak perlu dalam mendiagnosis.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya anda mempunyai mana-mana penyakit berikut yang menyumbang kepada peningkatan risiko kanser zakar:

  • Sejarah kutil genital sebelum ini.
  • Sejarah jangkitan saluran kencing sebelum ini.
  • Fimosis pada lelaki yang tidak dikhatankan.
  • Kecederaan penis sebelum ini.
  • Diketahui mempunyai uretra yang sempit.

Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Kanser Zakar?

Punca kanser zakar boleh bervariasi dalam etiologi. Antara faktor yang menyumbang kepada kanser zakar:

  • Fimosis – ketidakupayaan untuk menarik balik kulup [kulit khatan].
  • Kebersihan penis memainkan peranan penting.
  • Liken sklerosis – keadaan yang jarang berlaku menimbulkan kulit berwarna putih yang tidak sekata serta lebih nipis daripada biasa.
  • Lesi Pramalignan seperti Penyakit Bowen (Queyrat), Leukoplakia, penyakit Paget, penyakit Buschke-Lowenstein dan sebagainya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Zakar?

Banyak faktor memberi risiko untuk mendapat kanser zakar atau lesi prekursor, seperti:

  • Umur yang berkaitan: Umur utama ketika didiagnos ialah 60 tahun, walaupun kanser zakar juga dilihat pada lelaki yang berumur kurang 40 tahun.
  • Isu perbandaran: Melihat kepada keadaan ekonomi, kanser zakar biasa berlaku dalam komuniti yang kurang akses terhadap perkhidmatan kesihatan.
  • Tiada rawatan atau tidak sempurna rawatan penyakit jangkitan seksual (STDs).
  • Faktor lain: Pendedahan tembakau (contoh, merokok dan mengunyah); fotokemoterapi (dengan ultraviolet A, Psoralen); Zoo-philia.
  • Tiada kaitan antara kanser zakar dengan orientasi seks.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Zakar didiagnosis?

Diagnosis kanser zakar dibuat berdasarkan kepada biopsi lesi penis yang telah ditafsir dalam konteks klinikal, dan ujian umum lain untuk diagnosis banding seperti bilangan sel darah putih untuk mengesan keadaan keradangan, x-ray dan tomografi berkomputer abdomen untuk menyaring hepatomegali atau kanser prostat dan sebagainya.

Bagaimana pesakit Kanser Zakar dirawat?

Menggunakan sistem pemeringkatan The Tumor Node Metastatis (TNM), penilaian awal berbeza, pemeringkatan dan rawatan akan diberi. Secara tradisionalnya, rawatan bagi kanser zakar termasuk:

  • Pembedahan.
  • Terapi radiasi.
  • Kemoterapi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Zakar?

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kanser zakar:

  • Dapatkan akses kepada rawatan penuh secara sempurna bagi penyakit kelamin.
  • Kekalkan kebersihan penis: Penjagaan minor mahupun kebersihan boleh membantu anda menghindar faktor risiko pertumbuhan kanser. Seperti kanser-kanser lain, kanser zakar lebih baik untuk dicegah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.