backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penyakit Kanser Tulang

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 19/07/2021

Penyakit Kanser Tulang

Apa itu penyakit kanser tulang? Ketahui simptom, punca, diagnosis dan rawatan serta cara pencegahan barah tulang.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

Definisi

Penyakit kanser tulang adalah tumor malignan yang bermula pada tulang walaupun tidak semua tumor tulang adalah malignan.

Sel-sel kanser dalam tulang membesar, memampatkan tisu tulang yang sihat dan mungkin mengancam hidup. Jadi, penting bagi setiap individu untuk membezakan kanser tulang daripada kanser metastatik yang merebak ke tulang dari bahagian lain badan.

Jenis-jenis penyakit kanser tulang yang biasa termasuk:

  • Osteosarkoma: Kanser bermula di tisu osteoid tulang. Tisu Osteoid mempunyai tekstur yang sama dengan tulang, tetapi kekurangan mineral. Jenis ini sering berlaku di lutut dan lengan atas
  • Kondrosarkoma: Kanser bermula pada tisu berawan. Tulang rawan termasuk tisu elastik lembut dan tahan lasak yang melitupi dan melindungi hujung tulang panjang pada sendi. Kondrosarkoma berlaku paling kerap di pinggul, kaki atas, dan bahu
  • Kumpulan Tumor Sarkoma Ewing (ESFTs): Kanser yang biasanya berlaku pada tulang tetapi mungkin juga muncul dalam tisu lembut (otot, lemak, tisu serabut, salur darah, atau tisu sokongan lain). Ia paling biasa berlaku di sepanjang tulang belakang, pelvis, di kaki dan lengan

Terdapat empat peringkat sakit kanser tulang, seperti:

  • Di peringkat I, penyakit kanser tulang adalah terhad kepada tulang tanpa tersebar ke bahagian lain badan. Sel-sel kanser di peringkat ini kurang agresif dan tidak memampatkan sel normal
  • Di peringkat II, sel-sel kanser lebih agresif daripada sebelumnya, tetapi masih terbatas pada tulang
  • Di peringkat III, kanser tulang berlaku di dua atau lebih tempat pada tulang yang sama. Tumor peringkat III boleh jadi sama ada tahap rendah atau tinggi
  • Pada peringkat IV, kanser telah menyebar ke luar tulang ke bahagian lain badan, seperti tulang lain atau organ dalaman. Sel-sel kanser sangat agresif dan menjejaskan fungsi sel normal
  • Apakah kebarangkalian sakit kanser tulang?

    Kanser tulang jarang berlaku. Ia hanya meliputi kurang daripada 1% daripada semua jenis kanser. Jenis-jenis kanser tulang yang berlainan mungkin akan berlaku pada populasi tertentu:

    • Osteosarkoma paling biasa berlaku kepada mereka yang berusia antara usia 10 dan 19, tetapi boleh berlaku pada orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Mereka yang mempunyai keadaan lain, seperti penyakit Paget (keadaan benigna dengan perkembangan sel-sel tulang baru yang tidak normal), berisiko menghidap kanser ini 
    • Kondrosarkoma yang paling biasa berlaku pada orang dewasa yang berusia lebih daripada 40 tahun
    • ESFTs sering berlaku pada kanak-kanak dan remaja di bawah umur 19 tahun. Ia lebih biasa pada lelaki berbanding perempuan

    Simptom

    Apakah simptom-simptom penyakit kanser tulang?

    penyakit kanser tulang

    Rasa sakit adalah simptom kanser tulang yang paling biasa, tetapi tidak semua kanser tulang menyebabkan rasa sakit. Simptom-simptom lain yang mungkin:

    • Bengkak dan kelembutan berhampiran kawasan terjejas
    • Tulang patah
    • Keletihan
    • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

    Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom-simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

    Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Jadi, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk keadaan anda.

    Punca

    Apakah punca kanser tulang?

    Sebenarnya, punca sebenar sakit kanser tulang tidak ditemui. Penyelidik hanya tahu bahawa penyakit kanser tulang adalah kesilapan dalam DNA sel yang menandakan sel tumbuh dan dibahagikan dengan tidak terkawal.

    Sel-sel normal di dalam badan mengikuti jalan pertumbuhan, pembahagian, dan kematian yang teratur, tetapi sel-sel kanser darah tidak begitu. Mereka tidak mati secara automatik.

    Faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kanser tulang?

    Terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko penyakit kanser tulang, seperti:

    • Sindrom genetik yang diwarisi: Sindrom genetik jarang yang diturunkan dalam keluarga akan meningkatkan risiko penyakit kanser tulang, termasuk sindrom Li-Fraumeni dan retinoblastoma keturunan
    • Penyakit tulang Paget: Ini adalah keadaan prakanser yang benigna. Ia mengganggu proses kitar semula normal badan anda, di mana tisu tulang baru secara beransur-ansur akan menggantikan tisu tulang lama. Dalam satu jangka masa, penyakit ini boleh menyebabkan tulang yang terjejas menjadi rapuh. Penyakit Paget lebih kerap berlaku pada orang dewasa, terutama pada usia 50 tahun
    • Pendedahan kepada radiasi

    Diagnosis dan Rawatan

    penyakit kanser tulang

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit kanser tulang didiagnosis?

    Pada mulanya, doktor akan bertanya keadaan dan sejarah keluarga anda. Jika disyaki bahawa anda mempunyai penyakit kanser tulang, doktor akan mengesyorkan beberapa pemeriksaan fizikal atau boleh mengarahkan ujian makmal dan ujian diagnostik lain.

    Ujian yang paling biasa untuk barah tulang termasuk:

    • Sinar-X: Ujian ini membolehkan keabnormalan pada tulang anda untuk ditunjukkan pada imej tanpa sebarang insisi/hirisan. Tanda-tanda barah tulang mungkin termasuk tulang yang bergerigi, lubang di tulang, tumor di sekitar kecacatan di tulang. Jika tanda-tanda ini muncul, anda mungkin memerlukan biopsi untuk menentukan sama ada anda mempunyai kanser tulang atau tidak
    • Imbasan tulang: Sedikit bahan radioaktif disuntik ke dalam saluran darah dan bergerak melalui aliran darah; kemudian ia dikumpulkan dalam tulang dan dikesan oleh pengimbas. Doktor boleh mendiagnosis keadaan anda dengan menilai imbasan
    • Imbasan tomografi (CT atau CAT) berkomputer: Ia menggabungkan beberapa imej sinar-X yang diambil dari sudut berbeza. Imej imbasan CT memberikan maklumat yang lebih terperinci daripada sinar-X biasa
    • Prosedur pengimejan magnetik (MRI): Ujian ini adalah sama dengan sinar-X , tetapi menggunakan magnet kuat yang dihubungkan dengan komputer
    • Imbasan tomografi emisi positron (PET): Sejumlah kecil glukosa radioaktif disuntik ke dalam salur darah, dan pengimbas digunakan untuk menghasilkan imej berkomputer yang terperinci, yang kemudiannya imej berkomputer kawasan di dalam badan di mana glukosa digunakan akan muncul

    Bagaimana pesakit barah tulang dirawat?

    Kanser tulang boleh dirawat dengan banyak cara, sesetengah daripada cara tersebut boleh digabungkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

    Pilihan rawatan bergantung kepada sifat-sifat kanser, serta kesihatan umum pesakit.

    • Pembedahan: Tumor dikeluarkan dengan teknik pembedahan khas. Ia mengambil masa yang lama untuk pesakit sembuh selepas pembedahan
    • Kemoterapi: Rawatan ini menggunakan ubat-ubatan antikanser yang dapat membunuh sel kanser. Doktor sering mencadangkan kombinasi ubat antikanser
    • Terapi radiasi juga dipanggil radioterapi, teknik ini menggunakan sinar-x tenaga tinggi untuk membunuh sel-sel kanser. Rawatan ini boleh digunakan secara kombinasi dengan pembedahan. Rawatan ini mungkin sangat berbahaya kepada tubuh pesakit selepas rawatan, di mana ia boleh mengakibatkan beberapa komplikasi
    • Bedah beku: Sel-sel kanser dibekukan dengan nitrogen cair, dan akan mati selepas suatu tempoh masa. Teknik ini kadangkala boleh digunakan bagi menggantikan pembedahan konvensional untuk memusnahkan tumor

    penyakit kanser tulang

    Pencegahan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani penyakit kanser tulang?

    Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi penyakit kanser tulang:

    • Dapatkan maklumat lanjut: Belajar tentang sakit kanser tulang dapat mengurangkan kebimbangan anda dan memberikan anda keyakinan untuk menghadapinya. Terdapat sumber-sumber di mana anda boleh mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai tentang kanser tulang: rundingan dengan doktor, internet, akhbar, dan media sosial lain; atau anda boleh bertanya kepada doktor mengenai sokongan di kawasan setempat anda
    • Jadilah optimistik: Psikologi boleh mempengaruhi hasil rawatan dengan ketara. Anda boleh mengekalkan emosi optimistik anda dengan banyak cara: bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai, kekal rapat dengan keluarga dan rakan anda, bermain dengan haiwan peliharaan atau hanya membaca buku, apa sahaja yang membuat anda berasa selesa. Anda perlu mempercayai bahawa keadaan anda akan menjadi lebih baik, dan anda masih dapat menikmati hidup anda walaupun ada kanser

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 19/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan