Apa itu Kanser Serviks?

Oleh

Definisi Kanser Serviks

Apa itu Kanser Serviks?

Seperti kebanyakan kanser, ia bermula apabila sel-sel di serviks, iaitu bahagian pangkal rahim, mula berkembang di luar kawalan. Sel-sel baru berkembang dengan pantas sehingga menghasilkan tumor di dalam serviks.

Kanser ini ialah antara kanser yang paling popular bagi perempuan di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ujian Pap secara rutin boleh membantu mengesan risiko kanser serviks dengan awal. Kanser serviks kebiasaannya boleh sembuh jika dikesan awal. Tambahan pula, terdapat banyak metod untuk mengawal risiko kanser serviks yang membuatkan kes kanser serviks semakin berkurang.

Apakah kebarangkalian Kanser Serviks?

Ia adalah sangat kerap. Kanser serviks ialah antara kanser yang paling popular bagi perempuan di seluruh dunia. Ia boleh berlaku pada mana-mana umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kanser Serviks?

Di peringkat awal, perempuan dengan kanser serviks awal atau pre-kanser tidak mengalami apa-apa simptom. Kanser serviks tidak menunjukkan simptom-simptomnya sehingga tumor berkembang. Pada ketika itu, ia mungkin menolak organ berhampiran dan menyerang sel-sel sihat. Simptom-simptomnya termasuk:

  • Pendarahan yang tidak normal dari faraj seperti pendarahan antara kitaran haid, kitaran yang lebih lama, selepas atau semasa seks atau selepas menopause, selepas pergerakan usus atau selepas ujian pelvis.
  • Sakit di bahagian bawah perut atau pelvis.
  • Sakit ketika hubungan seksual.
  • Cecair faraj yang tidak normal seperti mengandungi darah.

Terdapat juga keadaan lain seperti jangkitan yang boleh menyebabkan simptom-simptom ini. Walaubagaimanapun, anda masih perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan tanpa mengira apa pun sebabnya. Memandang remeh padanya hanya akan membuatkan keadaan lebih teruk dan membazirkan peluang anda untuk mendapatkan rawatan yang efektif.

Bahkan lebih baik adalah untuk tidak menunggu simptom datang. Cara terbaik untuk membuatkan alat sulit anda sihat ialah menjalani ujian Pap dan pelvis secara berkala.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.

Punca

Apakah Punca Kanser Serviks?

Hampir semua kes kanser serviks adalah disebabkan oleh virus papiloma manusia atau human papilloma virus (HPV). Virus ini kebiasaannya tersebar dalam kalangan manusia melalui hubungan seksual.

Terdapat lebih 100 jenis HPV tetapi kebanyakannya tidak berbahaya. Bahkan, semua orang dewasa mengandungi HPV pada satu masa dalam hidupnya. Sebahagian jenis HPV tidak menyebabkan apa-apa simptom, sebahagiannya menyebabkan ketuat kelamin dan sebahagiannya menyebabkan kanser serviks. 2 jenis virus HPV (HPV 16 dan HPV 18) dikenal pasti bertanggungjawab dalam 70% kes kanser serviks. Jangkitan HPV jenis ini tidak menunjukkan apa-apa simptom. Jadi ramai perempuan yang tidak sedar mereka mengalami jangkitan.

HPV boleh dikesan dengan mudah melalui ujian Pap. Oleh sebab itu ujian Pap adalah sangat penting untuk mencegah kanser serviks. Ujian Pap boleh mengesan perbezaan pada sel-sel serviks sebelum ia berubah menjadi kanser. Jika anda merawat perubahan pada sel ini, anda boleh melindungi diri anda dari kanser serviks.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Serviks?

Memandangkan kebanyakan orang mengandungi HPV, terdapat perkara yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat kanser serviks. Antaranya ialah:

  • Jangkitan HPV: Hubungan seksual dengan banyak pasangan boleh meningkatkan risiko mendapat HPV 16 dan 18.
  • Merokok: Tembakau mengandungi bahan kimia yang boleh memudharatkan badan. Perempuan yang merokok adalah berkemungkinan mendapat kanser serviks sebanyak dua kali ganda berbanding tidak merokok.
  • Imunosupresi: Ubat-ubatan atau keadaan yang melemahkan sistem imun seperti human immunodeficiency virus (HIV) yang menyebabkan AIDS dan meningkatkan risiko jangkitan HPV yang membawa kepada kanser serviks.
  • Jangkitan Chlamydia: Beberapa kajian menunjukkan risiko kanser serviks yang lebih tinggi bagi perempuan yang ujian darahnya menunjukkan bukti jangkitan chlamydia terkini atau yang lalu.
  • Diet rendah buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Terlebih berat badan: Meningkatkan risiko kanser serviks adenokarsinoma.
  • Penggunaan pil pencegah kehamilan dalam tempoh yang lama
  • Penggunaan alat intrauterin: Kaijan terkini menemui bahawa perempuan yang pernah menggunakan alat intrauterin (alat yang diletakkan di dalam rahim anda untuk mencegah kehamilan) mempunyai risiko kanser serviks yang lebih rendah.
  • Banyak kali hamil cukup bulan: Perempuan yang hamil cukup bulan 3 kali atau lebih mempunyai peningkatan risiko kanser serviks.
  • Hamil cukup bulan pertama di bawah umur 17 tahun: Mempunyai risiko kanser serviks hampir dua kali ganda dalam hidup.
  • Kemiskinan: Kemiskinan menghalang perempuan mendapat servis penjagaan kesihatan yang mencukupi termasuk ujian Pap.
  • Diethylstilbestrol (DES): DES ialah ubat hormon yang diberikan kepada sebahagian perempuan untuk mengelakkan keguguran. Ibu yang menggunakannya semasa hamil kebiasaannya mempunyai risiko kanser serviks yang lebih tinggi. Anak-anak perempuan kepada perempuan ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  • Mempunyai sejarah kanser serviks dalam keluarga.
  • Kanser serviks mungkin wujud dalam kalangan ahli keluarga. Jika ibu atau kakak anda mengalami kanser, kebarangkalian untuk anda mengalaminya adalah 2 ke 3 kali lebih tinggi berbanding jika tiada kes kanser serviks dalam keluarga.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Serviks didiagnosis?

Doktor kebiasaannya menggunakan ujian Pap untuk mendiagnosis kanser serviks. Doktor anda mungkin menjalankan ujian-ujian lain seperti biopsi untuk mencari sel-sel pre-kanser atau kanser pada serviks anda jika ujian Pap menunjukkan perubahan sel yang tidak berfungsi.

Doktor anda mungkin merujuk anda kepada pakar sakit puan jika ujian tersebut menunjukkan keadaan yang abnormal atau jika pembesaran di dalam serviks anda dikenal pasti atau jika anda mengalami pendarahan abnormal.

Adalah perlu diketahui bahawa pendarahan dari faraj tidak selalunya disebabkan oleh kanser serviks. Chlamydia adalah antara sebab yang paling kerap bagi pendarahan faraj. Doktor anda mungkin mengesyorkan anda diuji untuk Chlamydia terlebih dahulu sebelum dirujuk.

Sebahagian ujian lain yang mungkin diperlukan sebelum mengesahkan anda menghidapi kanser serviks:

  • Kolpospkopi: Mikroskop kecil dengan sumber cahaya di hujungnya (kolposkop) digunakan untuk memeriksa serviks anda.
  • Biopsi kon: Presedur kecil ini dijalankan dengan ubat pelali. Bahagian kecil berbentuk kon akan diambil dari serviks anda untuk diperiksa. Selepas itu, anda mungkin mengalami pendarahan faraj sehingga 4 minggu selepas prosedur tersebut. Anda juga mungkin mengalami sakit seperti haid.

Apabila doktor sudah mengesahkan anda menghidapi kanser serviks, perkara terbaik yang mereka ingin periksa ialah sejauh mana lanjutan kanser tersebut. Ujian-ujian ini termasuk:

  • Memeriksa rahim, faraj, rektum dan pundi kencing jika ada kanser. Prosedur ini dijalankan dengan ubat pelali.
  • Ujian darah untuk memeriksa keadaan organ sekeliling seperti tulang, darah dan buah pinggang.
  • Imbasan CT (computerized tomography), imbasan MRI (magnetic resonance imaging), x-ray dan imbasan PET (positive emission tomography) dipanggil ujian pengimejan. Ujian-ujian ini direka untuk mengesan tumor kanser dan menentukan jika ia telah merebak.

Bagaimana pesakit Kanser Serviks dirawat?

Rawatan kanser serviks adalah sangat kompleks. Maka, hospital anda akan mengumpulkan satu kumpulan profesional yang pakar dalam merawat kanser serviks di peringkat awal dan lewat. Walaupun ia paling ideal dirawat ketika di peringkat awal, kebiasaannya kanser serviks tidak didiagnosis awal.

Secara umumnya terdapat 3 rawatan utama untuk kanser serviks: pembedahan, radioterapi, kemoterapi.

Pembedahan

Rawatan ini akan membuang mana-mana bahagian yang terjejas dengan kanser. Anda anda kumpulan perubatan anda harus bekerjasama untuk rawatan yang terbaik:

  • Radical trachelectomy – serviks, tisu sekeliling dan bahagian atas faraj dibuang tetapi rahim ditinggalkan.
  • Hysterectomy – serviks dan rahim dibuang; bergantung kepada peringkat kanser tersebut, ovari dan tiub fallopian juga mungkin perlu dibuang. Anda tidak akan boleh hamil jika prosedur ini dijalankan.
  • Pelvic exenteration – satu pembedahan major dimana serviks, faraj, rahim, pundi kencing, ovari, tiub fallopian dan rektum dibuang.

Radioterapi

Di peringkat awal kanser serviks, anda boleh dirawat dengan radioterapi sahaja atau bersama pembedahan. Apabila kanser sudah semakin lanjut, doktor anda mungkin mengesyorkan radioterapi bersama kemoterapi untuk mengurangkan pendarahan dan sakit pada pesakit.

Dalam rawatan ini, badan anda didedahkan kepada radiasi. Sumber radiasi tersebut boleh jadi dari luar, iaitu mesin yang memancarkan radiasi kepada anda, atau dari dalam. Bagi metod dari dalam, implan akan diletakkan di dalam badan anda untuk melepaskan radiasi. Terdapat kes yang menggunakan kedua-dua metod. Tempoh masa rawatan radioteapi kebiasaannya sekitar 5 ke 8 minggu.

Kemoterapi

Kemoterapi boleh digunakan sendirian atau bersama radioterapi. Bagi kanser yang sudah lanjut, metod ini kebiasaannya digunakan untuk mengelakkan pembesaran kanser. Anda akan menjalani temu janji untuk mendapatkan dos kemoterapi melalui titisan intravena.

Semua rawatan kanser serviks boleh mengandungi kesan sampingan. Anda harus berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. Anda perlu menjangkakan menopause awal, penyempitan faraj atau limfidema selepas dari rawatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Serviks?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kanser serviks:

  • Bercakap dengan keluarga, kawan-kawan atau kaunselor sangat membantu dan lebih baik jika anda bertanya doktor anda tentang kumpulan sokongan.
  • Ujian Pap ialah cara terbaik untuk mengesan perubahan pada sel serviks atau virus HPV dalam serviks anda. Adalah sangat penting untuk membuat susulan dengan doktor selepas mana-mana keputusan ujian Pap yang abnormal supaya anda boleh mendapatkan rawatan pada waktunya.
  • Jika anda di bawah umur 26 tahun, anda boleh mendapatkan vaksin HPV yang akan memberikan perlindungan dari dua jenis HPV iaitu 16 dan 18 yang boleh menyebabkan kanser serviks.
  • Elakkan jangkitan HPV dengan mengamalkan hubungan seks selamat seperti menggunakan kondom dan megehadkan bilangan pasangan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 9, 2019 | Kali terakhir kemaskini: April 9, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut