Apa itu Kanser Rahim?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu Kanser Rahim?

Kanser rahim adalah sejenis kanser yang tumbuh dari dinding rahim, iaitu epidermis di dalam rahim, samada serviks atau uterus. Rahim, termasuk serviks dan uterus, terletak di antara pundi kencing dan rektum. Serviks berhubung dengan faraj, manakala tubuh rahim berhubung dengan tiub fallopian. Selain itu, kanser juga boleh tumbuh dari lapisan tisu rahim. Kanser jenis ini adalah jarang dan ia dinamakan sebagai kanser tisu penghubung rahim.

Apakah kebarangkalian Kanser Rahim?

Kini, bilangan kes kanser rahim semakin bertambah. Kanser rahim kebanyakannya melibatkan perempuan menopause. Di samping itu, saintis mengatakan bahawa mereka yang menghidapi obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser rahim.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kanser Rahim?

Anda barangkali mengalami beberapa simptom atau tanpa simptom. Kadangkala, simptom- simptom ini boleh disebabkan oleh penyakit lain. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan kepastian. Antara simptom-simptom awal adalah:

  •          Pendarahan, terutamanya selepas bersetubuh atau menopause
  •          Sakit perut yang kerap
  •          Cecair atau darah akibat penipisan faraj
  •          Rahim membesar sehingga boleh dirasai di bahagian pinggul

Simptom-simptom lain seperti sakit perut, sakit dada dan penurunan berat badan kebiasaannya berlaku lewat selepas kanser sudah merebak ke organ lain.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berhubung dengan doktor sekiranya anda mengalami mana-mana perkara berikut:

  •          Merasakan cecair faraj yang tidak normal atau pada bau, kuantiti dan warna.
  •          Ingin mendapatkan sokongan emosi.
  •          Menghadapi kesan sampingan dari rawatan, tanda-tanda jangkitan (demam, sakit otot, sakit kepala), atau simptom-simptom baru yang tak dapat dijelaskan.

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.

Punca

Apakah Punca Kanser Rahim?

Saintis masih belum menemui puncanya secara pasti. Mereka hanya mengetahui bahawa terdapat mutasi pada sel lapisan rahim. Mutasi pada genetik menyebabkan sel yang sihat menjadi tidak normal. Sel normal membesar dan berkembang biak di bawah kelajuan tertentu dan akhirnya akan mati pada tempoh yang tetap. Manakala sel yang tidak normal berkembang biak di luar kawalan dan tidak mati pada waktunya. Perkumpulan sel-sel ini menghasilkan ketumbuhan atau tumor. Sel kanser menyerang tisu-tisu berhampiran dan boleh merebak ke pelbagai bahagian tubuh manusia.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Rahim?

Terdapat banyak faktor risiko penyakit ini seperti:

  •          Perubahan pada hormon perempuan. Kilang telur atau ovari menghasilkan dua hormon utama bagi perempuan-estrogen dan progesterone. Turun naik hormon ini menyebabkan perubahan pada lapisan endotelium. Penyakit yang meningkatkan kadar estrogen tetapi tidak pada progesterone akan meningkatkan risiko mendapat kanser endometrium. Sebagai contoh, fenomena ovulasi tidak normal pada perempuan yang menghidapi sindrom ovari polisistik (PCOS), obesiti dan kencing manis (diabetes). Mengambil minuman yang mengandungi estrogen tanpa progesterone selepas menopause turut meningkatkan risiko penyakit ini.
  •          Tempoh haid yang lama. Menarche awal sebelum umur 12 tahun atau lewat menopause meningkatkan risiko disebabkan terdedah lama pada estrogen.
  •          Tidak pernah mengandung.
  •          Usia lanjut.
  •          Obesiti: berat badan yang tinggi menyebabkan ketidakstabilan pada hormon dalam badan.
  •          Rawatan kanser payu dara menggunakan terapi hormon (tamoxifen).
  •          Mempunyai penyakit Hereditary Non-Polyposis Colorectal Cancer (HPNCC)

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Rahim didiagnosis?

Doktor akan membuat diagnosis berdasarkan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan biopsi daripada endometrium. Dalam teknik biopsi ini, doctor akan mengambil sampel tisu daripada rahim untuk melihat samada ia mempunyai sel kanser atau tidak. Doktor anda akan bertanyakan tentang simptom-simptom yang ada untuk menentukan pembesaran tumor.

Kanser serviks boleh merebak ke pundi kencing, rektum, dan organ lain. Doktor haruslah membuat ujian-ujian lain untuk menentukan tahap kanser.

Ujian-ujian tersebut termasuklah ujian pap smear, imbasan CT (computed tomography), MRI (magnetic resonance), ultrasonik, dan cuci rahim (uterine curettage).

Bagaimana pesakit Kanser Rahim dirawat?

Rawatan bergantung pada tahap kanser. Doktor akan membuat pembedahan untuk membuang tumor di dalam rahim, ovari atau tiub fallopian mengikut tahap kanser. Sekiranya kanser telah merebak tetapi tidak terlalu jauh, doktor boleh meminta untuk membuang tisu berhampiran atau nod limfa untuk mengelakkan kebarangkalian metastasis.

Kemudian, anda perlu menjalani radioterapi, terapi hormon, kortison dan kemoterapi untuk mengecilkan saiz kanser yang berbaki dan untuk mengelakkan kanser merebak. Doktor pakar kanser (onkologi) akan bertanggungjawab untuk memberikan rawatan.

Rawatan kanser menyebabkan kesan sampingan dari ubat-ubatan dan bahan kimia dalam kemoterapi. Kesan sampingannya adalah berbeza bergantung kepada jenis ubat dan bahan kimia yang digunakan. Doktor anda mungkin akan menyediakan kepada anda kumpulan sokongan dan sokongan emosi semasa tempoh rawatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Rahim?

Walaupun rawatan kanser menyebabkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan dan rasa letih akibat perubahan pada penampilan dan mental, anda harus tahu bahawa anda masih boleh menjalani kehidupan yang normal dan aktif.

Anda harus berkongsi apa yang anda lalui bersama ahli keluarga dan kawan-kawan kerana ia memainkan peranan yang penting dalam tempoh rawatan anda.

Kanser serviks boleh dihadkan jika anda:

  •          Mencari pakar bedah dan pakar kanser yang berpengalaman dalam merawat kanser.
  •          Sentiasa membuat temu janji dengan doktor semasa dan selepas tempoh rawatan untuk memeriksa kesan sampingan dan pengulangan kanser.
  •          Kembali kepada operasi normal dan aktiviti seksual  4-8 minggu selepas pembedahan.
  •          Memahami sekiranya anda sudah menopause, anda tidak akan mengalami haid selepas pembedahan.
  •          Anda mungkin mengalami simptom hot flashes sekiranya ovari anda dibuang ketika pembedahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut