Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Jika anda tertanya-tanya apa itu kanser pundi kencing atau barah, ini adalah maksudnya.
Kanser pundi kencing adalah sejenis kanser yang berlaku dalam pundi kencing, organ berbentuk belon yang terletak di dalam area pelvis dan berfungsi menyimpan air kencing.
Kanser pundi kencing kebiasaannya bermula pada sel yang meliputi permukaan dalam pundi kencing.
Kebanyakan barah pundi kencing didiagnosis pada peringkat awal sewaktu kanser tersebut berpotensi untuk sembuh dengan rawatan.
Pun begitu, kanser pundi kencing boleh berulang kembali walaupun dirawat di peringkat awal.
Disebabkan itu, pesakit kanser pundi kencing yang telah sembuh masih perlu menjalani pemeriksaan berkala selama bertahun-tahun untuk mengenal pasti jika kanser tersebut berlaku kembali.
Barah pundi kencing kebiasaannya berlaku kepada orang dewasa, tetapi boleh terjadi dalam lingkungan umur yang lain juga.
Berdasarkan Institusi Kesihatan Nasional, lebih kurang 45,000 lelaki dan 17,000 perempuan didiagnosis dengan penyakit tersebut setiap tahun.
Walau bagaimanapun, ia boleh dielakkan dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kebanyakan individu dengan kanser ini mungkin mempunyai darah dalam air kencing tetapi tidak merasa sakit sewaktu kencing.
Tanda dan simptom lain kanser pundi kencing seperti kepenatan, turun berat badan, sakit tulang menunjukkan keadaan yang lebih parah. Sila beri perhatian kepada simptom berikut:
Diagnosis awal dan rawatan boleh menghalang keadaan ini daripada mudarat dan mengelakkan kecemasan perubatan yang lain. Jadi hubungi doktor anda secepat mungkin untuk mengelakkan keadaan yang serius.
Jika anda mempunyai tanda atau simptom yang tersenarai atau memiliki sebarang soalan, sila hubungi doktor anda.
Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas berbeza. Jadi, lebih baik untuk berbincang dengan doktor tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.
Sehingga kini, punca sebenar kanser pundi kencing masih tidak diketahui. Ia berlaku apabila sel abnormal tumbuh, berganda dengan cepat dan tanpa kawalan serta menyerang tisu badan yang lain.
Selain itu, doktor mengelaskan barah pundi kencing kepada 3 jenis utama, iaitu:
Anda akan lebih berisiko tinggi untuk mengalami kanser ini jika:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda mungkin mendiagnosis kanser pundi kencing menggunakan satu atau lebih daripada kaedah berikut:
Doktor anda akan menentukan tahap kanser pundi kencing dengan sistem pengelasan yang terbahagi kepada tahap 0 hingga 4 untuk mengenal pasti kadar kanser tersebut merebak.
Tahap kanser pundi kencing tersebut membawa maksud:
Berdasarkan tahap kanser pundi kencing anda, rawatan bersesuaian akan disarankan doktor.
Amalan berikut mungkin membantu anda mencegah diri menghidap kanser pundi kencing:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen