backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kanser Pundi Hempedu

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apakah itu kanser pundi hempedu?

Kanser pundi hempedu adalah penyakit yang melibatkan penghasilan sel malignan (kanser) pada tisu pundi hempedu.

Pundi hempedu adalah organ berbentuk  pear yang terletak di belakang hati pada bahagian atas abdomen. Pundi hempedu menngumpul hempedu, cecair yang dihasilkan oleh hati untuk menghadam lemak. Apabila makanan dihadam di dalam perut dan usus, hempedu akan dilepaskan daripada pundinya melalui satu tiub/saluran yang dipanggil duktus hempedu sepunya yang menghubungkan pundi hempedu dan hati dengan  bahagian pertama usus kecil.

Sekiranya kanser pundi hempedu ditemui pada peringkat awal, peluang untuk sembuh adalah sangat baik, tetapi malangnya, kebanyakan kanser jenis ini ditemui lambat,dan prognosisnya sangatlah teruk

Apakah kebarangkalian kanser pundi hempedu?

Kanser pundi hempedu adalah penyakit yang jarang berlaku. Wanita lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini berbanding lelaki. Namun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom kanser pundi hempedu?

Sebahagian tanda dan simptom kanser pundi hempedu yang lazim berlaku termasuk:

  • Kesakitan pada abdomen, terutamanya dibahagian atas kanan abdomen
  • Kembung perut
  • Kegatalan
  • Demam
  • Kehilangan  selera
  • Kehilangan berat tanpa kemahuan
  • Loya dan mual
  • Warna kulit dan putih mata bertukar menjadi kuning

Walaubagaimanapun, kanser pundi hempedu sukar untuk dikenal pasti dan didiagnosis awal.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal boleh menghalang kanser pundi hempedu daripada menjadi lebih teruk dan mengelakkan berlakunya kecemasan perubatan yang lain., jadi silalah hubungi doktor anda sesegera mungkin untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan kanser pundi hempedu?

Sehingga sekarang, masih tiada sebab yang jelas bagi kanser pundi hempedu. Para doktor mengetahui bahawa kanser pundi hempedu terjadi apabila sel pundi yang sihat mengalami perubahan (mutasi) pada DNA. Mutasi ini menyebabkan sel-sel tumbuh luar kawalan dan terus hidup melebihi jangka hayat sel yang normal. Sel yang terkumpul ini menjadi ketumbuhan yang boleh berkembang lebih daripada sempadan pundi hempedu dan merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.

Kebanyakan kanser pundi hempedu bermula daripada sel kelenjar yang menyelaputi bahagian dalam pundi. Kanser yang berasal daripada sel jenis ini dipanggil adenokarsinoma.Istilah ini merujuk kepada cara sel ini muncul sewaktu diperiksa dengan mikroskop.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko?

Terdapat banyak faktor risiko bagi kanser ini seperti:

  • Jantina: Ia lebih kerap berlaku pada wanita.
  • Umur: Risiko kanser meningkat seiring dengan umur
  • Berat badan: Orang yang obes memiliki risikolebih tinggi kepada kanser ini.
  • Mempunyai sejarah batu hempedu: Kanser pundi hempedu selalu berlaku kepada orang yang pernah terkena batu hempedu. Namun begitu, kanser pundi hempedu masih jarang-jarang berlaku kepada orang-orang ini.
  • Lain-lain keadaan atau penyakit pundi hempedu: Keadaan pundi hempedu yang lain yang boleh meningkatkan risiko kanser terpmasuklah pundi hempedu porselin, sista koledokal and jangkitan pundi hempedu kronik .

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakan  kanser pundi hempedu didiagnosis?

Ujian dan prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis kanser pundi hempedu termasuklah:

    • Ujian darah; Untuk menilai fungsi hati bagi membantu doktor mengenal pasti punca kepada tanda dan simptom yang diadukan
  • Prosedur untuk menghasilkan imej pundi hempedu; Ujian pengimejan yang boleh menghasilkan imej pundi hempedu termasuklah ultrasound, imbasan CT dan magnetic resonance imaging (MRI)

Peringkat kanser pundi hempedu ialah

  • Peringkat I: Pada peringkat ini, sel kanser hanya berada pada lapisan dalam pundi hempedu
  • Peringkat II: Peringkat ini,sel kanser sudah mula menembusi lapisan luar pundi dan mungkin lebih dari itu
  • Peringkat III: Pada peringkat ini, sel kanser sudah merebak ke satu atau lebih organ terdekat, seperti hati, usus dan perut. Ia juga mungkin merebak ke nodus limfa yang terdekat.
  • Peringkat IV: Peringkat kanser paling lewat , terdapat  ketumbuhan yang besar yang merebak ke organ-organ terdekat atau ketumbuhan bersaiz kecil atau besar yang telah merebak ke bahagian tubuh badan yang jauh.

Bagaimanakan kanser pundi hempedu dirawat?

Rawatan bagi kanser pundi hempedu akan ditentukan berdasarkan peringkat kanser anda, keadaan kesihatan  secara keseluruhan dan pilihan anda . Pada permulaannya, fokus rawatan adalah untuk membuang kanser tersebut, tetapi apabila ia mustahil, terapi yang lain mungkin boleh membantu untuk mengawal kanser daripada merebak dan membuatkan anda selesa semampu mungkin.

Pembedahan adalah pilihan sekiranya anda masih berada pada tahap awal kanser. Pilihan yang ada termasuklah

  • Pembedahan untuk membuang pundi hempedu: Kanser pundi hempedu peringkat awal yang masih berada dalam sempadan pundi tersebut dirawat dengan pembedahan untuk membuang pundi hempedu itu (kolesistektomi).
  • Pembedahan untuk membuang pundi hempedu dan sebahagian daripada hati: Sel-sel kanser yang telah menembusi pundi hempedu dan tisu-tisu hati kadang-kadang dirawat dengan pembedahan untuk membuang pundi hempedu, sebahagian daripada hati dan duktus hempedu yang mengelilingi pundi tersebut.

Pembedahan tidak akan mampu untuk menyembuhkan kanser  pundi hempedu yang telah merebak ke bahagian lain tubuh badan. Sebaliknya, doktor akan memberikan rawatan yang boleh melegakan tanda dan simptom kanser dan membuat anda berasa lebih selesa. Tiga pilihan yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Kemoterapi: Kemoterapi adalah dadah yang menggunakan bahan kimia untuk menghapuskan sel-sel kanser.
  • Terapi radiasi: Radiasi menggunakan sinaran berkuasa tinggi , seperti sinar-X untuk menghapuskan sel kanser.
  • Percubaan klinikal: Menggunakan ubat-ubatan eksperimen atau yang baru untuk merawat kaanser pundi hempedu. Hubungi doktor anda untuk mengetahui adakah anda layak untuk menyertai percubaan klinik.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas kanser pundi hempedu?

Anda patut mengambil makanan yang tinggi dengan serat dan lemak yang sihat untuk mengelakkan kanser pundi hempedu. Bijian halus(ditemui dalam bijirin bergula dan nasi putih, roti dan pasta) dan gula mempunyai meninggikan lagi risiko kanser tersebut. Bijian penuh seperti beras perang dan roti gandum, dan lemak daripada ikan dan minyak zaitun adalah disyorkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan