backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kanser Payudara Inflammatori


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 06/08/2021

Kanser Payudara Inflammatori

Penyakit kanser payudara infammatori merupakan sejenis kanser yang amat jarang berlaku. Sel kanser pesakit yang menghidap penyakit ini akan menghalang saluran limfa dan menyebabkannya menjadi merah dah membengkak. Hanya 1-5 daripada 100 kanser payudara terdiri daripada jenis ini.

Definisi

Apa itu Kanser Payudara Inflammatori?

Kanser payudara inflamatori berlaku apabila sel kanser menyekat saluran limfatik di dalam kulit yang menutupi payudara, menyebabkan payudara kelihatan kemerahan, bengkak.

Kanser payudara inflamatori dikira sebagai kanser lanjutan setempat – bermaksud kanser ini telah merebak daripada titik asalnya ke tisu yang berdekatan dan boleh jadi sehingga ke nodus limfa yang berdekatan.

Kanser payudara inflamatori senang dikeliru dengan jangkitan payudara, yang mana merupakan punca biasa bagi payudara yang kemerahan dan bengkak.

Apakah kebarangkaliannya?

Kanser payudara inflamatori sangat jarang berlaku, terjadi dalam 1 hingga 5 peratus daripada semua kanser payudara yang didiagnosis di Amerika. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kanser Payudara Inflammatori?

Kanser Payudara Inflammatori

Simptom-simptom biasa bagi kanser payudara inflamatori ialah:

  • Perubahan cepat pada luaran salah satu payudara, selama beberapa minggu.
  • Ketebalan, berat atau pembesaran yang ketara pada salah satu payudara.
  • Perubahan warna, menjadikan payudara kelihatan berwarna merah, ungu, merah jambu atau lebam.
  • Payudara yang terlibat rasa suam tidak seperti biasa.
  • Berlekuk atau berkerut, pada kulit payudara yang terlibat, sama seperti kulit buah oren.
  • Lembut, sakit atau pedih.
  • Nodus limfa membesar di bawah lengan, atas tulang kolar atau di bawah tulang kolar.
  • Puting payudara rata atau masuk ke dalam.

Kanser payudara inflamatori biasanya tidak membentuk benjolan, seperti yang berlaku dalam jenis-jenis kanser payudara yang lain.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Kanser Payudara Inflammatori?

Masih tidak jelas mengenai perkara yang menyebabkan kanser payudara inflamatori.

Doktor tahu bahawa kanser payudara inflamatori bermula dengan sel abnormal dalam salah satu duktus payudara. Mutasi yang berlaku di dalam sel DNA abnormal akan mengarahkan sel membesar dan berbahagi dengan cepat.

Sel abnormal yang terkumpul akan menembusi dan menyekat saluran limfatik di dalam kulit payudara anda. Sekatan di dalam saluran limfatik menyebabkan kulit kemerahan, bengkak dan berlekuk – tanda klasik bagi kanser payudara inflamatori.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Payudara Inflammatori?

Kanser Payudara Inflammatori

Terdapat banyak faktor risiko bagi kanser payudara inflamatori, seperti:

  • Wanita. Wanita lebih cenderung untuk didiagnosis dengan kanser payudara inflamatori berbanding lelaki – tetapi lelaki boleh menghidapi kanser payudara inflamatori juga.
  • Orang berkulit hitam. Wanita berkulit hitam mempunyai risiko kanser payudara inflamatori yang lebih tinggi berbanding wanita berkulit putih.
  • Obesiti. Individu yang obes mempunyai risiko payudara inflamatori yang lebih tinggi berbanding individu yang mempunyai berat badan normal.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Payudara Inflammatori didiagnosis?

Kanser payudara inflamatori sukar untuk didiagnosis. Selalunya, tiada benjolan yang boleh dirasai ketika pemeriksaan fizikal atau dilihat dalam ujian saringan mammogram.

Tambahan pula, kebanyakan wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara inflamatori mempunyai tisu payudara yang lebih tumpat, yang mana menjadikan proses untuk mengesan kanser melalui ujian saringan mammogram lebih sukar.

Selain itu, oleh sebab kanser payudara inflamatori ini sangat agresif, ia boleh dijumpai di antara ujian saringan mammogram yang dijadualkan dan berkembang dengan cepat. Simptom-simptom kanser payudara inflamatori boleh disalah diagnosis sebagai mastitis yang mana merupakan jangkitan payudara, atau bentuk kanser payudara lanjutan setempat yang lain.

Bagi mengelakkan kelambatan dalam diagnosis dan pemilihan rawatan yang terbaik, sebuah panel pakar antarabangsa telah menerbitkan panduan mengenai bagaimana doktor boleh mendiagnosis dan menentukan tahap kanser payudara inflamatori dengan betul. Saranan mereka diringkaskan seperti di bawah.

Kriteria minumum bagi mendiagnosis kanser payudara inflamatori termasuk yang berikut:

  • Perkara berikut berlaku dengan cepat seperti eritema (kemerahan), edema (bengkak), dan luaran peau d’orange (kulit yang berlekuk atau berkedut) dan/atau payudara rasa suam secara abnormal, dengan atau tanpa benjolan yang boleh dirasai.
  • Simptom-simptom yang disebut di atas telah berlaku kurang daripada 6 bulan.
  • Eritema yang menutupi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada payudara.
  • Sampel biopsi awal daripada payudara yang terlibat menunjukkan karsinoma invasif.

Pemeriksaan tisu yang seterusnya daripada payudara yang terlibat termasuklah ujian bagi melihat sama ada sel kanser mempunyai reseptor hormon (reseptor estrogen dan progesteron) atau jika sel-sel ini mempunyai kuantiti gen HER2 dan/atau protein HER2 (HER2-kanser payudara positif) yang lebih banyak daripada biasa.

Ujian bergambar dan proses menentukan tahap kanser termasuk yang berikut:

  • Mammogram dan ultrasound diagnostik pada payudara dan nodus limfa regional (berdekatan)
  • Pengimbas PET atau CT dan pengimbas tulang bagi melihat sama ada kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain.

Diagnosis dan proses menentukan tahap kanser payudara inflamatori yang bagus dapat membantu doktor menyusun rancangan rawatan yang terbaik dan menganggarkan prognosis penyakit ini. Pesakit yang didiagnosis dengan kanser payudara inflamatori mungkin mahu dirujuk kepada doktor yang pakar dengan penyakit ini.

Bagaimana pesakit dirawat?

Kanser payudara inflamatori umumnya akan dirawat terlebih dahulu dengan kimoterapi sistemik bagi membantu mengecutkan tumor, kemudian pembedahan dilakukan untuk membuang tumor tersebut, diikuti dengan terapi radiasi. Pendekatan rawatan ini dipanggil pendekatan multimodal.

Kajian yang dijalankan menjumpai bahawa wanita dengan kanser payudara inflamatori yang dirawat dengan pendekatan multimodal, mempunyai kesan yang lebih baik terhadap terapi dan boleh hidup dengan lebih lama. Rawatan yang digunakan dalam pendekatan multimodal termasuk yang disebutkan di bawah:

  • Komiterapi neoadjuvant: Jenis kimoterapi ini diberi sebelum pembedahan dilakukan dan biasanya melibatkan kedua-dua ubat anthracycline dan taxane. Doktor umumnya akan menyarankan sekurang-kurangnya enam kitaran kimoterapi neoadjuvant yang diberi selama 4 hingga 6 bulan sebelum tumor dibuang, melainkan jika penyakit ini terus berkembang mengikut waktu dan doktor mengambil keputusan bahawa pembedahan tidak boleh ditangguh lagi.
  • Terapi bertarget: Kanser payudara inflamatori sering menghasilkan jumlah protein HER2 yang lebih banyak daripada biasa, di mana ubat seperti trastuzumab (Herceptin) yang dapat ditargetkan kepada protein ini boleh digunakan bagi merawat penyakit ini. Terapi anti-HER2 boleh diberi sebagai sebahagian daripada terapi neoadjuvant atau selepas pembedahan (terapi adjuvant).
  • Terapi hormon: Jika sel kanser payudara inflamatori wanita ini mengandungi reseptor hormon, terapi hormon boleh dijadikan sebagai pilihan rawatan. Ubat seperti tamoxifen, yang mana boleh menghalang estrogen daripada bercantum dengan reseptornya, dan perencat aromatase seperti letrozole, yang mana menyekat kebolehan badan untuk menghasilkan estrogan, boleh menyebabkan sel kanser yang bergantung kepada estrogen berhenti membesar dan mati.
  • Pembedahan: Pembedahan standard bagi kanser payudara inflamatori adalah mastektomi radikal diubah. Pembedahan ini melibatkan pembuangan keseluruhan payudara yang terlibat dan semua nodus limfa di bawah lengan yang berdekatan. Selalunya, lapisan di atas otot dada juga dibuang, tetapi otot dada dikekalkan. Kadang kala, walau bagaimanapun, otot dada yang lebih kecil (pektorakis minor) mungkin dibuang, juga.
  • Terapi radiasi: Terapi radiasi pasca mastektomi pada dinding dada di bawah payudara yang telah dibuang adalah sebahagian daripada terapi multimodal standard bagi kanser payudara inflamatori. Jika wanita tersebut menerima trastuzumab sebelum pembedahan, beliau boleh terus menerima ubat ini semasa terapi radiasi pascapembedahan. Pembentukan semula payudara boleh dilakukan pada wanita yang mempunyai kanser payudara inflamatori, tetapi, oleh sebab terapi radiasi sangat penting dalam merawat penyakit ini, pakar umumnya menyarankan agar proses pembentukan semula ditangguhkan.
  • Terapi adjuvant: Terapi adjuvant sistemik boleh diberi selepas pembedahan bagi mengurangkan pulang kanser kembali semula. Terapi ini termasuk kimoterapi tambahan, terapi hormon, terapi bertarget (seperti trastuzumab), atau beberapa kombinasi rawatan-rawatan ini.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menanganinya?

Kanser Payudara Inflammatori

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi penyakit kanser payudara inflamatori:

  • Pelajari mengenai kanser payudara inflamatori yang secukupnya bagi membuat keputusan rawatan dengan baik. Tanya doktor anda fakta mengenai kanser dan rawatan anda. Tanya apa tahap kanser anda dan pilihan rawatan yang anda ada. Selain itu, tanya doktor anda mengenai sumber informasi yang bagus di mana anda boleh mempelajari perkara ini dengan lebih banyak. Contoh organisasi bagi maklumat kanser yang boleh dipercayai termasuklah Institut Kanser Kebangsaan dan Persatuan Kanser Amerika.
  • Cari sokongan. Mungkin lebih selesa bagi anda untuk bercakap mengenai perasaan anda setelah anda memulakan rawatan kanser. Anda mungkin mempunyai sahabat rapat atau ahli keluarga yang merupakan pendengar baik. Selain itu, anda boleh meminta doktor anda merujuk anda kepada kaunselor yang bekerja dengan bekas pesakit kanser.
  • Berhubung dengan bekas pesakit kanser yang lain. Individu lain yang juga mempunyai kanser boleh memberi sumber sokongan yang berbeza. Bekas pesakit kanser boleh menawarkan nasihat praktikal mengenai perkara yang perlu dijangkakan dan bagaimana mahu mengatasi keadaan semasa rawatan anda dijalankan. Tanya doktor anda mengenai kumpulan sokongan yang ada di dalam komuniti anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 06/08/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan