Apa itu Kanser Mata?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi Kanser Mata

Kanser yang berlaku pada tisu mata dipanggil kanser mata. Kanser ini boleh merebak kepada bahagian tubuh yang lain seperti paru-paru atau payudara. Terdapat beberapa kanser yang sering menyebabkan kanser mata:

  • Melanoma, jenis yang paling kerap berlaku
  • Karsinoma sel skuamus
  • Limpoma
  • Retinoblastoma, kanser yang kebiasaannya berlaku sewaktu kanak-kanak

Apakah kebarangkalian Kanser Mata?

Kanser ini sangat jarang berlaku dan terjadi kepada lelaki dan perempuan dengan nisbah yang sama. Bagaimanapun, jenis seperti melanoma dan karsinoma sel skuamus lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom Kanser Mata

Apakah simptom-simptomnya?

Simptom kanser mata yang kerap berlaku ialah:

  • Kehilangan sebahagian atau keseluruhan penglihatan
  • Penglihatan kabur
  • Melihat kilatan cahaya, bayang-bayang, bintik-binti atau garisan beralun
  • Bintik hitam dalam mata
  • Mata atau kelopak mata yang bengkak

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca Kanser Mata

Apakah Puncanya?

Punca sebenar kanser ini tidak diketahui, saintis masih mengkaji bagaimana perubahan DNA dalam sel mata boleh menyebabkan sel menjadi kanser. Bagaimanapun, kanser mata didapati berkait dengan ciri-ciri atau keadaan kesihatan tertentu, seperti:

  • Warna mata yang lebih cerah seperti hijau, biru atau kelabu: mata yang lebih cerah memiliki pigmen yang kurang untuk melindungi mereka daripada cahaya ultraviolet yang berbahaya
  • Kulit putih lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh membawa kepada kanser lain yang boleh merebak kepada mata
  • Kanser tahi lalat
  • Terdedah kepada matahari
  • Keadaan yang diwarisi: perubahan DNA boleh membawa kepada kanser mata.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Mata?

Terdapat banyak faktor risiko kanser mata, seperti:

  • Usia: kanser ini boleh berlaku kepada sesiapa pun, tetapi risiko kanser mata meningkat dengan peningkatan usia. Purata usia pesakit kanser mata ialah 55 tahun. Ia jarang berlaku kepada kanak-kanak.
  • Jantina: bilangan lelaki yang menghidap kanser mata adalah lebih berbanding perempuan tetapi tidak jauh beza nisbahnya.
  • Bangsa: Orang kulit putih lebih berisiko menghidap kanser mata berbanding orang kulit hitam atau orang Asia
  • Faktor yang diwarisi: Walaupun ini jarang berlaku, melanoma boleh diwarisi dalam ahli keluarga
  • Keadaan kesihatan lain: Orang yang mempunyai keadaan mata tertentu seperti oculodermal melanocytosis (pigmentasi mata), nevi (bintik atau tahi lalat dalam mata) atau sindrom Dysplastic nevus lebih berisiko mendapat kanser mata.
  • Keadaan tertentu: Mereka yang mempunyai banyak tahi lalat yang abnormal pada kulit atau bintik seperti tahi lalat dalam mata lebih berisiko mendapat melanoma mata
  • Faktor lain seperti pendedahan kepada cahaya matahari atau bahan kimia boleh meningkatkan risiko melanoma.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Mata didiagnosis?

Terdapat beberapa cara untuk doktor mendiagnosis simptom anda:

  • Doktor akan memeriksa dahulu keadaan kesihatan anda, rekod kesihatan keluarga dan simptom.
  • Pemeriksaan mata: cahaya daripada alat dipanggil optalmoskop digunakan untuk mengenal pasti melanoma
  • Ultrabunyi: prosedur ini melibatkan penggunaan gelombang bunyi untuk mendapatkan imej mata.
  • Angiografi fluorescein: doktor akan menggunakan kamera khas untuk mengambil gambar dalam saluran darah dalam mata untuk memeriksa kewujudan ketumbuhan
  • Biopsi: sel daripada ketumbuhan akan diambil menggunakan jarum dan diteliti di bawah mikroskop
  • Ujian lain: Untuk memeriksa fungsi hati dan buah pinggang, anda diminta untuk menjalani ujian darah. Doktor kadangkala akan menyarankan anda melakukan ujian ultrabunyi hati untuk melihat jika kanser merebak.

Bagaimana pesakit Kanser Mata dirawat?

Rawatan kanser mata bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan. Rawatan yang biasa dilakukan ialah:

  • Kemoterapi : kemoterapi lebih berguna dalam keadaan kanser yang telah merebak. Ubatnya boleh diambil dengan suntikan pada bahagian tertentu badan atau pada vena atau melalui mulut.
  • Brachyterapi: Doktor akan memasukkan alat kecil yang digarisi material radioaktif untuk membunuh sel kanser
  • Radioterapi luaran: alat khas menggunakan gelombang radiasi akan digunakan untuk membunuh sel kanser
  • Terapi laser: terapi ini digunakan untuk menghancurkan tisu badan, lebih sesuai digunakan untuk merawat melanoma intraokular berbanding limfoma intraokular.
  • Pembedahan: biasa dilakukan dalam rawatan melanoma intraokular. Optalmologis akan membahagikan bahagian mata yang terjejas bergantung kepada berapa besar, lokasi dan keadaan merebak ketumbuhan tersebut. Pilihan pembedahan tersebut ialah:
    • Iridectomi: membuang sebahagian daripada iris.
    • Irido trabeculectomi: membuang sebahagian daripada iris, dan sebahagian kecil bahagian luar bebola mata.
    • Iridocyclectomi: membuang sebahagian iris dan badan siliari.
    • Sclerouvectomy/endoresection: membuang ketumbuhan koroidal tanpa membuang mata.
    • Enucleation: membuang mata jika ketumbuhan terlalu besar dan anda telah kehilangan penglihatan. Anda mungkin akan diberikan mata palsu untuk menggantikan mata yang telah dibuang itu.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Mata?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani kanser ini:

  • Elakkan terdedah secara langsung kepada matahari
  • Fahami diagnosis dan rawatan yang tersedia untuk keadaan anda
  • Sertai kumpulan sokongan untuk berkongsi dan membantu satu sama lain menghadapi kesusahan fizikal dan emosi
  • Kekal sihat: makan dengan sihat, bersenam selalu, kurangkan pengambilan alkohol dan rokok.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Definisi Kanser Mata

Apa itu Kanser Mata?

Kanser yang berlaku pada tisu mata dipanggil kanser mata. Kanser mata boleh merebak kepada bahagian tubuh yang lain seperti paru-paru atau payudara. Terdapat beberapa kanser yang sering menyebabkan kanser mata:

  • Melanoma, jenis yang paling kerap berlaku
  • Karsinoma sel skuamus
  • Limpoma
  • Retinoblastoma, kanser yang kebiasaannya berlaku sewaktu kanak-kanak

Apakah kebarangkalian Kanser Mata?

Kanser mata sangat jarang berlaku dan terjadi kepada lelaki dan perempuan dengan nisbah yang sama. Bagaimanapun, jenis seperti melanoma dan karsinoma sel skuamus lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom Kanser Mata

Apakah simptom-simptom Kanser Mata?

Simptom kanser mata yang kerap berlaku ialah:

  • Kehilangan sebahagian atau keseluruhan penglihatan
  • Penglihatan kabur
  • Melihat kilatan cahaya, bayang-bayang, bintik-binti atau garisan beralun
  • Bintik hitam dalam mata
  • Mata atau kelopak mata yang bengkak

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Kanser Mata?

Punca sebenar kanser mata tidak diketahui, saintis masih mengkaji bagaimana perubahan DNA dalam sel mata boleh menyebabkan sel menjadi kanser. Bagaimanapun, kanser mata didapati berkait dengan ciri-ciri atau keadaan kesihatan tertentu, seperti:

  • Warna mata yang lebih cerah seperti hijau, biru atau kelabu: mata yang lebih cerah memiliki pigmen yang kurang untuk melindungi mereka daripada cahaya ultraviolet yang berbahaya
  • Kulit putih lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh membawa kepada kanser lain yang boleh merebak kepada mata
  • Kanser tahi lalat
  • Terdedah kepada matahari
  • Keadaan yang diwarisi: perubahan DNA boleh membawa kepada kanser mata.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Mata?

Terdapat banyak faktor risiko kanser mata, seperti:

  • Usia: kanser mata boleh berlaku kepada sesiapa pun, tetapi risiko kanser mata meningkat dengan peningkatan usia. Purata usia pesakit kanser mata ialah 55 tahun. Ia jarang berlaku kepada kanak-kanak.
  • Jantina: bilangan lelaki yang menghidap kanser mata adalah lebih berbanding perempuan tetapi tidak jauh beza nisbahnya.
  • Bangsa: Orang kulit putih lebih berisiko menghidap kanser mata berbanding orang kulit hitam atau orang Asia
  • Faktor yang diwarisi: Walaupun ini jarang berlaku, melanoma boleh diwarisi dalam ahli keluarga
  • Keadaan kesihatan lain: Orang yang mempunyai keadaan mata tertentu seperti oculodermal melanocytosis (pigmentasi mata), nevi (bintik atau tahi lalat dalam mata) atau sindrom Dysplastic nevus lebih berisiko mendapat kanser mata.
  • Keadaan tertentu: Mereka yang mempunyai banyak tahi lalat yang abnormal pada kulit atau bintik seperti tahi lalat dalam mata lebih berisiko mendapat melanoma mata
  • Faktor lain seperti pendedahan kepada cahaya matahari atau bahan kimia boleh meningkatkan risiko melanoma.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Mata didiagnosis?

Terdapat beberapa cara untuk doktor mendiagnosis simptom anda:

  • Doktor akan memeriksa dahulu keadaan kesihatan anda, rekod kesihatan keluarga dan simptom.
  • Pemeriksaan mata: cahaya daripada alat dipanggil optalmoskop digunakan untuk mengenal pasti melanoma
  • Ultrabunyi: prosedur ini melibatkan penggunaan gelombang bunyi untuk mendapatkan imej mata.
  • Angiografi fluorescein: doktor akan menggunakan kamera khas untuk mengambil gambar dalam saluran darah dalam mata untuk memeriksa kewujudan ketumbuhan
  • Biopsi: sel daripada ketumbuhan akan diambil menggunakan jarum dan diteliti di bawah mikroskop
  • Ujian lain: Untuk memeriksa fungsi hati dan buah pinggang, anda diminta untuk menjalani ujian darah. Doktor kadangkala akan menyarankan anda melakukan ujian ultrabunyi hati untuk melihat jika kanser merebak.

Bagaimana pesakit Kanser Mata dirawat?

Rawatan kanser mata bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan. Rawatan yang biasa dilakukan ialah:

  • Kemoterapi : kemoterapi lebih berguna dalam keadaan kanser yang telah merebak. Ubatnya boleh diambil dengan suntikan pada bahagian tertentu badan atau pada vena atau melalui mulut.
  • Brachyterapi: Doktor akan memasukkan alat kecil yang digarisi material radioaktif untuk membunuh sel kanser
  • Radioterapi luaran: alat khas menggunakan gelombang radiasi akan digunakan untuk membunuh sel kanser
  • Terapi laser: terapi ini digunakan untuk menghancurkan tisu badan, lebih sesuai digunakan untuk merawat melanoma intraokular berbanding limfoma intraokular.
  • Pembedahan: biasa dilakukan dalam rawatan melanoma intraokular. Optalmologis akan membahagikan bahagian mata yang terjejas bergantung kepada berapa besar, lokasi dan keadaan merebak ketumbuhan tersebut. Pilihan pembedahan tersebut ialah:
    • Iridectomi: membuang sebahagian daripada iris.
    • Irido trabeculectomi: membuang sebahagian daripada iris, dan sebahagian kecil bahagian luar bebola mata.
    • Iridocyclectomi: membuang sebahagian iris dan badan siliari.
    • Sclerouvectomy/endoresection: membuang ketumbuhan koroidal tanpa membuang mata.
    • Enucleation: membuang mata jika ketumbuhan terlalu besar dan anda telah kehilangan penglihatan. Anda mungkin akan diberikan mata palsu untuk menggantikan mata yang telah dibuang itu.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Mata?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani kanser mata:

  • Elakkan terdedah secara langsung kepada matahari
  • Fahami diagnosis dan rawatan yang tersedia untuk keadaan anda
  • Sertai kumpulan sokongan untuk berkongsi dan membantu satu sama lain menghadapi kesusahan fizikal dan emosi
  • Kekal sihat: makan dengan sihat, bersenam selalu, kurangkan pengambilan alkohol dan rokok.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 13, 2019

Rujukan