Apa itu Kanser Darah?

Oleh

Definisi

Apa itu Kanser Darah?

Kanser darah juga dikenali sebagai kanser hermatologi, ialah kanser yang mengganggu penghasilan dan fungsi sel-sel darah. Kebanyakan kanser jenis ini bermula dari dalam tulang sumsum dimana tempat darah dihasilkan. Sel kanser ini menghalang sel-sel normal untuk berfungsi dengan baik.

Terdapat 3 jenis kanser darah:

  • Leukemia: Ia adalah sejenis kanser sel darah putih yang berfungsi untuk melawan jangkitan dalam badan. Apabila seseorang itu menhidap penyakit ini, tulang sumsumnya tidak mampu untuk menghasilkan sel darah merah dan platlet yang mencukupi untuk keperluan badan. Terdapat 2 jenis leukemia iaitu akut dan kronik. Leukemia kronik adalah lebih berbahaya dan susah untuk dirawat dan ia adalah kanser darah yang paling lazim berlaku.
  • Lymphoma: Ia membesar dalam lymphocyte, iaitu salah satu daripada sel darah putih yang juga berfungsi untuk melawan jangkitan dalam badan. Lymphocyte yang tidak normal akan menjejaskan sistem imuniti badan. Hal ini akan mengurangkan daya ketahanan badan daripada faktor luar yang berbahaya.
  • Myeloma: Ia adalah sejenis kanser sel plasma. Myeloma ialah sejenis kanser yang menghalang fungsi antibodi badan seterusnya melemahkan dan meningkatkan risiko untuk kita mendapat penyakit.

Apakah kebarangkalian Kanser Darah?

Semua peringkat usia boleh mendapat kanser darah. Walaupun begitu, ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kanser Darah?

Beberapa simptom dibawah menandakan anda berkemungkinan menghidap kanser darah. Sila periksa dengan teliti:

  •  Demam, menggigil;
  •  Cepat penat dan lemah;
  •  Hilang selera makan, loya;
  •  Kehilangan berat badan dengan cepat dan teruk;
  •  Berpeluh tanpa sebab;
  •  Sakit sendi dan tulang;
  •  Tidak selesa dibahagian abdomen;
  •  Sakit kepala;
  •  Kesukaran bernafas;
  •  Kerap mendapat jangkitan;
  •  Kulit gatal atau ruam kulit;
  •  Bengkak pada kelenjar di bahagian leher, bawah lengan dan celah kelangkang;

Terdapat beberapa symptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda.

Punca

Apakah Punca Kanser Darah?

Kanser darah adalah disebabkan oleh pertumbuhan tidak normal yang berlaku pada sel-sel darah. Sel yang normal di dalam badan akan mengikut dengan tertib proses pertumbuhan, pembahagian dan kematian; tetapi bukan pada sel kanser darah ini. Sel-sel tidak normal ii tidak mati secara automatik. Lebih serius lagi, sel-sel ini merebak ke bahagian-bahagian lain, memampatkan sel-sel normal dan menghalang mereka daripada berfungsi dengan baik.

Kanser hematologi ini adalah salah satu kecenderungan keluarga. Kanser ini juga adalah disebabkan oleh faktor luar seperti terdedah kepada radiasi, bahan kimia berbahaya dan jangkitan virus Human T-cell Leukemia.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Darah?

Faktor risiko penyakit ini berbeza bergantung kepada jenis kanser darah tersebut. Memahami faktor risikonya dapat membantu anda untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk menghalang ia daripada membesar.

Faktor risiko leukemia termasuklah:

  •   Terdedah kepada radiasi dalam masa yang panjang;
  •   Kerap terdedah kepada bahan kimia;
  •   Kimoterapi;
  •   Down syndrome
  •   Sejarah keluarga;

Dan faktor risiko bagi lymphoma pula ialah:

  •   Orang tua;
  •   Lelaki;
  •   Menghidap penyakit autoimmune;
  •   HIV/AIDS;
  •   Diet tinggi dengan daging dan lemak;
  •   Tededah kepada sesetengah jenis racun serangga

Faktor risiko untuk myeloma:

  •  Individidu berusia lebih 50 tahun.
  •  Lelaki;
  •  Mempunyai masalah obesity;
  •  Terdedah kepada radiasi;
  •  Bekerja di kawasan berkaitan petroleum;

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kanser Darah didiagnosis?

Jika anda disyaki menghidap keadaan ini, doktor anda akan mengesyorkan anda untuk menjalani beberapa ujian kanser darah atau ujian makmal yang lain. Ujian-ujian ini pada lazimnya digunakan untuk mengesan sel kanser pada bahagian lain dalam tubuh anda tetapi tidak mengesan secara tepat sekiranya anda menghidap kanser dalam darah. Ujian ini hanya menunjukkan beberapa petunjuk kanser darah. Jika ujian ini mengesan sebahagian besar daripada sel darah putih yang tidak normal, anda berkemungkinan menhidap penyakit ini.

Ujian lazim untuk kanser hematologi ialah:

  • Bilangan darah secara keseluruhan (CBC);
  • Ujian protein darah;
  • Ujian mengesan tumor;
  • Ujian mengesan sel tumor yang beredar dalam badan.

Bagaimana pesakit Kanser Darah dirawat?

Rawatan untuk kanser darah bergantung kepada jenis kanser, usia pesakit dan kadar kanser tersebut merebak, bahagian kanser itu merebak dan faktor-faktor lain. Antara rawatan yang lazim diberikan ialah:

  • Transplan sel stem ialah memasukkan sel stem darah yang sihat ke dalam badan. Sel stem ini boleh didapati daripada tulang sumsum, darah yang mengalir dalam saluran darah dan darah daripada tali pusat.
  • Kimoterapi ialah penggunaan ubat anti kanser yang direka untuk mengganggu dan membantutkan pertumbuhan sel kanser di dalam badan. Kimoterapi untuk kanser darah kadang kala mengandungi beberapa jenis ubat dalam satu set regimen. Ia juga mungkin diberikan sebelum transplan sel stem dilakukan.
  • Terapi radiasi boleh digunakan untuk memusnahkan sel kanser atau untuk meredakan kesakitan atau rasa tidak selesa. Ia juga boleh diberikan sebelum tranplan sel stem dilakukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Darah?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 2, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.