Kanser Buah Pinggang

Oleh

enEnglish

Definisi

Apakah itu kanser buah pinggang?

Kanser buah pinggang ialah sejenis kanser yang berlaku pada organ buah pinggang. Buah pinggang anda merupakan organ yang berbentuk seperti kacang dan mempunyai saiz sebesar penumbuk tangan anda. Organ ini terletak di belakang organ abdominal, yang mana setiap buah pinggang itu terletak bersebelahan tulang belakang anda. Kekerapan berlakunya kanser buah pinggang semakin meningkat. Salah satu sebabnya ialah penggunaan teknik pengimbasan seperti Imbasan Tomografi Berkomputer (CT) kerap kali digunakan. Pemeriksaan ini mungkin menyebabkan penemuan kanser buah pinggang secara kebetulan semakin meningkat.

Berapakah kebarangkalian kanser buah pinggang?

Institut Kanser Negara Amerika Syarikat menganggarkan lebih daripada 61,000 kes baru kanser buah pinggang ditemui di Amerika Syarikat pada tahun 2015. Untuk orang dewasa, kanser buah pinggang yang paling kerap dijumpai ialah kanser sel buah pinggang carcinoma. Jenis-jenis kanser buah pinggang yang kurang diketahui juga boleh berlaku. Kanak-kanak lebih cenderung untuk mengidap sejenis kanser buah pinggang yang dikenali sebagai ketumbuhan Wilm’s. Sila berhubung dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom kanser buah pinggang?

Tanda-tanda dan simptom kanser buah pinggang adalah pelbagai bergantung kepada peringkat kanser itu ditemui. Kanser buah pinggang jarang menunjukkan simptom ketika di peringkat awal. Ketika kanser ini merebak, simptom-simptom yang berlaku ialah:

  • Sakit belakang yang berterusan, terutama di bahagian bawah tulang rusuk
  • Kencing berdarah
  • Sakit perut / abdominal
  • Ketulan di dalam abdomen
  • Kelesuan
  • Sakit di bahagian rusuk
  • Demam yang berpanjangan
  • Kurang berat badan
  • Sembelit
  • Kulit pucat
  • Tidak tahan kepada suhu yang sejuk
  • Masalah penglihatan
  • Keguguran rambut yang berlebihan bagi wanita

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda atau simptom yang dinyatakan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap manusia bertindak balas berbeza-beza. Seeloknya adalah berbincang dengan doktor anda untuk membuat keputusan yang terbaik.

Punca

Apakah penyebab kanser buah pinggang?

Sehingga kini, tiada kepastian berkenaan penyebab kanser buah pinggang. Para doktor mengetahui bahawa kanser buah pinggang bermula apabila sesetengah sel buah pinggang bermutasi di dalam DNA. Mutasi ini menyebabkan sel-sel membiak dan membesar dengan mendadak. Sel-sel yang terkumpul membentuk ketumbuhan yang membesar lebih daripada saiz asal buah pinggang. Sebahagian sel boleh membahagi dan tersebar (metastasis) kepada bahagian tubuh badan yang lain.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap kanser buah pinggang?

Terdapat banyak risiko yang menyebabkan kanser buah pinggang, termasuklah:

  • Usia yang tua
  • Lelaki
  • Perokok jangka masa panjang
  • Penghidap darah tinggi
  • Pesakit yang menjalani dialisis untuk jangka masa panjang disebabkan kerosakan buah pinggang
  • Kegemukan
  • Mempunyai buah pinggang berbentuk ladam kuda, merupakan kecacatan usia muda
  • Mempunyai penyakit buah pinggang polycystic kidney
  • Terdedah kepada bahan toksik di tempat kerja

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kanser buah pinggang didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mempunyai penyakit ini, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan pemeriksaan susulan akan dinasihatkan oleh doktor anda. Prosedur dan ujian-uijan yang digunakan untuk mendiagnosis kanser buah pinggang adalah:

Ujian air kencing dan darah:

Ujian air kencing dan darah anda akan memberi petunjuk kepada doktor anda berkenaan sebab-sebab terjadinya simptom ke atas diri anda

Ujian pengimbasan:

Ujian pengimbasan membolehkan doktor anda untuk melihat ketumbuhan atau sebarang perubahan abnormal pada buah pinggang. Ujian pengimbasan terdiri daripada ultrasonografi, pPngimbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) atau pengimejan magnetik resonans (MRI)

Pensampelan tisu buah pinggang (biopsi):

Di dalam sesetengah kes yang berlaku, dokor anda akan menasihatkan untuk melakukan prosedur mengambil sedikit sampel sel (biopsi) daripada kawasan buah pinggang yang dicurigai. Sampel ini akan diuji di dalam makmal untuk sebarang tanda-tanda kanser.

Sekiranya doktor anda mendapati buah pinggang anda mungkin mempunyai kanser buah pinggang, langkah seterusnya adalah untuk menentukan peringkat kanser ini. Proses mengesan tahap kanser ini terdiri daripada CT scan yang lebih terperinci ataupun teknik pengimbasan yang dirasakan sesuai oleh doktor anda.

Kemudian doktor anda akan menentukan nombor untuk mengetahui peringkat kanser anda.

Terdapat 4 peringkat utama di dalam kanser buah pinggan, di antaranya:

Peringkat pertama:

Pada peringkat ini, ketumbuhan boleh mencapai diameter sehingga 2 ¾ inci (7cm). Ketumbuhan ini terbatas di dalam buah pinggang.

Peringkat kedua:

Peringkat kedua kanser buah pinggang adalah lebih besar daripada peringkat pertama tetapi ia masih terbatas di dalam buah pinggang.

Peringkat ketiga:

Pada peringkat ini, ketumbuhan membesar melebihi tisu buah pinggang dan berkemungkinan untuk merebak ke nod limfa yang berdekatan.

Peringkat keempat:

Kanser telah merebak keluar daripada buah pinggang, ke nod limfa yang berlainan atau ke bahagian tubuh badan yang lain seperti tulang, hati dan paru-paru.

Bagaimanakah kanser buah pinggang dirawat?

Rawatan kanser buah pinggang memfokuskan kepada membuang ketumbuhan daripada tubuh badan. Ini adalah prosedur yang sering dilakukan di dalam pembedahan. Pembedahan boleh dijalankan secara radikal atau konservatif. Berikut merupakan rawatan-rawatan yang biasa disyorkan oleh doktor anda seperti:

Radical Nephrectomy

Radical nephrectomy ialah prosedur untuk membuang buah pinggang anda. Keseluruhan organ dibuang, bersama-sama sebahagian tisu di sekeliling dan nod limfa. Glan adrenal mungkin akan dibuang juga. Pembedahan ini dijalankan melalui hirisan yang besar ataupun melalui laparoskop.

Conservative Nephrectomy

Conservative Nephrectomy akan membuang ketumbuhan, nod limfa dan sebahagian tisu di sekeliling. Sebahagian daripada buah pinggan akan dibiarkan. Ini dikenali sebagai nephron-sparing nephrectomy. Sel-sel ketumbuhan akan dimatikan secara pembekuan yang dipanggil cryosurgery, atau radiofrequency ablation, yang mana prosedur ini akan membakar ketumbuhan tersebut.

Kanser buah pinggang yang metastasis

Kanser buah pinggang yang sudah metastasis tidak boleh dirawat secara pembedahan sahaja. Selepas ketumbuhan dibuang secukupnya dengan pembedahan, rawatan susulan adalah diperlukan. Ini terdiri daripada immunotherapy, targeted therapy, dan radiasi. Rawatan-rawatan ini mempunyai kesan sampingan.

Immunotherapy

Immunoitherapy menggunakan bahan kimia immunoactive sintetik yang ditemui di dalam tubuh badan. Interferon dan alsesleukin (proleukin) merupakan contoh-contoh ubat yang dignakan semasa immunotherapy.

Targeted drug

Targeted drugs adalah ubat yang dicipta untuk menghalang isyarat yang tidak normal yang ditemui di dalam sel kanser buah pinggang. Ubat-ubat ini akan menghentikan pembentukan salur darah yang baru yang membekalkan nutrisi kepada sel-sel kanser.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup ataupun rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani kanser buah pinggang?

Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh membantu mengelakkan kanser ini:

  • Tidak merokok
  • Mengamalkan diet yang seimbang
  • Menjaga berat badan yang sihat
  • Menjaga diri anda daripada terdedah kepada bahan toksik ketika berkerja
  • Menjaga tekanan darah

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Julai 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut