backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kanser Anus

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu kanser anus?

Kanser anus merupakan sejenis kanser yang dapat di terusan anus. Jenis kanser anus bergantung pada pelbagai jenis sel yang terdapat di situ. Kanser yang selalu terjadi di terusan anus adalah kanser epidermoid, adenokarsinoma, melanoma, karsinoma sel squamous, dan karsinoma verrukos.

Apakah kebarangkalian kanser anus?

Kanser anus jarang berlaku dan lebih cenderung berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Ia boleh terjadi kepada pesakit tidak mengira usia. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kanser anus?

Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang simptom berikut:

  • Berdarah
  • Gatal
  • Lelehan daripada anus
  • Sakit pada rektum atau anus atau rasa seperti terdapat gumpalan atau ketulan pada rektum juga boleh menjadi tanda atau simptom kepada kanser anus.

    Mungkin terdapat simptom atau tanda yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang tanda tersebut, sila berhubung dengan doktor anda.

    Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

    Hubungi doktor anda secepat mungkin sekiranya anda mempunyai simptom dan tanda-tanda dinyatakan di atas. Tubuh badan setiap orang bertindak balas berbeza. Selalu berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang terbaik untuk anda.

    Punca

    Apakah punca berlakunya kanser anus?

    Punca sebenar masih begum diketahui, tetapi sesuatu yang boleh menghasilkan mutasi genetik pada sel terusan anus. Mutasi ini mengubah sel yang sihat kepada sel kanser yang tidak normal.

    Faktor risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap kanser anus?

    Terdapat banyak faktor risiko kepada kanser anus, seperti:

    • Positif HIV
    • Meliwat
    • Banyak pasangan seksual
    • Ketuat pada anus kesan jangkitan papillomavirus manusia (HPV)

    Diagnosis dan rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakah kanser anus didiagnosis?

    Untuk mendiagnosis, doktor menggunakan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal termasuklah pemeriksaan rektum digit (DRE) dan anoskopi. Anoskopi menggunakan tiub pendek yang mempunyai lampu untuk melihat kawasan yang terjejas.

    Biopsi pada kawasan tersebut juga akan dilakukan. Semasa biopsi, secebis tisu diambil dan mikroskop akan digunakan untuk melihat kepada sel kanser pada tisu. Sekiranya sel kanser dijumpai dalam biopsi, ujian lain akan dijalankan seperti ultrasonografi untuk melihat tahap tumor dan tomografi berkomputer (CT) atau pengimejan magnetik resonans (MRI) untuk mengetahui sama ada kanser telah merebak atau tidak (pemeringkatan).

    Memeriksa peringkat tumor membantu doktor merancang pemilihan rawatan.                        

    Bagaimanakah kanser anus dirawat?

    Kanser anus selalunya boleh disembuhkan. Rawatan bergantung pada saiz tumor, kedalaman tumor, dan sama ada tumor telah merebak ke nod limfa di kawasan lipatan paha.

    Rawatan sebelum ini melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan tisu di sekelilingnya. Biasanya, beg kolostomi diperlukan.

    Masa kini, terapi radiasi, kemoterapi, dan pembedahan yang khusus membolehkan kebanyakan terusan anus boleh diselamatkan. Kebanyakan pesakit mempunyai fungsi anus yang bagus dengan menggunakan kombinasi rawatan ini.

    Sekumpulan doktor pakar akan terlibat seperti pakar onkologi (doktor yang memberi kemoterapi), pakar onkologi radiasi (doktor yang menggunakan rawatan radiasi), dan pakar bedah. Prognosis bergantung pada saiz tumor dan sejauh manakah ia merebak.

    Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani kanser anus?

    Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ini mungkin boleh membantu anda menangani kanser anus:

    • Ikut semua arahan doktor anda
    • Membuat pilihan gaya hidup sihat: makan diet yang sihat, bersenam, dan dapat tidur yang secukupnya
    • Mengamalkan hubungan seks yang selamat

    Rawatan kanser merupakan proses yang lama dan meletihkan. Anda harus memberitahu ahli keluarga dan kawan-kawan untuk mendapat sokongan ketika proses tersebut.

    Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan