Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Seriawan, atau juga dikenali sebagai kandidiasis mulut merupakan sejenis jangkitan kulat pada mulut. Ia tidak menular dan biasanya dirawat dengan ubat antikulat. Dalam keadaan ini, kulat Candida albicans didapati berkumpul pada lapisan mulut anda. Candida adalah organisma normal dalam mulut anda, tetapi kadang kala ia boleh menjadi terlalu banyak dan menyebabkan simptom.
Kandidiasis mulut ini sangat popular. Ia biasanya lebih melibatkan wanita berbanding lelaki. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Penyakit ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut..
Simptom umum kandidiasis mulut adalah:
Dalam kes-kes yang teruk, luka-luka ini boleh merebak ke dalam kerongkong anda yang merupakan suatu tiub panjang dan berotot dari mulut ke perut anda (Candida esofagitis). Apabila ini berlaku, anda mungkin mengalami kesukaran menelan atau merasakan seolah-olah makanan tersekat dalam kerongkong anda.
Pada mulanya, biasanya anda mungkin tidak dapat melihat tanda-tanda kandidiasis mulut. Bergantung pada punca penyakit, tanda-tanda dan simptom mungkin timbul perlahan-lahan atau secara tiba-tiba, dan ia mungkin berterusan selama beberapa hari, minggu atau bulan.
Sebagai tambahan kepada luka keputihan yang mudah dikenal pasti, jangkitan pada bayi mungkin menghasilkan masalah ketika makan, menjadi cerewet dan mudah marah. Mereka boleh menularkan jangkitan ke ibu mereka semasa menyusu. Jangkitan ini kemudiannya boleh berulang-ulang antara payudara ibu dan mulut bayi. Wanita yang payudaranya dijangkiti Candida mungkin mengalami tanda-tanda dan simptom yang berikut:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Biasanya, sistem imun anda akan berfungsi menangkis organisma berbahaya yang cuba menceroboh, seperti virus, bakteria dan kulat, sambil mengekalkan keseimbangan antara mikrob yang “baik’ dan “buruk’ yang biasanya menghuni tubuh anda. Walau bagaimanapun, kadang-kadang mekanisme perlindungan ini gagal, seterusnya meningkatkan jumlah kulat candida dan membolehkan jangkitan kandidiasis mulut terhasil.
Kandidiasis mulut dan jangkitan candida lain boleh berlaku apabila: sistem imun anda lemah akibat penyakit, disebabkan oleh ubat-ubatan seperti prednison, atau apabila antibiotik mengganggu keseimbangan semula jadi mikroorganisma dalam badan anda.
Penyakit dan keadaan berikut juga boleh membuat anda lebih mudah terdedah kepada jangkitan kandidiasis mulut:
Sebab-sebab lain termasuk:
Terdapat banyak faktor risiko untuk kandidiasis mulut, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor gigi anda boleh mendiagnosis kandidiasis dengan memeriksa mulut anda. Dia akan mencari sebarang tanda luka keputihan yang timbul di mulut, lidah, atau pipi. Dengan membersihkan luka-luka itu, ia akan mendedahkan kawasan yang kemerahan, sakit dan mungkin berdarah sedikit. Pemeriksaan mikroskopik tisu dari luka tersebut boleh mengesahkan diagnosis.
Kandidiasis yang merebak ke esofagus anda mungkin memerlukan ujian lain untuk membuat diagnosis. Ujian tersebut mungkin termasuk:
Kandidiasis mulut biasanya boleh dirawat dengan ubat-ubatan antikulat. Walaupun tablet atau kapsul kadang-kadang digunakan, ubat ini biasanya datang dalam bentuk gel atau cecair yang dipakai terus ke dalam mulut anda (ubat topikal). Perlu diambil perhatian bahawa ubat topikal biasanya perlu digunakan beberapa kali sehari selama 7 hingga 14 hari, dan tablet atau kapsul biasanya diambil sekali sehari. Walaupun sesetengahnya boleh menyebabkan rasa mual (rasa tidak sihat), muntah, kembung, sakit perut dan cirit-birit; ubat-ubatan ini biasanya tidak datang dengan kesan sampingan. Doktor gigi anda akan mengesyorkan pendekatan rawatan khusus yang direka untuk anda berdasarkan umur anda dan punca jangkitan.
Sekiranya antibiotik atau kortikosteroid dianggap menyebabkan kandidiasis mulut ini, ubat – atau cara pengambilannya – mungkin perlu diubah atau dosnya perlu dikurangkan.
Sebabnya ialah kehadiran jangkitan candida dapat menjadi tanda kepada masalah perubatan yang lain, maka doktor gigi anda mungkin menyarankan anda mendapatkan rawatan dari doktor perubatan, supaya masalah kesihatan yang menjadi punca sebenar dapat dirawat.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi kandidiasis mulut:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen