Apa itu Kaki Rata?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Kaki Rata?

Anda mengalami kaki rata apabila lengkungan kaki anda menjadi rata, dan menyebabkan keseluruhan tapak kaki menyentuh lantai semasa anda berdiri.

Apakah kebarangkalian Kaki Rata?

Keadaan ini agak lazim berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kaki Rata?

Kebanyakan individu yang mempunyai kaki rata tidak mengalami sebarang tanda atau simptom. Tetapi sesetengah individu mengalami sakit kaki, terutama di bahagian tumit atau bahagian lengkungan. Kesakitan menjadi semakin teruk semasa melakukan aktiviti. Bengkak pada bahagian buku lali juga mungkin berlaku.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Kaki berasa sakit walaupun memakai kasut yang menyokong dan sesuai dengan kaki.
  • Kasut menjadi haus dengan cepat.
  • Kaki menjadi semakin rata.
  • Kaki menjadi lemah, kebas atau kaku.

Punca

Apakah punca Kaki Rata?

Kaki rata adalah normal bagi bayi dan kanak-kanak kecil kerana lengkungan kaki belum lagi terbentuk. Kebanyakan lengkungan kaki terbentuk semasa zaman kanak-kanak tetapi sesetengah individu tidak mempunyai lengkungan. Ini adalah variasi normal dan individu tanpa lengkungan mungkin mempunyai masalah atau tiada masalah.

Sesetengah kanak-kanak mempunyai kaki rata yang fleksibel, di mana lengkungan dapat dilihat ketika mereka sedang duduk atau berjengket, tetapi hilang ketika kanak-kanak tersebut berdiri. Kebanyakan kanak-kanak mengatasi masalah kaki rata fleksibel tanpa masalah.

Lengkungan juga boleh menjadi rata dari semasa ke semasa. Haus dan lusuh selama bertahun-tahun boleh melemahkan tendon pada bahagian dalam buku lali dan tendon yang menyokong lengkungan anda.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kaki Rata?

Terdapat banyak faktor risiko kaki rata, antaranya ialah:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kaki Rata didiagnosis?

Untuk melihat mekanik kaki anda, doktor akan memeriksa kaki anda daripada bahagian hadapan dan belakang  serta meminta anda untuk berdiri. Doktor akan melihat pada paten kasut anda.

Ujian pengimejan

Jika anda mengalami kesakitan kaki melampau, doktor akan melakukan ujian berikut:

  • X-rays. X-ray mudah menggunakan jumlah radiasi kecil untuk menghasilkan imej tulang dan sendi pada kaki anda. Ia penting untuk mengesan arthritis.
  • Imbasan CT. ujian ini mengambil X-ray kaki anda daripada sudut berbeza dan menyediakan maklumat terperinci berbanding X-ray biasa.
  • Jika doktor mengesyaki berlaku kecederaan tendon, doktor akan melakukan ujian ini, menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej terperinci tisu lembut di dalam badan anda.
  • Penggunaan gelombang bunyi dan magnet kuat, MRI menyediakan maklumat terbaik bagi tisu lembut dan keras.

Bagaimana pesakit Kaki Rata dirawat?

Tiada rawatan diperlukan bagi kaki rata jika ia tidak menyebabkan kesakitan.

Terapi

Jika kaki rata anda berasa sakit. Doktor akan mengesyorkan:

  • Sokongan kaki (alatan ortotik). Sokongan kaki di luar kaunter membantu melegakan kesakitan akibat kaki rata, atau doktor mencadangkan sokongan kaki yang direka khas, dimana ia dilentur mengikut kontur kaki anda. Sokongan kaki tidak memulihkan kaki rata tetapi ia dapat mengurangkan simptom anda.
  • Senaman regangan. Sesetengah individu yang mengalami kaki rata mempunyai tendon Achilles pendek. Senaman untuk meregang tendon ini mungkin dapat membantu.
  • Kasut sokongan. Kasut yang direka khas lebih selesa berbanding sandal atau kasut yang mempunyai sokongan minimum.
  • Terapi fizikal. Kaki rata menyebabkan kecederaan akibat penggunaan berlebihan pada sesetengah pelari. Ahli terapi fizikal boleh melakukan analisis video tentang bagaimana anda berlari bagi memperbaiki bentuk dan teknik anda.

Pembedahan

Pembedahan tidak dilakukan semata-mata untuk membetulkan kaki rata. Tetapi, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk masalah berkaitan seperti tendon koyak.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kaki Rata?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kaki rata:

  • Elakkan aktiviti yang menyebabkan keadaan anda menjadi semakin teruk. Lakukan aktiviti kesan rendah seperti berjalan, berbasikal atau berenang berbanding melompat dan berlari.
  • Sokongan lengkungan kaki. Sokongan kaki di luar kaunter meningkatkan keselesaan anda.
  • Kurangkan berat badan. Turunkan berat badan dapat mengurangkan tekanan pada kaki anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda