Apa itu Juvenile Rheumatoid Arthritis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Juvenile Rheumatoid Arthritis?

Juvenile rheumatoid arthritis ialah sejenis masalah keradangan pada sendi yang melibatkan kanak-kanak. Juga dikenali sebagai “juvenile idiopathic arthritis” (JRA) dan “Still’s disease”.  JRA berbeza berbanding adult rheumatoid arthritis yang selalu melanda kepada orang dewasa.

Ia merupakan penyakit kronik dan boleh berlanjutan sehingga berbulan atau bertahun lamanya, tetapi sebanyak 75% kanak-kanak dapat melawannya. Tiada penawar yang wujud bagi JRA, tetapi dengan pengesanan awal, ubat yang bersesuaian, dan rawatan yang sempurna membantu meningkat kualiti hidup yang lebih baik. Ini kerana, JRA mengakibatkan seseorang itu sukar untuk melakukan kegiatan harian seperti menulis, berpakaian, dan membawa barang (melibatkan kawasan tangan dan pergelangan tangan), berjalan, bermain, dan berdiri (pinggul, lutut dan kaki); dan ketika memusingkan kepala kerana keradangan pada kawasan leher.

Apakah kebarangkalian Juvenile Rheumatoid Arthritis?

Juvenile rheumatoid arthritis berlaku lebih kerap kepada individu yang berumur bawah 17 tahun. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Juvenile Rheumatoid Arthritis?

Gejala JRA termasuklah sakit pada sendi dan kekejangan yang kebiasaannya akan memburuk ketika waktu pagi dan beransur elok pada hujung hari. Kanak-kanak bertahan dengan rasa sakit yang tidak terhingga pada sendi-sendi yang berhampiran dengan badan atau ketika bengkok. Ada tiga jenis JRA iaitu pauciarticular, polyarticular, dan sistemik.

JRA jenis Pauciarticular hanya memberikan kesan kepada beberapa sendi sahaja iaitu lutut, siku dan pergelangan kaki yang berlaku pada 50 % kanak-kanak terutamanya perempuan. Penyakit mata (keradangan, atau bengkak) juga turut terjadi. JRA Polyarticular pula mengakibatkan keradangan pada lebih banyak sendi yang lain dan lebih kurang 30% kanak-kanak perempuan dengan JRA jenis ini. Leher, lutut, pergelangan kaki, kaki, pergelangan tangan, dan tangan mereka akan terjejas dan mungkin mempunyai keradangan pada mata.

JRA Sistemik pula berlaku kepada 20% kanak-kanak, lelaki dan perempuan dengan jumlah yang sama rata. Biasanya gejala bermula dengan demam, ruam, perubahan pada sel darah, dan kesakitan sendi.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut:

  • Anak anda mempunyai kesan sampingan terhadap ubat-ubatan
  • Apabila ubat juga tidak dapat membantu, dan anda perlu mendapatkan rujukan ke fisioterapi atau pakar terapi fizikal dan carakerja.

Jika anda mempunyai tanda atau simptom seperti yang dinyatakan atau mempunyai soalan yang lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor. Setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza-beza.Jadi sangat tepat untuk berbincang dengan doktor apakah yang bersesuaian dengan situasi anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan juvenile rheumatoid arthritis?

JRA adalah masalah autoimmune yang menyebabkan sistem ketahanan badan menyerang diri sendiri tetapi punca sebenar JRA masih tidak diketahui. Faktor genetik dan persekitaran turut memyumbang kepada penyakit ini. JRA tidak boleh berjangkit bersama individu yang lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Juvenile Rheumatoid Arthritis?

Terdapat banyak faktor meningkatkan peluang JRA seperti:

  • Keturunan.
  • Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih cenderung mempunyai JRA berbanding lelaki.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Juvenile Rheumatoid Arthritis didiagnosis?

Gabungan antara ubat, terapi, senaman, pendidikan, yang konsisten untuk mencegah keletihan adalah yang terbaik. Doktor yang merawat keradangan sendi sepatutnya perlu menjaga anak anda. Ubat untuk keradangan termasuklah aubat anti-radang nonsteroid (NSAIDs). Ubat seperti methotrexate iaitu ubat pemulihan penyakit juga boleh dicuba. Senaman juga penting untuk pergerakkan sendi dan melatih kekuatan otot. Splints atau penyokong sendi boleh membantu merehatkan sendi yang sakit dan bengkak.

Bagaimana pesakit Juvenile Rheumatoid Arthritis dirawat?

Doktor akan mengambil maklumat rekod perubatan terdahulu dan melakukan pemeriksaan pada sendi yang terlibat, dan memerlukan ujian makmal dan X-ray. Ujian protein darah rheumatoid factor (RP) dan anti-nuclear anti-body (ANA) dapat membantu diagnosis ini. JRA jenis Sistematik agak sukar untuk didiagnos kerana keradangan mungkin tidak bermula dengan segera.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Juvenile Rheumatoid Arthritis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi juvenile rheumatoid arthritis:

  • Mendapatkan ubat untuk anak anda yang telah ditetapkan oleh doktor.
  • Menggalakkan bersenam.
  • Memberi galakkan kepada anak anda untuk menyertai pelbagai aktiviti seperti kanak-kanak lain, tetapi perlu menyelang-nyelikan aktiviti tersebut dengan rehat yang cukup.
  • Berbincang dengan pihak sekolah, guru atau penjaga anak anda dan tanyakan mengenai perkhidmatan yang mereka boleh tawarkan untuk membantu anak anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.