backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangkitan Sistem Pernafasan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu jangkitan sistem penafasan?

Jangkitan sistem pernafasan merujuk kepada sebarang penyakit berjangkit yang melibatkan saluran pernafasan. Jangkitan jenis ini biasanya diklasifikasikan sebagai jangkitan saluran pernafasan atas (URI atau URTI) atau jangkitan saluran pernafasan bawah (LRI atau LRTI). Jangkitan saluran pernafasan bawah biasanya lebih serius daripada jangkitan  pernafasan atas.

Jangkitan tipikal bagi saluran pernafasan atas termasuk tonsillitis, faringitis, laringitis, sinusitis, otitis media, jenis influenza tertentu, dan selesema biasa. Simptom URI termasuk batuk, sakit tekak, hidung berair, hidung tersumbat, sakit kepala, demam bersuhu rendah, sengal muka dan bersin.

LRI adalah penyebab utama kematian dalam kalangan semua penyakit berjangkit. Dua jenis LRI yang paling biasa adalah bronkitis dan pneumonia. Di samping itu, influenza boleh menjejaskan kedua-dua saluran pernafasan atas dan bawah, tetapi jenis yang lebih berbahaya seperti H5N1 lebih cenderung untuk menjejaskan reseptor yang terletak jauh di dalam paru-paru.

Apakah kebarangkalian jangkitan sistem pernafasan?

Wanita lebih cenderung untuk terkena jangkitan pada saluran pernafasan atas, khususnya sinusitis dan tonsilitis. Sebaliknya, lelaki lebih kerap dijangkiti oleh otitis media, batuk yang teruk (krup), dan yang paling penting, jangkitan saluran pernafasan bawah.

Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi jangkitan sistem pernafasan?

Apabila jangkitan sistem pernafasan menjejaskan hidung dan kerongkong, simptom kebiasaannya ringan dan menyerupai keadaan selesema biasa. Ia termasuk:

  • Batuk.
  • Hidung berair.
  • Sakit tekak.
  • Sakit telinga.
  • Demam, biasanya pada peringkat awal penyakit. Demam bersuhu tinggi tidak bermakna penyakit itu lebih teruk.

Bayi mungkin mengalami simptom tambahan, termasuk:

  • Kurang berminat dengan persekitaran mereka.
  • Ketidakseimbangan dan mengantuk.
  • Kerengsaan dan tidak tidur dengan baik. Selera makan berkurang. Apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi yang dilahirkan secara pramatang dan juga mempunyai sejarah apnea.

Pada kebiasanya, tidak penting untuk mengetahui apa yang menyebabkan simptom tersebut berlaku, kecuali jika anda atau anak anda mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi disebabkan oleh jangkitan sistem pernafasan.  Hal ini kerana, jangkitan pernafasan kadang-kadang membawa kepada bronkiolitis atau pneumonia atau kedua-duanya. Simptom komplikasi ini termasuk:

  • Kesukaran bernafas, yang mungkin mengakibatkan pernafasan menjadi lebih cepat daripada biasa.
  • Ketidakseimbangan dan mengantuk.
  • Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekik atau muntah akibat batuk yang teruk.
Letih, tidak berdaya, kurang berminat dengan persekitaran, atau kehilangan selera makan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal boleh menghentikan jangkitan pernafasan daripada menjadi semakin teruk, atau kecemasan perubatan lain. Jadi sila berhubung dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan serius ini.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan jangkitan sistem pernafasan?

Walaupun  punca sesetengah keadaan adalah tidak diketahui, beberapa punca telah dikenal pasti, termasuk:

  • Adenovirus: Adenovirus adalah sejenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan pernafasan. Adenovirus terdiri lebih daripada 50 jenis virus yang diketahui menyebabkan selesema, bronkitis, dan pneumonia
  • Pneumococcus: Pneumococcus adalah sejenis bakteria yang menyebabkan meningitis. Ia juga boleh mencetuskan penyakit pernafasan tertentu seperti radang paru-paru.
  • Rhinovirus: Rhinovirus adalah sumber selsema biasa. Selesema biasanya tidak menjadi rumit dalam kebanyakan kes. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sangat muda, tua dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, selsema tersebut boleh membawa kepada jangkitan pernafasan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko jangkitan sistem pernafasan?

Adalah hampir mustahil untuk mengelakkan virus dan bakteria, tetapi faktor risiko tertentu akan meningkatkan peluang anda untuk dijangkiti jangkitan pernafasan. Sistem imun kanak-kanak dan orang yang lebih tua sangat terdedah kepada virus. Kanak-kanak sangat berisiko kerana interaksi antara mereka dengan anak-anak lain yang boleh menjadi pembawa virus. Kanak-kanak sering tidak mencuci tangan mereka. Selain itu,  mereka menggosok mata dan meletakkan jari mereka ke dalam mulut, mengakibatkan penyebaran virus.

Orang yang mengalami masalah jantung atau masalah paru-paru lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pernafasan. Selain itu, sesiapa yang sistem imunnya lemah disebabkan oleh penyakit lain juga berisiko. Paling penting, perokok adalah berisiko tinggi dan selalunya mengalami masalah untuk pulih.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jangkitan sistem pernafasan didiagnosis?

Dalam peperiksaan sistem pernafasan, doktor memberi tumpuan kepada pernafasan pesakit. Mereka akan memeriksa cecair dan keradangan di dalam paru-paru dengan mendengar bunyi nafas anda dalam paru-paru. Doktor juga akan memeriksa hidung dan  tekak anda. Untuk rawatan awal, ubat-ubatan di farmasi boleh membantu mengurangkan simptom sementara jangkitan virus berlaku. Walau bagaimanapun, jika jangkitan itu sudah merebak, imbasan X-ray atau CT mungkin diperlukan untuk memeriksa keadaan paru-paru.Ujian fungsi paru-paru amat berguna sebagai alat diagnostik. Pulse oximetry (Pulse ox), juga dikenali sebagai denyut nadi, boleh memeriksa kandungan oksigen yang masuk ke dalam paru-paru. Doktor juga mungkin  memerlukan sampel kahak (bahan yang terbatuk dari paru-paru) untuk memeriksa jenis virus yang menyebabkan penyakit ini.

Bagaimana jangkitan sistem pernafasan dirawat?

Dengan kewujudan banyak virus, tiada lagi ubat yang diketahui. Doktor anda mungkin memberi ubat untuk mengurangkan simptom anda di samping memantau keadaan anda. Jika jangkitan virus menghasilkan jangkitan sekunder yang disebabkan oleh bakteria, ujian akan membantu doktor menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk digunakan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas jangkitan sistem pernafasan?

Pengubatan sampingan ini boleh membantu anda mengurangkan risiko jangkitan pernafasan, termasuk:

  • Basuh tangan anda dengan kerap, terutamanya selepas anda pergi ke tempat awam.
  • Sentiasa bersin ke dalam lengan baju atau tisu. Walaupun ini mungkin tidak meringankan simptom tersebut, ia akan menghalang anda daripada menyebarkan penyakit berjangkit.
  • Elakkan menyentuh wajah anda, terutamanya mata dan mulut anda, untuk mencegah kemasukan kuman ke dalam sistem.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan