backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangkitan saluran pernafasan (RTI)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 09/11/2021

Definisi

Apa itu Jangkitan saluran pernafasan (RTI)?

Saluran pernafasan terbahagi kepada saluran udara atas dan bawah. Saluran udara atas atau saluran pernafasan atas termasuk laluan hidung, sinus paranasal, faring dan bahagian laring di atas kord vokal. Saluran udara bawah atau saluran pernafasan bawah pula termasuk bahagian larinks di bawah kord vokal, trakea, bronkus dan bronkiol. Paru-paru boleh dikategorikan sebagai saluran pernafasan bawah atau sebagai entiti asing dan termasuk bronkiol pernafasan, saluran alveolar, kantung alveolar dan alveolar.

Jangkitan saluran pernafasan (respiratory tract infection, RTI) ialah mana-mana jangkitan virus atau bakteria yang berlaku di saluran udara atas dan bawah. Secara normalnya, ia terbahagi kepada 2 kategori:

  • Jangkitan saluran pernafasan atas – melibatkan hidung, sinus dan tekak.
  • Jangkitan saluran pernafasan bawah – melibatkan saluran udara dan paru-paru.

Apakah kebarangkalian Jangkitan saluran pernafasan (RTI)?

Ia adalah kerap berlaku dan ia dikatakan sebagai salah satu sebab utama orang pergi ke farmasi. Ia paling kerap berlaku kepada kanak-kanak. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan saluran pernafasan (RTI)?

Simptom kebiasaannya bermula 2 ke 3 hari selepas jangkitan dan kekal selama 2 ke 14 hari. Kebanyakannya berlaku di hidung, tekak dan telinga termasuk sakit tekak, batuk kering, demam rendah, mata berair, suara serak, lendir pekat dan hidung tersumbat dan berair. Bersin, sakit kepala, hilang selera dan penat adalah simptom yang lain.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Ada haru berjumpa doktor jika anda mengalami mana-mana dari keadaan berikut:

  • Simptom menunjukkan anda mungkin menghidapi pneumonia – contohnya jika anda batuk lendir dan kahak berdarah
  • Anda mengalami kondisi jantung, paru-paru, hati atau buah pinggang yang telah sedia ada
  • Anda mengalami keaddan paru-paru jangka masa panjang seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau asma.
  • Anda mengalami keadaan yang mengesani sistem saraf seperti multiple sclerosis
  • Anda mengalami cystic fibrosis atau bronkiektasis
  • Anda mempunyai sistem imun yang lemah
  • Batuk anda kekal melebihi 3 minggu, hilang berat, sakit dada atau ketumbuhan di tengkuk.
  • Adalah disyorkan untuk anda berjumpa doktor jika anda berumur lebih 65 tahun dan mengalami batuk serta 2 atau lebih faktor yang disenaraikan di atas, atau anda berumur lebih 80 tahun dan mengalami batuk serta satu dari faktor berikut:

    • Anda pernah ditahan di hospital bila-bila sepanjang tahun yang lalu
    • Anda menghidapi diabetes jenis 1 atau 2
    • Anda mempunyai sejarah kegagalan jantung
    • Anda sedang mengambil jenis ubat steroid yang dikenali sebagai glukokortikoid oral – contohnya prednisolone.

    Punca

    Apakah punca Jangkitan saluran pernafasan (RTI)?

    Terdapat lebih 200 virus dan bakteria yang terkait dengan RTI. Ia boleh tersebar melalui beberapa cara. Jika anda mengalami jangkitan seperti demam, titisan kecil cecair mengandungi virus demam dilepaskan di udara apabila anda bersin atau batuk. Jika ia disedut oleh seseorang, dia mungkin akan dijangkiti.

    Jangkitan juga boleh tersebar melalui sentuhan tidak langsung. Contohnya, jika anda demam dan anda menyentuh hidung atau mata sebelum menyentuh satu objek atau permukaan, virus tersebut boleh dipindahkan ke orang lain apabila mereka mententuh objek atau permukaan tersebut.

    Cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran jangkitan ialah dengan mengamalkan penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan secara berkala menggunakan sabun dan air suam.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan saluran pernafasan (RTI)?

    Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

    • Sistem imun yang lemah akan mengurangkan kemampuan badan untuk melawan demam atau jangkitan bakteria.
    • Terdedah kepada sumber jangkitan.
    • Cara hidup dan diet yang tidak sihat.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Jangkitan saluran pernafasan (RTI) didiagnosis?

    Berjumpa doktor tidak diperlukan bagi jangkitan yang ringan. Simptom-simptom yang teruk atau lebih dari seminggu mungkin memerlukan kepada ujian untuk memeriksa jangkitan strep, jangkitan sinus atau pneumonia.

    Bagaimana pesakit Jangkitan saluran pernafasan (RTI) dirawat?

    Untuk demam biasa, hanya simptom akan dirawat dengan mendapatkan rehat yang cukup, cecair (air, jus buah, teh, minuman berkabonat), berkumur air garam dan menggunakan acetaminophen untuk sakit kepala atau demam. Makan seperti biasa.

    Ubat demam melalui kaunter (dekongesti, penghilang batuk, acetaminophen dan NSAID) boleh menghilangkan simptomnya tapi tidak boleh mencegah, merawat atau memendekkan tempoh demam. Kebanyakannya juga mempunyai kesan sampingan. Anti-histamin melalui kaunter boleh membantu hidung dan mata berair.

    Kadangkala, seseorang mungkin mendapat jangkitan bakteria selepas demam yang memerlukan doktor untuk menggunakan antibiotik untuk merawatnya.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan saluran pernafasan (RTI)?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi jangkitan saluran pernafasan:

    • Titisan air garam boleh membantu hidung tersumbat.
    • Gunakan picagari mentol getah untuk membersihkan hidung tersumbat bagi kanak-kanak. Cairkan rembesan hidung yang likat dengan titisan campuran air garam.
    • Sila fahami bahawa cuaca sejuk tidak berkemungkinan terkait dengan peluang anda mendapat demam atau jangkitan lain.
    • Membasuh tangan dengan kerap mengurangkan peluang mendapat jangkitan.
    • Ikut diet yang sihat dan seimbang dengan buah-buahan sitrus dan sumber vitamin yang lain kerana ia boleh merangsang sistem imun anda.
    • Belajar tetang penggunaan antibiotik. Ia tidak digunakan untuk demam biasa kerana antibiotik tidak membunuh virus. Jika doktor anda memperskrip antibiotik untuk jangkitan bakteria, sila patuhi arahan dengan teliti.
    • Sila hubungi doktor jika anda mengalami simptom jangkitan bakteria sekunder.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 09/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan