Apa itu Jangkitan pundi kencing?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Jangkitan pundi kencing?

Jangkitan pundi kencing (radang pundi kencing) ialah jangkitan saluran kencing akut disebabkan oleh bakteria di dalam pundi kencing. Dalam sesetengah kes, keadaan ini boleh terjadi semula dalam tempoh masa yang panjang. Radang pundi kencing ini mungkin juga adalah tindakbalas kepada beberapa jenis ubat, terapi radiasi atau bahan yang boleh menyebabkan radang atau komplikasi daripada penyakit lain.

Rawatan yang sesuai boleh membantu untuk meredakan komplikasi jangkitan pundi kencing ini. Simptom yang paling serius ialah jangkitan pada buah pinggang. Rawatan yang biasa diberikan ialah antibiotik. Rawatan untuk jenis radang pundi jenis yang lain bergantung kepada penyebabnya.

Apakah kebarangkalian Jangkitan pundi kencing?

Jangkitan pundi kencing sangat biasa terjadi. Penyakit ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Lebih daripada 50% wanita terkena jangkitan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia menjejaskan individu pada setiap peringkat usia. Dalam kalangan lelaki, risiko untuk mendapat jangkitan ini meningkat dengan bertambahnya usia. Ia dapat diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. SIla berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan pundi kencing?

Symptom yang paling biasa berlaku ialah:

  •   Air kencing berbau atau keruh atau berdarah;
  •   Membuang air kecil dengan lebih kerap daripada biasa, dalam kuantiti yang sedikit;
  •   Sakit atau berasa pedih ketika membuang air kecil;
  •   Kerap berasa ingin kencing yang dipanggil sebagai terdesak untuk kencing (urgency);
  •   Kejang atau berasa tekanan di bahagian bawah abdomen atau bawah bahagian belakang;
  •   Sakit belakang dikedua-dua belah badan atau ditengah bahagian belakang;
  •   Terkencing tanpa sengaja di siang hari dalam kalangan kanak-kanak.

Terdapat beberapa symptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan symptom penyakit ini, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami tanda berikut:

  • Sakit belakang atau di bahagian sisi;
  • Demam atau menggigil;
  • Loya dan muntah;
  • Kerap kencing atau sakit semasa kencing;
  • Kencing berdarah;
  • Terkencing tanpa sengaja disiang hari dalam kalangan kanak-kanak.

Punca

Apakah Punca Jangkitan pundi kencing?

Terdapat banyak punca kepada jangkitan pundi kencing:

Jangkitan bakteria:

Jangkitan bakteria adalah punca paling lazim yang menyebabkan jangkitan pundi kencing. Ia berlaku apabila bakteria melekat pada dinding pundi kencing dan membiak, berlawanan dengan keadaan normal dimana bakteria ini disingkirkan ketika membuang air kecil. Jenis bakteria paling lazim penyebab kepada jangkitan ini ialah  Escherichia coli (E. coli) yang secara semulajadinya wujud di dalam usus besar. Apabila seseorang individu mempunyaibekateria ini di dalam badan dan tidak disingkirkan semasa membuang air kecil, jangkitan akan mula berlaku.

Terdapat juga bakteria jenis lain yang menjadi punca kepada jangkitan pundi kencing seperti Chlamydia Mycoplasma. Bakteria jenis ini merebak melalui hubungan seksual bersama orang yang mendapat jangkitan Chlamydia Mycoplasma.

Jangkitan pundi kencing tidak berjangkit:

Terdapat beberapa perkara lain penyebab jangkitan pundi kencing termasuk:

  •  Radang pundi kencing interstitial.
  •  Ubat penyebab radang: sesetengah ubat, terutamanya ubat kimoterapi seperti
    cyclophosphamide dan ifosfamide boleh menyebabkan radang pada pundi kencing anda.
  •  Radang akibat radiasi terutama rawatan radiasi dikawasan pelvis.
  •  Penggunaan catheter.
  •  Radang pundi kencing akibat barang kimia seperti mandian berbuih, spray pembersih
    wanita atau gel pembunuh sperma (spermicide)
  •  Radang pundi kencing bersama dengan keadaan lain. Radang ini juga dikenali sebagai
    komplikasi kepada masalah kesihatan lain seperti kencing manis, batu karang dalam buah
    pinggang, prostat membesar atau kecederaan pada urat saraf.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan pundi kencing?

Terdapat banyak factor-faktor risiko untuk jangkitan pundi kencing ini. Contohnya:

  • Jantina: banyak berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
  • Umur: risiko untuk mendapat jangkitan ini seiring dengan peningkatan usia.
  • Tidak bergerak
  • Membuat hubungan seks
  • Penggunaan perancang kehamilan.
  • Sudah putus haid
  • Batu karang dalam buah pinggang
  • Prostat membesar
  • Menhidap kencing manis, jangkitan HIV dan mendapat rawatan untuk kanser
  • Menggunakan catheter untuk jangka masa yang panjang
  • Dalam kalangan lelaki, sebarang masalah kesihatan, radang pundi kencing jarang berlaku.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jangkitan pundi kencing didiagnosis?

Jangkitan pundi kencing boleh didiagnos dengan:

  • Analisis air kencing;
  • Cystoscopy;
  • Imbasan imej (X-ray, CT scan)

Bagaimana pesakit Jangkitan pundi kencing dirawat?

Jangkitan pundi kencing boleh dirawat bergantung kepada punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku:

Merawat jangkitan pundi kencing yang disebabkan oleh bakteria:

Antibiotik adalah ubat pertama yang digunakan untuk merawat jangkitan pundi kencing disebabkan oleh bakteria. Berundinglah dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

  • Jangkitan kali pertama: pesakit disarankan untuk mengambil antibiotik untuk tiga hari dalam seminggu walaupun simptom-simptomnya semakin baik dalam masa sehari.
  • Jangkitan berulang: antibiotic boleh dipreskrip untuk tempoh masa yang panjang.
  • Jangkitan daripada hospital: rawatan yang paling mencabar kerana berlaku pertentangan terhadap antibiotik.
  • Untuk wanita yang sudah putus haid, krim estrogen untuk vagina boleh digunakan.

Merawat jangkitan pundi kencing disebabkan oleh punca lain bergantung kepada gejala penyakit tersebut:

Untuk jangkitan interstitial, tujuan rawatan adalah untuk melegakan tanda dan simptom seperti:

  •  Ubatan yang diambil secara oral atau dimasukkan secara terus ke dalam pundi kencing.
  •  Regangan pundi dengan air dan gas (bladder distention) atau pembedahan;
  •  Rangsangan saraf.
  •  Radang pundi kencing akibat bahan kimia : elak daripada menggunakan barangan
    tersebut  untuk melegakan simptom dan menhalanag episod radang pundi kencing.
  •  Radang pundi akibat radiasi dan akibat ubat-ubatan: gunakan ubat-ubatan untuk
    melegakan simptom atau banyak minum air untuk menyingkirkan bahan-bahan yang
    boleh menyebabkan radang pundi kencing.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan pundi kencing?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda untuk mengatasi jangkitan pundi kencing. Ianya termasuklah:

  • Hydrasi: banyak minum air. Berundinglah dengan doktor anda untuk mengetahui kuantiti air yang bersesuain dengan keadaan kesihatan anda.
  • Kencing bila perlu.
  • Lap dari bahagan depan ke belakang selepas membuang air kecil untuk wanita.
  • Elak daripada menggunakan pancutan, spray pembersih wanita atau serbuk pada bahagian sulit.
  • Mandi dengan pancutan berbanding mandi dengan rendaman (tab mandi)
  • Memakai pakaian dalam diperbuat daripada kapas dan pakaian yang longgar dan menukar pakaian dalaman setiap hari.
  • Memakai pad berbanding tampon ketika menstruasi.
  • Elak daripada menggunakan diafragma atau ubat pembunuh sperma (spermaticide) dan tukar bentuk bahan perancang kehamilan.
  • Gunakan kondom yang dilincirkan dengan ubat yang tidak membunuh sperma (non-spermaticide).
  • Membuang ar kecil sebelum dan selepas hubungan seksual.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2019

Rujukan