Apa itu Jangkitan Pospartum?

Oleh

Definisi

Apa itu Jangkitan Pospartum?

Jangkitan Postpartum termasuk sebarang jangkitan yang berlaku selepas bersalin secara vagina atau caesar mahupun semasa menyusu badan. Selain trauma yang berterusan semasa prosedur bersalin atau caesar, perubahan fisiologi semasa kehamilan menyumbang kepada perkembangan jangkitan Postpartum.

Kesakitan biasa yang dirasakan ramai wanita dalam tempoh awal Postpartum turut sukar untuk membezakan jangkitan pPstpartum daripada kesakitan selepas bersalin. Beberapa jangkitan biasa termasuk:

  • Endometritis adalah jangkitan endometrium (lapisan rahim)
  • Mastitis, jangkitan payudara
  • Jangkitan pada insisi
  • Jangkitan saluran air kencing

Apakah kebarangkalian Jangkitan Pospartum?

Dalam satu kajian, 94% kes jangkitan Postpartum telah didiagnos selepas keluar dari hospital. Jangkitan ini berlaku lebih kerap di kawasan yang pengamalannya tidak bersih atau penjagaan kesihatan yang berkualiti rendah.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan Pospartum?

Banyak jangkitan berlaku apabila pesakit mengadu mengalami demam, kedinginan atau rasa tidak sihat secara keseluruhan mahupun ketidakselesaan. Tanda dan simptom lain termasuk:

  • Sakit abdomen bawah, demam gred-rendah atau lokia berbau busuk (tanda-tanda endometritis)
  • Bahagian (biasanya pada satu payudara sahaja) yang tersangat sakit, keras, panas dan demam, kedinginan, sakit otot, kelesuan mahupun sakit kepala (tanda-tanda mastitis)
  • Kemerahan, discaj, bengkak, kepanasan atau menambah nyeri atau sakit sekitar tempat insisi atau luka (sama ada ia insisi c- section, episiotomi atau luka) atau insisi yang dilihat seperti nak berpisah.
  • Kesukaran untuk kencing, kencing yang menyakitkan, anda rasa perlu untuk kencing selalu dan secara segera namun, sedikit atau tiada yang keluar, atau air kencing keruh atau berdarah (tanda-tanda jangkitan saluran air kencing)

Bila saya harus berjumpa doktor?

Pesakit Postpartum kerap keluar hospital dalam masa beberapa hari selepas kelahiran. Tempoh pemerhatian yang singkat mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuktikan jangkitan sebelum keluar dari hospital.

Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan jangkitan Postpartum daripada menjadi bertambah buruk dan mencegah kecemasan perubatan lain. Jadi, sila berhubung dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan serius ini.

Punca

Apakah punca Jangkitan Pospartum?

Jangkitan postpartum kurang berlaku sejak pengenalan antiseptik dan penisilin. Walau bagaimanapun, sesetengah flora kulit seperti Streptococcus atau Staphylococcus dan bakteria lain masih menimbulkan jangkitan. Hal ini berkembang dalam persekitaran yang panas dan lembap.

Jangkitan postpartum sering bermula dalam rahim selepas bersalin. Rahim boleh dijangkiti sekiranya kantung amniotik telah dijangkiti.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan Pospartum?

Berdasarkan kaedah yang digunakan untuk melahirkan bayi anda, risiko anda untuk mendapat jangkitan selepas bersalin adalah berbeza. Peluang untuk anda dijangkiti suatu jangkitan adalah:

  • 1 hingga 3% jika bersalin biasa melalui faraj
  • 5 hingga 15% jika bersalin secara caesar yang dijadualkan sebelum mula bersalin.
  • 15 hingga 20% jika bersalin bukan secara caesar yang dijadualkan selepas mula bersalin.

Terdapat beberapa faktor tambahan yang mungkin membuatkan wanita lebih berisiko untuk mendapat jangkitan, termasuk:

  • Anemia.
  • Obesiti.
  • Vaginosis bakteria, jangkitan seksual.
  • Banyak kali pemeriksaan vagina semasa bersalin.
  • Memantau janin secara dalaman.
  • Bersalin lama.
  • Kelewatan antara pecah kantung amnion dan bersalin.
  • Penjajahan saluran faraj dengan bakteria streptococcus Kumpulan B.
  • Mempunyai sisa plasenta dalam rahim selepas bersalin.
  • Pendarahan yang berlebihan selepas bersalin
  • Usia muda.
  • Kumpulan sosioekonomi rendah

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jangkitan Pospartum didiagnosis?

Melalui beberapa pemeriksaan fizikal, jangkitan postpartum boleh didiagnos oleh doktor anda. Doktor akan mengambil sampel air kencing atau darah untuk menguji bakteria atau menggunakan kapas kesat bagi mengambil kultur rahim anda untuk mengesan jangkitan postpartum.

Bagaimana pesakit Jangkitan Pospartum dirawat?

Oleh kerana jangkitan yang tidak dirawat dengan cepat boleh menjadi serius, adalah penting untuk memaklumkan kepada doktor secepat mungkin jika anda mengalami demam atau mana-mana simptom lain yang dinyatakan di atas.

Anda akan diberikan antibiotik untuk merawat jangkitan. Pastikan doktor anda maklum sekiranya anda menyusu badan. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi ubatan yang akan diberi. Antibiotik oral biasanya cukup, tetapi dalam beberapa situasi yang serius anda mungkin memerlukan antibiotik intravena dan mungkin rawatan lain. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami luka yang dijangkiti, ia mungkin perlu dibuka secara pembedahan dan dialirkan.

Anda mungkin akan mula beransur pulih dalam masa beberapa hari selepas mengambil antibiotik. Tetapi sangat penting untuk anda mengambil ubatan secara penuh, walaupun simptom anda mulai hilang. Rujuk doktor anda tentang berapa lama masa yang perlu diambil untuk ubatan tersebut mula berfungsi. Pastikan anda memaklumkan pada doktor jika ubatan tadi dilihat tidak membantu dalam tempoh masanya. Anda mungkin perlu beralih kepada ubat lain, atau mungkin perkara lain yang akan berlaku.

Jangan lupa minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan berehat seboleh mungkin untuk membantu tubuh anda melawan jangkitan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan Pospartum?

Terdapat beberapa kaedah pengubatan sampingan yang dianggap untuk mencegah jangkitan Postpartum:

  • Mengambil mandian antiseptik pada waktu pagi pembedahan.
  • Menyingkirkan bulu kemaluan dengan gunting daripada pisau cukur.
  • Menggunakan klorheksidina-alkohol untuk menyediakan kulit.
  • Mengambil antibiotik spectrum-dilanjutkan sebelum pembedahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 18, 2018

Rujukan