Apa itu Jangkitan Kutu?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Jangkitan Kutu?

Kutu adalah parasit kecil tidak bersayap yang menghisap darah.  Kutu senang merebak pada tubuh dan pakaian serta menyebabkan dermatitis (kemerah-merahan, kegatalan, bengkak). Kutu terbahagi kepada 3 kategori:

  • Kutu kepala: Dijumpai pada kulit kepala. Anda mungkin menemuinya pada leher atau sekeliling telinga.
  • Kutu badan: Dijumpai pada badan. Ia boleh dijangkiti melalui pakaian, katil dan akan pergi ke kulit untuk menghisap darah. Ia sering didapati pada orang yang tidak boleh mandi dengan kerap seperti gelandangan.
  • Kutu pubik: Dijumpai pada kulit dan rambut di bahagian kemaluan. Kadangkala ia akan merebak kepada bulu di badan seperti bulu dada, bulu kening atau bulu mata.

Apakah kebarangkalian Jangkitan Kutu?

Jangkitan kutu sering dialami kanak-kanak. Anda boleh menghadkan risiko mendapat jangkitan tersebut dengan mengelakkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan Kutu?

Beberapa tanda dan simptom disebabkan kutu termasuklah:

  • Gatal-gatal yang teruk
  • Rasa geli pada rambut
  • Benjolan merah kecil di kulit kepala, leher dan bahu
  • Sakit kulit kepala
  • Kutu kelihatan pada kulit kepala, badan dan pakaian. Orang dewasa mungkin memiliki kutu sebesar saiz biji bijan atau lebih daripada itu.
  • Kutu bertelur pada dasar akar rambut. Ia mungkin kelihatan seperti kelemumur tetapi perbezaannya ialah ia tidak boleh disikat daripada rambut.

Terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang mana-mana simptom, sila rujuk kepada doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Kebiasaannya kutu boleh dibuang dengan langkah penjagaan sendiri dan rawatan di rumah seperti syampu berubat.

Bagaimanapun, jumpa doktor jika:

  • Rawatan di rumah gagal membunuh kutu tersebut. Doktor mungkin akan menyarankan ubat yang lebih kuat
  • Anda sedang hamil. Anda patut mengelakkan syampu berubat hinggalah anda mendapat konsultasi doktor
  • Anda mendapat jangkitan ruam atau kulit melecet kerana digaru

Punca

Apakah Punca Jangkitan Kutu?

Punca utama jangkitan kutu ialah berhubung dengan orang yang telah dijangkiti. Telur kutu kebiasaannya menetas dalam 1 ke 2 minggu. Kutu sering merebak melalui:

  • Bersentuhan terus. Ini boleh berlaku melalui perhubungan dengan jarak dekat, kebiasaannya pada kanak-kanak yang ke sekolah dan antara ahli keluarga. Ia boleh berlaku sama ada kepala ke kepala atau badan ke badan.
  • Berkongsi barang antara keluarga atau kawan. Ini termasuklah berus, sikat rambut, pakaian atau topi dengan orang yang memiliki kutu.
  • Barangan diri. Baju atau bantal yang dipenuhi kutu boleh mencemarkan perabot atau bantal lain dalam jarak dekat.
  • Bersentuhan dengan perabot yang tercemar. Ini boleh berlaku dengan perkongsian katil, sofa, atau kerusi.
  • Hubungan seksual. Kutu boleh merebak dengan hubungan seksual.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan Kutu?

Terdapat banyak faktor risiko bagi jangkitan kutu, termasuklah:

  • Pelajar di sekolah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berjangkit
  • Hubungan kelamin dengan pasangan yang telah dijangkiti
  • Jika anda tidak mandi dengan kerap
  • Jika anda tidak membasuh baju dengan kerap
  • Jika anda tidak membasuh cadar katil

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jangkitan Kutu didiagnosis?

Doktor anda akan menyemak rekod kesihatan anda melakukan pemeriksaan, terutamanya pada bahagian kulit kepala dan menggunakan kanta pembesar. Doktor anda akan mencari telur kutu pada setiap bahagian badan anda.

Bagaimana pesakit Jangkitan Kutu dirawat?

Anda boleh merawat kutu menggunakan krim, losen atau syampu berubat. Sesetengah daripadanya termasuklah permethrin (Nix®, Elimite®), pyrethrins (Rin®, R and C®, A-200®) dan lindane (Kwell®). Rawatan selalunya untuk tempoh 7 hari. Anda mungkin akan perlu mengulang rawatan jika kutu kembali lagi.

Anda mungkin memerlukan sikat khas atau penyepit kecil untuk membuang kutu daripada kulit kepala. Anda juga boleh menggunakan kanta pembesar untuk membantu anda melihat dengan jelas. Anda juga perlu memeriksa bulu mata jika terdapat kutu atau telur kutu.

Pastikan telur kutu telah dibuang daripada pakaian, kelengkapan dandanan diri, cadar dan sarung tilam/bantal serta perabot. Anda boleh membersihkannya dalam air panas dengan bahan penyahjangkit/disinfektan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan Kutu?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani kutu:

  • Maklumkan pada doktor jika anda mengandung
  • Periksa seluruh ahli keluarga untuk mengelakkan jangkitan kutu
  • Hubungi doktor anda jika simptom tidak bertambah baik selepas seminggu
  • Elakkan syampu kutu terkena mata
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah, tadika atau tapak perkhemahan sehingga dibenarkan doktor
  • Basuh pakaian, sarung bantal dan tilam, mainan kain dan fabrik perabot dalam air panas  55°C selama 20 minit dan keringkan dengan pengering panas. Bagi pakaian yang tidak boleh dibasuh, letakkan dalam beg plastik tertutup selama 2 minggu sebelum melakukan cucian kering
  • Bersihkan rumah.
  • Rendam sikat dan berus selama lebih kurang sejam dalam syampu anti kutu, bahan penyahjangkit, air panas atau pencuci luka antiseptik yang mempunyai alkohol.
  • Hubungi doktor anda jika ahli keluarga atau pasangan anda mempunyai simptom kutu atau simptom kembali setelah rawatan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.