Apa itu Jangkitan kuman pada saluran kencing?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Jangkitan kuman pada saluran kencing?

Jangkitan saluran kencing berlaku apabila wujudnya bakteria di dalam mana-mana organ saluran kencing. Saluran kencing terdiri daripada organ penghasilan, penyimpanan dan perkumuhan merangkumi buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra. Pundi kencing dan urethra ialah antara organ yang paling kerap mendapat jangkitan.

Apakah kebarangkalian Jangkitan kuman pada saluran kencing?

Penyakit ini boleh terjadi kepada semua individu tidak mengira umur dan jantina tetapi wanita  mempunyai peratusan tinggi untuk mendapat penyakit ini berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan cenderung untuk mendapat jangkitan.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan kuman pada saluran kencing?

Simpton biasa termasuk kerap kencing, sakit semasa kencing, aliran air kencing  tidak terkawal, air kencing keruh atau berbau, nanah atau kencing berdarah. Pesakit terutama sekali wanita akan berasa sakit dibahagian pubis. Simptom yang lain akan berlaku bergantung kepada organ saluran kencing yang dijangkiti.

  • Jika buah pinggang djangkiti kuman, pesakit akan mengalami demam, loya, muntah, menggigil atau sakit belakang.
  • Jika pundi kencing dijangkiti, pseakit akan berasa tekanan dihadapan pelvis (abdomen bahagian bawah), kerap kencing dan kencing berdarah.
  • Jika urethra dijangkiti, pesakit akan berasa sakit semasa kencing dan akan mengeluarkan cecair daripada urethra.

Terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor anda apabila berlaku sebarang gejala berkaitan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda menyedari mana-mana gejala seperti yang dinyatakan di atas, terutamanya semasa kencing. Hubungi doktor anda jika demam berlarutan selepas 48 jam mengambil antibiotik atau gejala berlaku semula selepas mengambil ubat-ubatan.

Punca

Apakah Punca Jangkitan kuman pada saluran kencing?

Punca paling utama ialah bakteria Escherichia coli (E.coli) yang ditemui di dalam usus. Walaupun begitu, kuman lain juga boleh menjadi punca kepada penyakit ini. Apabila kuman ini berada di permukaan kulit atau berhampiran lubang dubur, kuman ini akan berpindah ke saluran kencing dan ke bahagian-bahagian lain. Risiko untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi dalam kalangan wanita adalah kerana jarak antara saluran kencing dan dubur pendek berbanding lelaki.

Bakteria juga boleh berpindah ke dalam saluran kencing melalui catheter yang digunakan untuk tujuan perubatan, batu karang atau kecacatan sejak lahir yang menyebabkan saluran kencing tersumbat atau selepas melakukan hubungan seks.

Jangkitan kuman pada saluran kencing juga adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian lain kepada buah pinggang. Penyakit ini tidak berjangkit tetapi pesakit akan berasa sakit jika melakukan hubungan seks dan perkara ini perlu dielakkan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan kuman pada saluran kencing?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk penyakit ini. Sebagai contoh:

  • Jantina: urethra wanita lebih pendek berbanding lelaki dan ini memendekkan jarak kuman untuk merebak ke pundi kencing seterusnya meningkatkan risiko wanita untuk mendapat penyakit ini.
  • Aktiviti seks tidak sihat
  • Putus haid: selepas putus haid, hormon estrogen akan berkurang dan menyebabkan berlaku perubahan pada saluran kencing, seterusnya jangkitan kuman akan lebih mudah untuk merebak.
  • Saluran kenicng tidak normal: bayi yang mempunyai kecacatan pada saluran kencing tidak boleh mengeluarkan air kencing dengan normal atau air kencing tertahan di dalam urethra berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan .
  • Saluran air kencing tersumbat: batu karang atau prostat yang membesar boleh menyebabkan air kencing tertahan di dalam pundi kencing.
  • Imuniti lemah: kencing manis atau apa-apa keadaan yang melemahkan sistem imuniti badan akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat jangkitan ini.
  • Penggunaaan catheter: individu yang tidak boleh kencing secara normal dan memerlukan catheter untuk mengeluarkan air kencing. Alat ini digunakan oleh pesakit di hospital, pesakit yng menghidapi masalah saraf, fungsi saluran kencing tidak terkawal dan lumpuh.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jangkitan kuman pada saluran kencing didiagnosis?

Kebiasaanya, pesakit akan mengambil ubat antibiotik selama 3-10 hari. Minum air secukupnya untuk membantu membersihkan air kencing. Minum jus buah-buahan dan juga vitamin C untuk menambah keasidan air kencing yang juga akan membantu membersihkan air kencing. Elakkan minuman beralkohol dan kafein. Doktor akan meyarankani ubat untuk meredakan kesakitan semasa kencing seperti Phenazopyridine. Ubat ini akan mengubah warna air kencing anda. Analgesik atau ubat tahan sakit seperti Acetaminophen, Ibuprofen juga boleh digunakan jika perlu. Pesakit juga boleh meredakan ketidak-selesaan dengan berendam di dalam air suam. Dapatkan rehat yang mencukupi sehingga demam dan sakit anda reda.

Bagaimana pesakit Jangkitan kuman pada saluran kencing dirawat?

Ujian air kencing (analisis air kencing secara keseluruhan) akan dilakukan. Sampel air kencing tersebut tidak boleh terjejas atau dijangkiti secara luaran. Pesakit harus mengambil air kencing dipertengahan sebagai sampel untuk ujian tersebut. Analisis air kencing kadang kala berkaitan dengan implantasi air kencing – ujian yang meggunakan sampel air kencing untuk implantasi bakteria  dalam makmal. Ujian ini dapat membantu doktor mengenalpasti jenis bakteria punca penyakit dan memberikan ubat-ubatan yang paling berkesan.

Jika doktor mengesyaki jangkitan ini berlaku berulang kali disebabkan oleh kecacatan saluran kencing, anda akan diimbas dengan ultrasound atau CT scan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Dalam keadan tertentu, doktor juga berkemungkinan menggunakan contrast dye untuk mendapat gambaran jelas tentang struktur saluran kencing. Ujian lain diambil melalui saluran darah untuk radang buah pinggang menggunakan X-ray dan pewarna (dye) untuk mendapatkan gambarannya. Ujian-ujian ini dilakukan pada masa lalu untuk merekod gambaran saluran kencing, tetapi kini ujian tersebut digantikan kepada ultrasound atau CT scan secara berperingkat.

Doktor boleh menggunakan lampu panjang, nipis tiubnya untuk melihat ke dalam urethra dan pundi kencing jika anda dijangkiti berulang kali. Lampu tersebut dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan kuman pada saluran kencing?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda untuk mengatasi penyakit ini:

  • Minum air 6-8 gelas setiap hari. Air atau jus yang ditapis membantu dalam rawatan jangkitan ini.
  • Kebersihan. Untuk wanita, pastikan anda lap bahagian sulit dari depan ke belakang selepas ke tandas. Elakkan daripada meletakkan sebarang cecair atau semburan air ke dalam vagina. Anda digalakkan untuk mandi dengan air pancuran berbanding air takungan (menggunakan tab mandi). Anda digalakkan untuk memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan jauhi daripada memakai seluar yang ketat.
  • Kurangkan risiko. Wanita seharusnya kencing dan membersihkan alat sulit sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. Elakkan daripada menggunakan diafragma sperma atau ubatan untuk tujuan membunuh sperma (spermaticide).
  • Kencing dengan kerap dan kencing sehingga habis.
  • Maklumkan kepada doktor anda jika anda mengambil pil pencegah kehamilan.kerana sesetengah antibiotik akan memberi tindakbalas dengan pil tersebut.
  • Ambil antibiotik sehingga pulih sepenuhnya.
  • Doktor anda akan menyarankan antibiotik untuk menghalang anda daripada mendapat  jangkitan kuman tersebut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.