Apa itu Jangkitan Jari?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Jangkitan Jari?

Jangkitan jari merupakan masalah yang lazim berlaku. Jangkitan berlaku antara kecil sehingga serius, berpotensi menyebabkan kehilangan fungsi jari kekal. Ini termasuklah:

  • Paronychia: Paronychia ialah jangkitan jari yang melibatkan tisu di tepi kuku. Jangkitan kuku ini biasanya pada permukaan dan setempat pada tisu lembut dan kulit di sekitar kuku. Ini adalah jangkitan bakteria yang lazim dilihat pada tangan anda.
  • Felon: Felon ialah jangkitan pada hujung jari. Jangkitan ini berada pada hujung jari dan tisu lembut sekitarnya.
  • Herpetik whitlow: Herpetik whitlow ialah jangkitan pada bahagian hujung jari disebabkan oleh virus. Ini adalah jangkitan virus paling lazim berlaku pada tangan. Jangkitan ini kerap tersalah diagnos dengan paronychia atau felon.
  • Sellulitis: ini adalah jangkitan pada permukaan kulit dan tisu di bawahnya. Ia berlaku pada permukaan dan tidak melibatkan struktur lebih dalam pada tangan atau jari.
  • Flexor tenosynovitis berjangkit (pyogenic flexor tenosynovitis): Jangkitan ini melibatkan balutan tendon bagi membengkok atau menutup tangan. Ini juga merupakan jangkitan ruangan dalaman dan lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai lemah sistem imuniti.
  • Jangkitan ruangan dalaman. Jangkitan ini melibatkan satu atau lebih struktur dalaman tangan atau jari, termasuklah tendon, saluran darah dan otot. Jangkitan mungkin melibatkan satu atau lebih struktur. Abses butang kolar adalah sejenis jangkitan yang berlaku pada ruang antara jari.

Apakah kebarangkalian Jangkitan Jari?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan Jari?

Jangkitan pada setiap jari utama mempunyai tanda dan simptom khusus yang memberikan pengenalan unik dan menyebabkan kekeliruan jika tidak dinilai dengan baik.

  • Paronychia: simptom dan tanda paronychia ialah kemerahan dan bengkak pada bahagian sebelah kuku yang terjejas. Perkumpulan nanah dapat dilihat di bawah kulit dan kuku. Cecair ini mungkin keluar daripada luka. Kawasan ini menjadi sakit ketika disentuh. Pengeluaran daripada kawasan ini berwarna putih kekuningan keruh.
  • Felon: Simptom felon ialah bengkak dan sakit pada hujung jari. Bengkak biasanya bermula selepas beberapa hari dan ia berlaku pada bahagian pad hujung jari. Bahagian tersebut berasa sakit dan pedih apabila disentuh. Bahagian tersebut juga menjadi merah dan mempunyai kumpulan nanah yang kelihatan di bawah kulit. Bahagian membengkak itu mempunyai bahagian yang berasa lembut seperti mengandungi cecair. Apabila bengkak semakin membesar, bahagian tersebut menjadi semakin sakit atau menjadi keras apabila disentuh.
  • Herpetik whitlow: Simptom herpetik whitlow ialah kemerahan pada bahagian hujung jari. Rasa panas atau gatal juga berlaku pada bahagian tersebut. Terdapat bengkak kecil tetapi tidak membesar seperti felon. Terdapat juga satu atau beberapa luka terbuka pada bahagian terjejas. Luka terbuka ini berlaku dalam kluster selepas penghasilan luka seperti gelembung kecil. Cecair daripada luka ini biasanya kelihatan jernih tetapi kadang kala sedikit keruh. Pesakit juga mengalami demam suhu rendah dan bengkak pada kelenjar limfa bahagian tersebut.
  • Sellulitis: Simptom selulitis ialah kulit menjadi kemerahan dan panas apabila disentuh. Bahagian tersebut membengkak dan menjadi sakit. Ia biasanya melibatkan jangkitan di bahagian permukaan dan tidak melibatkan struktur dalaman. Pergerakan jari dan tangan sepatutnya tidak sukar dan tidak sakit. Jika ia berasa sakit dan sukar, ini menunjukkan berlaku jangkitan pada bahagian dalaman. .
  • Flexor tenosynovitis berjangkit: Empat tanda utama ditemui bagi pesakit flexor tenosynovitis berjangkit. Tanda-tanda ini dikenali sebagai tanda Kanavel. Kesemua empat tanda ini mungkin tidak muncul pada permulaan atau tidak muncul langsung.
    • Pertama ialah sakit pada bahagian fleksor atau bahagian tepi tapak tangan. Kesakitan ini dirasai pada bahagian tendon jari.
    • Kedua ialah bengkak sekata pada jari
    • Ketiga ialah sakit semasa meluruskan jari
    • Keempat ialah jari pada kedudukan separa bengkok
  • Jangkitan ruang dalaman: Jangkitan ruang dalaman muncul pada ruangan antara jari juga dikenali sebagai abses butang kolar. Simptom dan tanda jangkitan ini ialah kesakitan dan bengkak pada ruang antara jari. Bahagian tersebut juga kelihatan merah dan panas apabila disentuh. Apabila abses membesar, jari akan terjarak sedikit kerana tekanan meningkat. Bahagian tengah mempunyai tompokan lembut yang menunjukkan koleksi nanah di bawah kulit.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom atau soalan seperti yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu bertindakbalas berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Punca

Apakah punca Jangkitan Jari?

Bakteria adalah punca kebanyakan jenis jangkitan jari. Pengecualian pada herpetik whitlow, yang disebabkan oleh virus. Bagaimana jangkitan bermula dan lokasi tertentu membuatkan setiap jenis jangkitan menjadi unik. Biasanya, beberapa bentuk trauma pada jari atau tangan (sebagai contoh luka jari, tangan hancur, luka tangan, kuku berjangkit atau kutikel berjangkit) adalah permulaan. Ini adalah luka, gigitan haiwan atau luka tusukan.  

  • Paronychia: serangan bakteria melibatkan organisme staphylococcal dan streptococcal. Jarang sekali fungus menyebabkan jangkitan ini (kadang kala ia menyebabkan paronychia kronik), di mana ianya bermula sebagai hangnail. Individu suka untuk menggigit serpihan kuku dibahagian tepi, menyebabkan jangkitan. Jangkitan ini boleh disebabkan oleh memotong kuku secara agresif, menyebabkan jangkitan kutikel. Ini adalah kesan daripada luka terbuka yang membenarkan bakteria masuk ke dalam kulit dan mulut dan menjangkiti luka tersebut. Jangkitan ini merebak ke tisu sekeliling kuku dan kutikel.
  • Felon: jangkitan bakteria pada pada jari disebabkan oleh organisme yang sama, penyebab paronychia, akibat luka tusukan. Luka menyebabkan kemasukan bakteria ke dalam pad hujung jari. Hujung jari mempunyai beberapa bahagian dan disebabkan itu jangkitan terkandung dibahagian ini.
  • Herpetik whitlow: organisme virus adalah herpes simpleks jenis I atau II. ini adalah virus yang sama penyebab jangkitan herpes mulut atau genital. Sesetengah pekerjaan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini. Ini termasuklah doktor gigi, pembersih gigi, doktor, jururawat atau mana-mana individu yang bersentuhan dengan air liur atau cecair badan yang mengandungi virus tersebut. Pesakit herpes oral atau genital menjangkiti jari anda sendiri.
  • Sellulitis: Punca paling lazim ialah jangkitan bakteria staphylococcal dan streptococcal. Jangkitan ini biasanya disebabkan oleh luka terbuka yang membenarkan bakteria masuk dan menjangkiti kulit dan tisu. Jangkitan ini juga boleh merebak ke tangan dan jari melalui darah yang membawa organisme ini.
  • Flexor tenosynovitis berjangkit (pyogenic flexor tenosynovitis): jangkitan bakteria ke dalam struktur dalam dan sarung tendon, merebak sepanjang tendon dan sarung berkenaan.
  • Jangkitan ruang dalaman: jangkitan bakteria ini biasanya disebabkan oleh luka tusukan atau luka dalam yang menyebabkan bakteria masuk ke tisu dalam. Abses butang kolar bersama celahan jari. ¬†Struktur dalaman tangan membentuk banyak bahagian yang berpotensi untuk dijangkiti.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan Jari?

Beberapa faktor risiko ini menyebabkan jangkitan jari, antaranya ialah:

  • Luka tertembus.
  • Potongan /l uka dalam.
  • Sebarang luka terbuka.
  • Trauma tembus.
  • Tarik kuku.
  • Tarik kutikel.
  • Menggigit kuku.
  • Memotong kutikel atau manikur berlebihan.

Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan jari, termasuklah:

  • Pesakit diabetes.
  • Pesakit yang mempunyai lemah sistem imuniti.
  • Sesetengah pekerja seperti doktor gigi, ahli hyhienist, doktor dan jururawat.
  • Sesetengah pekerja melibatkan pendedahan tangan kepada air seperti pencuci pinggan mangkuk.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jangkitan Jari didiagnosis?

Diagnosis bagi jangkitan jari bermula dengan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal. Sejarah kesihatan secara terus dapat membantu mengesan punca dan juga mendapatkan diagnosis yang tepat. Individu yang mengalami jangkitan jari setempat akan dirawat berbeza daripada individu yang mengalami jangkitan kronik atau teruk. Masalah yang wujud bersama seperti diabetes atau gangguan saluran darah pada tangan dan kaki akan merumitkan jangkitan dan menyebabkan penukaran tahap rawatan yang perlu diberikan.

Maklumat penting yang perlu doktor ketahui adalah seperti berikut:

Bagaimana kecederaan atau jangkitan bermula?

  • Bilakah ia bermula?
  • Di manakah ia berlaku. Rumah? Tempat kerja? Di dalam air? Kotoran? Daripada gigitan haiwan atau manusia?
  • Adakah kebarangkalian benda asing pada luka tersebut?
  • Apakah yang anda lakukan sebelum berjumpa doktor?
  • Bilakah kali terakhir pesakit mengambil suntikan tetanus?
  • Adakah sebarang kecederaan pada bahagian tersebut?
  • Adakah sebarang masalah kesihatan yang tidak disebut oleh pesakit?

Maklumat khusus membantu menentukan jenis jangkitan jari:

  • Paronychia: Sejarah gigit kuku membantu diagnosis. ¬†
  • Felon: sejarah luka tembus atau potongan membantu diagnosis. Luka ini termasuklah duri tumbuhan. Doktor akan mendapatkan x-ray untuk melihat penglibatan tulang atau kemungkinan benda asing.
  • Herpetik whitlow: sejarah sentuhan dengan cecair badan yang mengandungi virus herpes akan membantu diagnosis. Diagnosis biasanya dibuat daripada sejarah kesihatan dan penampilan luka tersebut. Kewujudan cecair daripada luka menunjukkan jangkitan virus berbanding jangkitan bakteria. Sampel cecair akan di analisis dengan Tzanck smear, di mana ia mengesan sesetengah sel yang menunjukkan ia berpunca dariapda virus.
  • Sellulitis: Doktor perlu mempertimbangkan punca lain yang kelihatan sama seperti gout, pelbagai ruam, sengatan serangga atau darah beku sebelum diagnosis akhir dibuat. X-ray diperoleh untuk melihat pembentukan gas atau benda asing yang menunjukkan sellulitis serius.
  • Flexor tenosynovitis berjangkit: Sejarah luka tembus atau potongan membantu diagnosis. Tanda Kanavel adalah pembantu diagnosis kukuh. Jangkitan melalui seksual terkini (STD) menunjukkan jangkitan berkaitan gonorea, seakan-akan flexor tenosynovitis berjangkit

Jangkitan ruang dalaman: Sejarah luka tembus atau luka lain mungkin membantu diagnosis. Bengkak di antara jari dan merebak dengan perlahan pada jari yang terlibat akan membantu mengesan abses butang kolar.

Bagaimana pesakit Jangkitan Jari dirawat?

Rawatan utama jangkitan jari ialah antibiotik dan penjagaan luka yang baik. Penjagaan luka untuk setiap jenis jangkitan adalah berbeza. Ia bermula daripada luka mudah dan saliran luka sehingga pembedahan ekstensif untuk membuang bahan berjangkit sebanyak mungkin.

Sesetengah jangkitan boleh dirawat sebagai pesakit luar tetapi sesetengah yang lain memerlukan rawatan pesakit dalam dan antibiotik IV. kerana organisme penyebab jangkitan ini adalah sama, antibiotik jenis yang sama digunakan dalam kebanyakan rawatan.

  • Paronychia: Luka dirawat dengan penjagaan luka sahaja. Jika terdapat kumpulan nanah, ia perlu dibuang. Ia boleh dilakukan dengan beberapa kaedah. Kebiasaannya, skalpel digunakan untuk membuat potongan kecil pada koleksi nanah untuk membuangnya. Atau skalpel dimasukkan pada bahagian tepi kuku untuk membuangnya. Jika jangkitan besar, sebahagian kuku dibuang. Jika prosedur ini diperlukan, doktor akan menyuntik anestetik setempat pada dasar jari dan menyediakan prosedur tanpa kesakitan. Biasanya, pesakit akan diberikan antibiotik oral. Pesakit akan diajar tentang penjagaan luka di rumah. (Lihat paronychia).
  • Felon: Potongan dan saliran diperlukan kerana jangkitan berlaku di dalam beberapa bahagian pada hujung jari. Kebiasaannya, potongan akan dibuat pada satu atau kedua-dua bahagian hujung jari. Doktor akan memasukkan instrumen ke dalam luka dan memecahkan bahagian jari untuk membantu saliran. Kadang-kadang, sebahagian tiub getah atau kain kasa diletakkan ke dalam luka untuk membantu penyaliran awal. Luka tesebut akan diletakkan larutan steril untuk membuang kotoran sebanyak mungkin. Jangkitan ini memerlukan antibiotik. Luka ini juga perlukan penjagaan khusus di rumah seperti yang dipreskrip oleh doktor.
  • Herpetik whitlow: Ubat antivirus seperti acyclovir (Zovirax) akan memendekkan durasi kesakitan. Ubat tahan sakit biasanya diperlukan. Luka perlu dilindungi dengan baik bagi mencegah jangkitan bakteria sekunder dan menghalang merebak ke bahagian lain atau individu lain. Potongan dan saliran tidak disyorkan, dan jika ia dilakukan, ia melambatkan proses pemulihan.
  • Sellulitis: jangkitan ini berlaku pada bahagian permukaan dan ubat antibiotik sudah mencukupi. Jika bahagian tersebut merebak atau sistem imuniti pesakit menjadi lemah, pesakit akan dirawat di hospital dengan antibiotik IV
  • Flexor tenosynovitis berjangkit: Ini adalah rawatan pembedahan kecemasan dan memerlukan rawatan segera, masuk wad dan rawatan awal dengan antibiotik IV. kebiasaannya, bahagian tersebut perlu dibuka secara pembedahan dan kesemua kotoran dan bahagian berjangkit akan dibuang. Disebabkan keadaan jari dan tangan itu rumit, pakar bedah tangan akan melakukan prosedur ini. Selepas pembedahan, antibiotik IV akan diambil dalam masa beberapa hari diikuti dengan antibiotik secara oral.
  • Jangkitan ruang dalaman: Seperti flexor tenosynovitis berjangkit, ia memerlukan rawatan kecemasan. Jika jangkitan kecil, hanya antibiotik oral diperlukan. Jika ia berlaku lebih serius, pakar bedah tangan perlu menilai luka tersebut dan memulakan antibiotik IV kebiasaannya, luka ini memerlukan potongan dan saliran diikuti dengan pengambilan antibiotik.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan Jari?

Disebabkan jangkitan jari ini boleh menjadi semakin serius, penjagaan di rumah adalah terhad. Paronychia kecil boleh ditangani di rumah jika pesakit tiada penyakit yang merumitkan seperti diabetes. Kesemua jangkitan lain memerlukan penilaian dan rawatan segera oleh doktor. Kelewatan mendapatkan rawatan menyebabkan kecacatan atau kehilangan fungsi jari, jangan bertangguh untuk mendapatkan perubatan.

  • Paronychia kecil mungkin memberi tindakbalas kepada rendaman tangan ke dalam air suam secara berkala. Merendam dengan garam Epsom mungkin menenangkan kawasan tersebut dan melegakan kesakitan, tetapi ia tidak membantu memulihkan jangkitan. Jika masih tidak pulih dalam masa satu atau dua hari, sila berjumpa dengan doktor segera.
  • Cuka cider epal mempunyai ciri-ciri antibakteria dan digunakan sebagai kaedah pengubatan sampingan bagi jangkitan kulat pada kuku anda. Sila berunding dengan doktor anda untuk rawatan sebelum menggunakan sebarang kaedah pengubatan sampingan bagi merawat jangkitan jari.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.