Apa itu Jagat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Jagat?

Jagat ialah bintik kecil berwarna coklat di atas permukaan kulit. Kadang kala, ia mungkin muncul dalam pelbagai warna daripada kemerah-merahan, kuning, perang kekuning-kuningan,, perang, coklat hingga hitam. Ia lebih terlihat apabila terdedah kepada cahaya matahari. Bintik ini kebiasaannya muncul dalam kumpulan dan lazimnya di bahagian pipi, hidung, lengan dan bahagian atas bahu.

jagat tidak menggugat kesihatan anda atau bertukar menjadi kanser kulit.

Terdapat dua jenis jagat yang lazim iaitu: jagat biasa dan jagat disebabkan panas matahari. jagat akibat matahari adalah lebih gelap dan besar. Ia muncul pada bahagian yang kerap terdedah kepada cahaya matahari seperti di bahagian atas belakang dan bahu.

Apakah kebarangkalian Jagat?

Jagat kerap terjadi. Ia mungkin muncul dalam kalangan individu seawal usia 1 atau 2 tahun. Ia lebih kelihatan pada individu berkulit cerah dan individu yang memiliki rambut berwarna cerah atau merah.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jagat?

Jagat ialah sejenis bintik kecil pada kulit yng berwarna lebih gelap daripada warna permukaan kulit disekilingnya. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, jagat ini akan kelihatan lebih jelas. Sesetengah saintis menyatakan bahawa pendedahan pada cahaya matahari boleh meningkatkan jumlah jagat.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Tiada keperluan untuk merawat jagat kerana ia tidak berbahaya. Walaupun begitu, jagat boleh menjejaskan penampilan anda dan menyebabkan kulit anda kelihatan kusam. Sekiranya anda mahu membuang jagat ini, sila berunding dengan doktor untuk memastikan anda sesuai untuk menjalani rawatan tersebut.

Punca

Apakah Punca Jagat?

Genetik dan pendedahan pada cahaya matahari adalah penyebab jagat. Genetik menentukan jumlah melanin- iaitu pigmen gelap yang dihasilkan oleh melanocyte. Dalam kebanyakan kes, jumlah tisu melanocyte adalah sama pada keseluruhan bahagian kulit. Di bahagian yang mempunyai jagat, penghasilan melanin adalah lebih banyak berbanding dengan kawasan kulit sekitarnya.

Kulit yang terbakar kerana matahari boleh menyebabkan symptom jagat semakin teruk. Ia menggalakkan sel melanin untuk menghasilkan lebih melanin sebagai tindakbalas semulajadi untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jagat?

Terdapat banyak faktor risiko untuk mendapat jagat seperti:

  • Keturunan: jagat ditentukan oleh genetik, jadi sekiranya ibubapa anda mempunyai jagat,
    ia bermakna anda juga berkemungkinan untuk mendapat jagat;
  • Individu kebiasaanya kanak-kanak yang mempunyai warna kulit dan warna mata yang
    cerah;
  • Terdedah pada cahaya matahari yang lama;
  • Menggunakan rawatan hormon.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jagat didiagnosis?

Jagat mudah dilihat dengan mata kasar tetapi pemeriksaan penuh pada kulit badan boleh menilai keadaan anda dengan lebih teliti. Individu dengan jagat biasanya memiliki kulit sensitif. Pemeriksaan yang teliti membantu pakar dermatologi untuk membuat rutin penjagan kulit yang teliti untuk anda.

Bagaimana pesakit Jagat dirawat?

Jagat tidak berbahaya dan tidak perlu dirawat tetapi jika anda berasa kecewa mempunyai jagat dan mahukan rawatan, langkah-langkah berikut boleh membantu anda menghilangkannya dengan berkesan.

  • Krim memudar atau meluntur: produk yang mengandungi hydroquinone biasanya
    digunakan untuk mencegah pigmen kulit gelap. Anda boleh membeli produk ini tanpa preskripsi tetapi anda perlu melindungi kulit kerana produk ini akan membuatkan kulit anda terlalu sensitif pada cahaya matahari.
  • Retinoid: ubat ini diperbuat daripada vitamin A dan diluluskan oleh Pengurusan Makanan dan Ubat-Ubatan untuk mencerahkan kulit.
  • Prosedur kosmetik: terdapat pelbagai rawatan yang boleh didapati untuk membuang jagat seperti cryosurgery, terapi laser, intense pulsed light therapy (IPL) atau ┬ápengelupas kimia.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jagat?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda mencegah jagat:

  • Gunakan skrin penghadang matahari dengan SPF yang sesuai dengan keperluan anda;
  • Pakai pakaian yang melindungi kulit daripada matahari: topi lebar, kemeja lengan panjang dan cermin mata hitam;
  • Gunakan payung atau berdiri disebalik baying-bayang;
  • Bataskan pergerakan diluar rumah antara 10 pagi hingga 4 petang;
  • Individu yang mempunyai jagat kerana keturunan perlu mula melindungi diri daripada matahari seawal usia kanak-kanak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019