Apa itu Iskemia Usus?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Iskemia Usus?

Iskemia usus adalah pelbagai keadaan yang mana berlaku apabila terdapat sekatan yang menyebabkan aliran darah ke usus berkurang, biasanya melibatkan arteri. Iskemia usus boleh terjadi kepada usus kecil, usus besar (kolon) atau kedua-duanya sekali.

Iskemia usus merupakan keadaan yang serius kerana ia menyebabkan kesakitan dan mengganggu fungsi usus. Bagi kes yang teruk, kehilangan aliran darah ke usus boleh merosakkan tisu usus dan mengakibatkan kematian.

Iskemia usus bukanlah penyakit yang tidak boleh sembuh semula. Bagi meningkatkan peluang untuk sembuh, penting bagi mengesan simptom-simptom keadaan ini dengan lebih awal dan segera dapatkan bantuan perubatan.

Apakah kebarangkalian Iskemia Usus?

Iskemia usus kebanyakannya sering melibatkan orang dewasa yang berusia lebih daripada 60 tahun, walaupun ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Iskemia Usus?

Simptom-simptom bagi iskemia usus akut mungkin termasuk:

  • Rasa sakit pada abdomen secara tiba-tiba yang mungkin bermula dengan rasa sakit biasa sehinggalah sakit teruk
  • Keinginan untuk membuang air besar dengan segera
  • Pergerakan usus yang kerap, kuat
  • Abdomen rasa sakit atau kembung
  • Darah di dalam najis anda
  • Mual, muntah
  • Demam
  • Kekeliruan mental pada golongan dewasa yang lebih tua
  • Tanda dan simptom iskemia usus boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau beransur-ansur (kronik)
  • Biasanya, tiada satu kumpulan tanda atau simptom yang menunjukkan bahawa berlaku iskemia usus tetapi umumnya terdapat beberapa pola yang boleh dikenal pasti.

Simptom-simptom bagi iskemia usus kronik

  • Kekejangan abdomen atau rasa kenyang selepas makan, biasanya dalam masa satu jam pertama, dan berpanjangan sehingga satu ke tiga jam.
  • Sakit pada abdomen yang menjadi bertambah teruk secara progresif selama berminggu-minggu, atau bertahun-tahun
  • Takut untuk makan disebabkan oleh rasa sakit selepas makan
  • Turun berat badan tanpa niat
  • Cirit birit
  • Mual, muntah
  • Kembung

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Iskemia Usus?

  • Aliran darah berkurang. Apabila aliran darah tidak dapat memenuhi keperluan usus, iskemia usus akan berlaku. Kekurangan ini akan menghalang usus daripada berfungsi dengan baik.
  • Tidak kira apa puncanya, kekurangan aliran darah di dalam saluran penghadaman anda akan menyebabkan sel kekurangan oksigen, yang mana akan mengakibatkan sel menjadi lemah dan mati. Jika kerosakan teruk yang berlaku, jangkitan dan seterusnya lubang (perforasi) pada dinding usus boleh berlaku. Jika tidak dirawat, iskemia usus boleh membawa maut.
  • Iskemia usus selalunya dibahagikan kepada beberapa kategori:

Iskemia kolon (kolitis iskemik). Ini merupakan jenis iskemia usus yang paling biasa berlaku. Ia berlaku apabila aliran darah ke kolon menjadi perlahan. Ia sering terjadi kepada orang dewasa yang lebih tua daripada 60 tahun, walaupun ia boleh terjadi pada mana-mana peringkat umur. Sesetengah punca yang boleh menyebabkan iskemia jenis ini termasuklah:

  • Binaan kolesterol yang terkumpul pada dinding arteri
  • Tekanan darah rendah (hipotension) yang berbahaya dikaitkan dengan kegagalan jantung, pembedahan major, kecederaan atau kejutan (shock)
  • Darah beku di dalam arteri yang membekalkan darah kepada kolon
  • Gangguan perubatan lain yang mengganggu darah anda, seperti radang saluran darah, lupus atau anemia sel sikel
  • Beberapa ubat, terutamanya yang menyebabkan saluran darah mengecil, seperti sesetengah ubat jantung dan migrain, dan ubat hormon, seperti estrogen.
  • Penggunaan kokaine atau methamphetamine
  • Senaman yang kuat, seperti lari jarak jauh

Iskemia mesenterik akut. Jenis iskemia ini disebabkan oleh:

  • Darah beku yang terkeluar daripada jantung anda dan bergerak melalui aliran darah untuk menyekat mana-mana arteri. Arteri mesenterik superior, yang mana membekalkan darah yang kaya dengan oksigen kepada usus anda merupakan arteri yang selalu terlibat.
  • Sekatan yang terjadi dalam salah satu arteri usus yang utama
  • Aliran darah yang berkurang disebabkan oleh tekanan darah rendah

Trombosis vena mesenterik. Darah beku boleh terjadi di dalam vena yang memindahkan darah dinyahoksigen daripada usus anda. Apabila vena ini disekat, darah akan kembali kepada usus, menyebabkan usus membengkak dan berdarah. Jenis iskemia ini disebabkan oleh:

  • Radang pankreas (pankreatitis) akut atau kronik
  • Jangkitan abdomen
  • Kanser sistem penghadaman
  • Penyakit usus, seperti kolitis ulseratif, penyakit Crohn, …
  • Gangguan yang membuatkan darah anda lebih cenderung untuk membeku (gangguan hiperkoagulasi), seperti gangguan pembeku darah yang diwarisi atau mengambil ubat seperti estrogen yang boleh meningkatkan risiko darah beku
  • Kecederaan pada abdomen anda

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Iskemia Usus?

Terdapat pelbagai faktor risiko bagi iskemia usus, seperti:

  • Binaan lemak yang terkumpul di dalam arteri anda (arterosklerosis)
  • Masalah tekanan darah
  • Masalah jantung
  • Ubat-ubatan
  • Masalah darah beku
  • Penggunaan ubat secara haram

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Iskemia Usus didiagnosis?

  • Sejarah perubatan pesakit sebelum ini sangat penting untuk iskemia usus
  • Rutin ujian darah
  • Kolonoskopi
  • Ultrasound
  • Kajian radiologi abdomen termasuk pengimbas CAT atau MRI
  • Angiografi mesenterik
  • Pembedahan eksplorasi abdomen
  • Angiografi adalah kajian radiologi khusus bagi salah satu saluran darah. Bahan kontrast akan disuntik melalui kateter kecil yang diletakkan ke dalam arteri atau vena abdomen, kemudian gambar radiologi saluran darah tersebut akan diambil.

Bagaimana pesakit Iskemia Usus dirawat?

Iskemia kolon

  • Antibiotik bagi merawat dan mencegah jangkitan
  • Merawat sebarang keadaan perubatan yang boleh menyebabkan iskemia, seperti kegagalan hati kongestif atau degupan jantung tidak sekata
  • Jika kolon anda telah rosak, anda mungkin memerlukan pembedahan bagi membuang tisu yang telah mati.

Iskemia arteri mesenterik akut

  • Antibiotik dan ubat bagi mencegah daripada darah beku berlaku. Larutkan darah beku atau mengembungkan semula saluran darah.
  • Pembedahan mungkin perlu untuk membuang darah beku, pintasan akan dilakukan bagi arteri yang tersumbat, atau untuk membaiki atau membuang bahagian usus yang telah rosak.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Iskemia Usus?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi iskemia usus:

  • Mengawal faktor risiko seperti degupan jantung tidak sekata, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi
  • Berhenti merokok
  • Amalkan diet yang sihat
  • Bersenam
  • Rawat hernia dengan segera

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan