Apa itu Iridocyclitis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu iridosiklitis?

Iridosiklitis, juga dikenali sebagai uveitis adalah istilah yang luas untuk pelbagai masalah mata. Persamaan yang kerap berlaku ialah keradangan mata dan bengkak yang boleh memusnahkan tisu mata. Kemusnahan itu boleh menyebabkan penglihatan menjadi kurang baik atau buta.

Ia adalah salah satu masalah yang paling berbahaya dan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan jika tidak dirawat.

  • Akut: Permulaan gejala berlaku secara mendadak dan berterusan selama 6 minggu atau kurang.
  • Kronik: Kerap  tersembunyi dan tiada simptom yang berterusan selama berbulan atau tahun.

Apakah kebarangkalian iridosiklitis?

Iridosiklitis, akut atau kronik, adalah keadaan yang jarang berlaku di mana ia sering menjejaskan bahagian tengah dan bahagian depan mata. Ia juga boleh berlaku di semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi iridosiklitis?

Tanda-tanda umum iridosiklitis adalah:

  • Mata merah dan terlebih berair
  • Kesakitan di mata yang berterusan boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk
  • Anak mata menjadi kecil dan beberapa perubahan lain
  • Penglihatan yang kabur
  • Kehadiran objek-objek terapung dalam mata (Floaters)

Jika anda mengalami sinptom ini, ia tidak bermakna bahawa anda mengalami iridosiklitis. Keadaan mata yang lain juga boleh menyebabkan beberapa atau semua simptom yang disenaraikan di atas.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan iridosiklitis?

Seperti penyakit berjangkit lain, uveitis disebabkan oleh objek asing yang masuk ke dalam mata, menyebabkan keradangan atau nanah. Jangkitan juga boleh disebabkan oleh bakteria endogenus, virus atau protozoa, iaitu:

  • Bacteria -cth; batuk kering, sifilis, gonorea
  • Virus -cth; beguk, cacar, influenza
  • Protozoa-cth; toxoplasmosis

Klasifikasi untuk etiologi uveitis antara yang paling sukar dalam bidang oftalmologi (kajian penyakit mata). Dalam kebanyakan kes, alergik menjadi punca:

  • Alergik disebabkan oleh jangkitan sekunder kerana penyebaran secara langsung dari struktur berdekatan yang melibatkan bahagian kornea, sklera dan retina.
  • Keradangan disebabkan alahan: Reaksi antigen-antibodi yang berlaku dalam mata disebabkan oleh pendedahan tisu uveal kepada beberapa alergen sebelum ini. Alergen tersebut adalah protein asing.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko iridosiklitis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk iridocyclitis, seperti:

  • Sesetengah ubat boleh memberikan tindakbalas hipersensitif atau kesan sampingan seperti Rifabutin (digunakan dalam jangkitan mycobacterial atipikal); Cidofovir (ubat antiviral); Moxifloxacin dan Bisphosphonates terutamanya apabila diberikan secara intravena.
  • Menghidap multiple sclerosis (MS). Ia biasanya terkait dengan uveitis.
  • Pesakit yang mengalami penyakit autoimun atau fenomena yang dirujuk sebagai sindrom radang penyembuhan imuniti (IRIS).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana iridosiklitis didiagnosis?

Kaedah diagnostik yang berbeza diperlukan untuk mengetahui punca iridosiklitis. Beberapa ujian yang biasa dilakukan ialah:

  • Pemeriksaan lampu slit yang membolehkan pemeriksa terlatih untuk memeriksa bahagian hadapan mata.
  • Visualisasi secara langsung dengan mengesan sel darah putih dalam uveitis bahagian tengah atau belakang.
  • Ujian paraklinik yang lain adalah: Ujian darah, X-ray, MRI.

Bagaimana iridosiklitis dirawat?

Oleh kerana gangguan sistemik pesakit, diagnosis yang pasti akan diperoleh sewaktu mendapatkan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal pesakit.
Biasanya, rawatan untuk uveitis adalah terapi ubat, antaranya:

  • Atropine – yang bertindak dalam tiga cara dengan kaedah pemberian dan dos tertentu: Merehatkan iris dan bahagian siliari; Mengurangkan hiperemia dan Mencegah serta memecahkan pembentukan synechia posterior.
  • Kortikosteroid – salah satu fungsinya adalah untuk mengurangkan kerosakan disebabkan reaksi antibodi-antigen.
  • Aspirin sangat berguna dalam melegakan kesakitan tetapi jika terlalu sakit, penyediaan yang lebih kuat diperlukan. Ia biasanya diberi dalam bentuk ubat titis mata.
  • Ubat-ubatan lain termasuk: Ubat-ubatan sitotoksik, cyclosporin dan ubat-ubatan yang diperlukan dalam rawatan komplikasi iridocyclitis (glaukoma)

Prosedur intervensi juga boeh menjadi indikasi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas iridosiklitis?

Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi iridosiklitis:
Ini adalah cara mudah yang telah digunakan secara meluas untuk mencegah keadaan seperti ini:

  • Meningkatkan sistem imun anda dengan mengambil suplemen vitamin secara teratur.
  • Jauhkan diri dari penyalahgunaan dadah. Terutamanya bahan yang telah terbukti kaitannya dengan uveitis.
  • Meminimakan peluang jangkitan (cth. Pencemaran tangan kotor ke mata yang cedera)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.