Apa itu Inkontinens Wanita?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu inkontinens wanita?

Inkontinens wanita ialah pengeluaran kencing tanpa disengajakan. Ia biasa berlaku dan selalu mengundang rasa malu. Tahap keterukan adalah dari kebocoran kencing yang berlaku kadangkala hingga rasa kencing secara tiba-tiba dan ketidakupayaan mengawal kencing.

Ianya boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Sila bincangkan dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi inkontinens wanita

Simptom biasa bagi inkontinens wanita ialah;

  • Dengan inkontinens stress, anda mungkin akan terkucil dalam jumlah yang kecil ke sederhana semasa anda batuk, bersin, ketawa, bersenam, atau melakukan perkara yang lebih kurang sedemikian.
  • Dengan inkontinens desakan, anda mungkin akan terkucil dalam jumlah yang lebih banyak yang boleh membasahkan pakaian atau menitis turun ke kaki anda.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Juga, komplikasi inkontinens kencing kronik termasuklah:

  • Masalah kulit: ruam, jangkitan kulit dan luka kulit.
  • Jangkitan laluan kencing: inkontinens meningkatkan risiko serangan jangkitan laluan kencing berulang.
  • Kesan pada kehidupan peribadi anda: inkontinens kencing boleh memberi kesan pada hubungan sosial, kerja dan hubungan peribadi anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya inkontinens kerap dan mengganggu kualiti kehidupan anda, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Punca

Apa yang mengakibatkan inkontinens wanita?

Inkontinens kencing ialah simptom dan bukanlah penyakit. Ianya boleh disebabkan tabiat harian, keadaan perubatan yang lain atau masalah fizikal. Biasanya, ada dua jenis inkontinens kencing.

  • Inkontinens stress berlaku bila anda batuk, bersin, ketawa, bersenam, atau melakukan perkara yang menambah tekanan pada pundi kencing anda. Masalah kawalan pundi kencing paling biasa berlaku pada wanita.
  • Inkontinens desakan berlaku bila anda ada keinginan yang mendadak untuk kencing sehingga tidak mungkin mengawalnya sebelum sampai ke tandas. Ini boleh berlaku walaupun pundi anda hanya mempunyai air kencing dalam jumlah yang kecil. Sesetengah wanita tanpa sengaja terkeluar air kencing tanpa sebarang amaran. Wanita lain mungkin terkeluar air kencing semasa mereka minum air atau semasa mereka menyentuh atau mendengar bunyi air yang mengalir. Pundi yang terlebih aktif adalah salah satu jenis inkontinens desakan. Tapi bukan semua mereka yang mempunyai pundi terlebih aktif akan terkucil.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko inkontinens wanita?

Faktor yang meningkatkan risiko terbentuknya inkontinens kencing termasuklah:

  • Bertambah tua;
  • Mengalami berat berlebihan;
  • Penyakit neurologikal atau diabetes.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana inkontinens wanita didiagnosis?

Doktor akan bertanyakan mengenai keadaan anda seperti apa dan berapa banyak anda telah minum, berapa kerap anda kencing dan terkucil.

Doktor akan menguji anda dan mungkin akan melakukan ujian mudah bagi mencari punca pundi kencing anda mengalami masalah kawalan. Sekiranya doktor anda menyangkakan bahawa ia mungkin diakibatkan oleh lebih dari satu masalah, anda mungkin akan menjalani lebih banyak ujian, seperti:

  • Analisis kencing bagi menguji sebarang gejala jangkitan, darah dan abnormaliti lain.
  • Diari pundi kencing bagi merekodkan berapa banyak anda minum, bila anda kencing, jumlah kencing anda keluarkan, dan jumlah episod inkontinens.
  • Ukuran bagi menguji jumlah lebihan air kencing dalam pundi kencing melalui kateter atau ujian ultra-bunyi.

Sekiranya informasi lanjut diperlukan, doktor anda mungkin mencadangkan:

  • Ujian urodinamok bagi membantu mengukur kekuatan pundi kencing dan kesihatan otot pencerut yang mengawal pembukaan laluan kencing.
  • Sistoskopi bagi mencari sebarang abnormaliti dalam laluan air kencing.
  • Sistogram bagi membantu mendedahkan masalah dengan laluan air kencing.
  • Ultrabunyi pada pelvik untuk mencari sebarang abnormaliti.

Bagaimana inkontinens wanita dirawat?

Bergantung kepada jenis inkontinens, doktor akan menjalankan rawatan berbeza, antaranya:

Teknik tingkah laku

Teknik ini adalah bagi membantu mengawal pundi kencing anda dan pengeluaran kencing, termasuklah:

  • Latihan pundi;
  • Pengosongan berganda;
  • Penggunaan tandas berjadual;
  • Pengurusan cecair dan diet.

Senaman otot lantai pelvik

Doktor anda boleh mencadangkan agar anda melakukan senaman ini selalu bagi menguatkan otot yang membantu mengawal urinasi. Untuk melakukan senaman lantai pelvik, bayangkan yang anda sedang cuba menghentikan aliran kencing anda. Kemudian:

  • Tegangkan otot yang anda gunakan bagi menghentikan aliran kencing dan tahan selama 5 saat, dan kemudian kendurkan selama 5 saat.
  • Usahakan menahan dari kontraksi selama 10 saat setiap kali.
  • Tetapkan matlamat sekurang-kurangnya 3 set dari 10 ulangan setiap hari.

Stimulasi elektrikal

Elektrod dimasukkan seketika ke dalam rektumatau vagina bagi merangsang dan menguatkan otot lantai pelvik. Stimulasi elektrikal yang lembut boleh jadi berkesan bagi inkontinens stres dan inkontinens desakan, tetapi anda mungkin memerlukan beberapa rawatan sepanjang sekian bulan.

Ubatan

Ubatan yang biasa diguna merawat inkontinens termasuklah:

  • Antikolinergik: ubatan ini boleh menenangkan pundi yang terlebih aktif dan mungkin membantu inkontinens desakan.
  • Mirabegron: ubatan ini mengenddurkan otot pundi dan mengingkatkan jumlah urin boleh disimpan oleh pundi kencing anda.
  • Estrogen topikal: ini boleh mengurangkan beberapa simptom inkontinens.

Alatan medikal

Ini membantu mengawal punca inkontinens dan mengelak dari kebocoran urin (terkucil). Alatan dicipta bagi merawat wanita dengan inkontinens seperti kemasukan urethra atau pesari.

Terapi pencegahan

Terapi pencegahan yang boleh membantu inkontinens termasukklah:

  • Injeksi bahan pukalan;
  • Botulinum toxin type A (Botox);
  • Bahan stimulasi saraf.

Surgery

Sekiranya rawatan lain tidak berkesan, beberapa prosedur pembedahan boleh merawat masalah yang menyebabkan inkontinens pundi kencing:

  • Prosedur anduh;
  • Suspense tengkuk pundi;
  • Pembedahan prolapse.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas inkontinens wanita?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi inkontinens wanita:

  • Kurangkan minuman berkaffein;
  • Makan makanan tinggi serat;
  • Hentikan merokok;
  • Kekalkan berat badan yang sihat;
  • Lakukan senaman lantai pelvik secara tetap;
  • Perhatikan simptom dan sebarang kebocoran urin dengan diari kencing.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019